Tuesday, July 24, 2012

Fotografi Post Wedding

Masa nak kahwin dulu bukan makin teruja nak cari fotografi out-door kononnya. Perasan ala-ala mat saleh ambil gambar kat garden gitu. Memanglah tercapai hasratku itu siap posing-posing ala queen gitu dengan suami. Tapi malangnya hasil produk jurugambar tu boleh dikatakan agak tak memuaskan sebab dia janji lain dapatnya lain.... Ha.... Maksudnya aku kena tipulah.

Kisahnya percayakan kawan sekerja dulu masa buat majalah, ingat kawan boleh pakai rupanya %^@!&>?!! tak boleh pakai! Duit ambil pas tu lebur..... Sesiapa nak cari fotografi kahwin janganlah terpedaya  dengan orang ini. Gayanya cam buzy sangat dengan  job job Astro katanya, ada studio di hulu Klang dan umur sekitar 40-an  suka sangat cakap besar tentang filem Dua Alamnya yang konon-konon bagus sangat. Aku cerita ni supaya menjadi panduan kepada sesiapa yang nak pakai jurugambar tengoklah ciri-ciri jurugambar yang katanya dah banyak kapur duit orang. Jangan terkono cam mok cik ni deh?! huhuhu

Kerana kekecewaan daku terhadap gambar weddingku yang hampeh, so bulan 5 baru-baru ni aku sekeluarga telah buat temujanji post wedding pada 25.5.2012 yang jatuh pada hari ibu, jadi bertambah syoklah! Jurugambar En.Den ASBESSTOS PHOTOGRAPHY memang bersungguh-sungguh dengan kerjanya, sopan, mengambil pendapat pelanggan dan tentunya hasil kerjanya superb! Dengan montaj dan still photonya yang terbaik memang berbaloi dengan duit yang dikeluarkan. Harap En. Den dapat buat promosi lagi ye.... Jom tengok gambar-gambar keluarga saya.

Tarikh: 25.5.2012
Hari: Ahad
Lokasi: Lake Garden KL
Tema: Picnic
Hadiff masa ni baru 8 bulan.


Cover DVD






Gambar memang beratus keping, tapi cukuplah gambar yang aku nak kongsikan kat sini.


Ps: Baru dapat berita rezeki Ramadhan. Minta-mintanya tercapailah impian Mac tahun depan. Moga Allah melindungi kami sekeluarga.



4 comments:

Hanny Esandra said...

alhamdulillah..
oklah tu.. dapat jugak buat post-wedding.. :)

CintaZulaikha said...

ehehhhe, cantikkkkk....akak suka tgk..

wisata outbound malang said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

MUNIRA AZME said...

Hadif comel... rindu kat dia :(