Thursday, April 9, 2015

Hannahku sayang

Assalamualaikum. Ha... dah naik bersawang blog aku ni. Bersihkan kejap sebelum mula menulis. Dah hampir dua tahun aku tak update  pasal apa-apa di blog ni. Maklumlah sibuk menjadi isteri dan ibu dua orang putera dan puteri.
Hannah dah 2 tahun

Diam tak diam juga si puteri aku yang sorang ni dah masuk dua tahun Mac lepas. Ye dia lahir 21.03.2013 dan aku tak pernah cerita langsung dalam blog ni. Nama si kecil tu Hannah Nur Imanina. Adalah beberapa nama yang aku cadangkan pada suami aku dan last kami pilih adalah nama ni.
Hannah semasa ibu sedang berpatang

Kenapa Hannah? Hannah bagi aku cukup ringkas dan mudah disebut. Hana begitu sinonim dalam masyarakat Jepun dengan maksud bunga. Tetapi ada sejarah di sebalik nama Hannah ini, seperti mana yang telah dibaca oleh aku dan diceritakan oleh Ustazah Isfadiah di Tv Alhijrah.

Hannah sebenarnya adalah ibu kepada Maryam iaitu nenek kepada nabi Isa a.s. Hannah adalah isteri kepada Ali Imran yang sudah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga namun sehinggalah dia sudah tua dia belum lagi dikurniakan anak oleh Allah SWT.  
Hannah baru lahir

Suatu hari ketika dia keluar rumah dia telah terlihat seekor burung memberi makan kepada anaknya, jadi keinginan dia untuk menjadi ibu semakin meluap-luap dan dia telah bernazar jika dikurniakan anak, dia mahu anaknya itu menyerahkan keseluruhan hidupnya kepada jalan Allah.
Allah telah memakbulkan doanya tetapi dia mendapat anak perempuan. Namun Hannah tetap berhajat meneruskan nazarnya dan anaknya diberikan nama Maryam yang menjadi seorang anak yang warak.

Moga dengan nama Hannah ini puteriku menjadi anak yang solehah dan beriman. Insya Allah.

No comments: