Wednesday, March 22, 2017

Hilang semangat hari ini?

Assalamulaikum. Terlebih dahulu maaf kepada sesiapa yang pernah mengikuti blog ini kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk mengemas kini akaun. Sejak anak dah masuk nombor tiga tahun ni memang agak sibuk sedikit kerja-kerja sebagai suri rumah.

  Sebagai mukadimah lembaran baharu saya ini, saya nak berkongsi sedikit pengalaman untuk mereka yang sedang mengalami 'kemelesetan semangat' atau 'jiwa' untuk bangkit semula melakukan amanah yang telah diberikan oleh tuhan kepada kita.



  Bunyinya macam serius je kan? Begini sebenarnya. Setiap hari kita mesti ada turun naik mood. Misalnya kita setiap hari perlu pergi ke tempat kerja, siapkan deadline, hantar anak-anak ke sekolah atau pun berjumpa klien. Tapi hari tu terasa jiwa macam kosong je. Pernah tak rasa?

  Itu bermaksud anda mungkin dah mulai bosan dengan runtin harian anda. Kerja dan tanggungjawab harus dilaksanakan tetapi rasa malas dan tak ada mood kan? Cara untuk menanganinya yang pertama:

1. Bangun tidur ucaplah Alhamdulillah (jangan fikir sangat kerja yang bertimbun kena buat!)
    Bila bangun kita ingat tuhan kita, maksudnya kita bersyukur dengan nikmat hidup yang diberikan.
    Bukan mengeluh fikir banyaknya benda nak buat pada hari tersebut.

2. Fikirkan keseronoknya buat kerja.
    Memanglah kalau nak fikir kerja berlambak memang sakit otak. Tetapi cuba alihkan fokus pada           keseronkan kerja. Contohnya anda seorang cikgu tadika. Cuba bayangkan hari ini nak berjumpa         anak-anak murid yang disayangi. Jangan fikirkan dulu kerja pentadbiran yang bertimbun tu.

3. Buat perkara yang perlu. Baru buat perkara yang disukai.
    Ha.... ini cam susah sikit kan? Tetapi banyak benda kita kena buat tapi benda tu kita tak suka kan?
    Buat sedikit-sedikit dan kemudian tinggalkan kejap kerja tu bila dah bosan. Alihkan tumpuan             pada perkara lain seperti minum kopi ke pergi tandas ke atau baca surat khabar. Lepas tu sambung       balik tugasan kita tu.  Fikirkan lepas kita siap kerja tu, bolehlah kita buat perkara yang kita suka         pula. Tentu kita gembira dan tak stress kan?

Selamat mendapat manfaat. Wassalam.




 Pesan ibu:
  Jangan lupa berzikir
  Baca Al-Quran
  Pasti mendapat kemudahan.