Thursday, April 16, 2015

Resipi Air Jamu Kunyit

Assalamualaikum, hari ini aku nak berkongsi resipi untuk kaum wanita terutamanya ibu-ibu yang sudah melahirkan anak. Masalah aku adalah keputihan selepas haid dan semasa hamil (tapi air jamu ni tak sesuai diambi ketika hamil) jadi aku minum air jamu ni sebaik selepas haid dan bersalin.


Biasanya kalau sebut jamu memang ramai yang tak gemar. Ramai yang lebih  gemar memilih jamu dalam bentuk pil dan kapsul. Tetapi tentunya jamu yang dirumus sendiri tanpa bahan pengawet lebih menyihatkan apatah lagi jika menggunakan bahan-bahan semulajadi yang segar.

Khasiat yang diperolehi jauh lebih baik daripada minuman jamu yang diproses. Dulu pernah juga aku minum Jus Asam kunyit Sireh berbentuk serbuk daripada Indonesia. Kesanya agak lambat dan sangat sedikit bagi pendapat akulah. Ditambah rasanya yang sangat manis adalah tidak sesuai untuk dijadikan minuman kesihatan.

Kalau ke klinik pula doktor selalunya akan bagi krim anti kulat dan antibiotik yang dah imun pada aku. jadi aku carilah inisiatif sendiri menggunakan bahan yang lebih natural katanya.


Tentu ada yang tertanya apakah khasiat air jamu kunyit ini. Khasiatnya banyak antaranya menghilangkan kegatalan dan keputihan, menghilangkan bau badan dan miss v, merapatkan keintiman, menyembuhkan luka dan baik untuk  mereka yang mengalami alahan. Dulu resipi ni aku menggunakan tiga jenis ramuan sahaja iaitu manjakani, sireh dan habatussauda'. Tetapi aku telah menambah empat lagi ramuan yang dikongsi oleh seorang rakan fb  yang di yakini menambah baikan air jamu ini. Majakani dan sireh memang sudah lama di yakini baik untuk organ intimasi wanita dan habatussauda'sememangnya di ketahui sebagai 1001 penawar untuk pelbagai penyakit.

Sorry gambar ambil kat pak cik google je.Lupa nak snap gambar. 


Bahan-bahannya;

-1 inci kunyit
-1inci halia
-3 helai daun sireh
-1sudu kecil habatussauda'
-1 sudu besar paste asam jawa
-1 biji manjakani sebesar duit sepuluh sen
-Madu asli.

Cara-cara penyediaan.

Hiriskan halia dan kunit. Ketuk buah manjakani sehingga pecah. Masukan semua bahan di dalam periuk kecuali madu. Rebus ke semua bahan tadi dengan dua mug air selama 15 hingga 20 minit. Apabila ramuan telah sejuk saring untuk mendapatkan airnya. Jika mahu rasa lebih enak simpat air jamu di dalam peti sejuk. Apabila hendak minum tuang ke dalam gelas dan campurkan dengan sesudu madu. Paling baik minumlah pada waktu pagi ketika perut masih kosong. Air jamu dapat bertahan selama dua minggu jika disimpan dalam tempat dingin. Selamat mencuba.

Thursday, April 9, 2015

Hannahku sayang

Assalamualaikum. Ha... dah naik bersawang blog aku ni. Bersihkan kejap sebelum mula menulis. Dah hampir dua tahun aku tak update  pasal apa-apa di blog ni. Maklumlah sibuk menjadi isteri dan ibu dua orang putera dan puteri.
Hannah dah 2 tahun

Diam tak diam juga si puteri aku yang sorang ni dah masuk dua tahun Mac lepas. Ye dia lahir 21.03.2013 dan aku tak pernah cerita langsung dalam blog ni. Nama si kecil tu Hannah Nur Imanina. Adalah beberapa nama yang aku cadangkan pada suami aku dan last kami pilih adalah nama ni.
Hannah semasa ibu sedang berpatang

Kenapa Hannah? Hannah bagi aku cukup ringkas dan mudah disebut. Hana begitu sinonim dalam masyarakat Jepun dengan maksud bunga. Tetapi ada sejarah di sebalik nama Hannah ini, seperti mana yang telah dibaca oleh aku dan diceritakan oleh Ustazah Isfadiah di Tv Alhijrah.

Hannah sebenarnya adalah ibu kepada Maryam iaitu nenek kepada nabi Isa a.s. Hannah adalah isteri kepada Ali Imran yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun sehinggalah dia sudah tua dia belum lagi dikurniakan anak oleh Allah SWT.  
Hannah baru lahir

Suatu hari ketika dia keluar rumah dia telah terlihat seekor burung memberi makan kepada anaknya, jadi keinginan dia untuk menjadi ibu semakin meluap-luap dan dia telah bernazar jika dikurniakan anak, dia mahu anaknya itu menyerahkan keseluruhan hidupnya kepada jalan Allah.
Allah telah memakbulkan doanya tetapi dia mendapat anak perempuan. Namun Hannah tetap berhajat meneruskan nazarnya dan anaknya diberikan nama Maryam yang menjadi seorang anak yang warak.

Moga dengan nama Hannah ini puteriku menjadi anak yang solehah dan beriman. Insya Allah.