Thursday, June 28, 2012

kerja 'pejabat' seorang suri rumah.

Assalamualaikum... setelah sekian lama tak berblog alhamdulillah hari ini akhirnya kesampaian juga hasratku. Aku harap hari ini adalah hari permulaan aku aktif semula menulis blog. Maklum sajalah baru pertama kali bergelar seorang ibu, banyak perkara yang perlu dipelajari, tambahan pula sudah memegang jawatan baru suri rumah. Ha.... mungkin ada sesetengah wanita menganggap jawatan ni low class dan memalukan.
   Yalah duduk di rumah ni mana dapat gaji bulan-bulan. Pastu ada yang takut selekeh dan nampak lebih tua duduk di rumah. Al maklumlah tak boleh bergaya seperti ke pejabat.
   Bagi pendapat akulah wanita yang beranggapan menjawat jawatan suri rumah membuatkan seseorang wanita ini rendah martabatnya adalah salah.
" Ala sebab kau jadi suri rumahlah kau cakap cam gini", mungkin ada yang bertanggapan macam tu. Beginilah, aku sentiasa memandang tinggi pada ibu-ibu yang menjaga anak sendiri , menjaga semua makan pakai keluarga, semuanya demi kebahagiaan keluarga.
   Malah ada petikan hadis yang menjelaskan betapa pentingnya seorang wanita menggalas tanggungjawabnya di rumah yang merupakan jihad seperti jihad suami di luar rumah. Nah betapa besar dan tingginya martabat seorang isteri di rumah.
  Kalau nak bercakap pasal letih membuat segala urusan 'pejabat' di rumah ini, tidak boleh dinafikan. Dari celik sahaja mata sehingga nak tidur pun ada sahaja kerja yang menanti. Bahkah tutup mata pun ada kerja tau! Haha jangan tak percaya, yalah ibu-ibu cam  aku yang menyusu badankan si kecil sambil tidur pun suakan susu pada mulutnya.
    Walaupun begitu aku sukakan jawatan ni, taklah tertekan cam kerja pejabat tu. Kena ikut deadline sepanjang masa. Ada kalanya bila terlalu letih aku tinggalkan sahaja kerja-kerja rumah. Encik suami pun ada membantu bila balik kerja. Tapi kalau perlu membereskan segera kerja rumah, motivasinya adalah ingat segala kerja ini adalah ibadah yang Allah telah sediakan ganjaran di sana nanti. Bila tengahari pula  dalam penat-penat, hilang lelah bila tengok suami balik makan tengahari air tangan sendiri.Tak la asyik stres tengok muka bos. Petang pula tak sabar tunggu si dia balik.
   Mak mertua aku pernah cakap, orang zaman sekarang ni belajar tinggi-tinggi. Pastu anak pembantu rumah yang asuh. Memang betul cakap mak tu tapi kadang-kadang kesian juga wanita berkejaya dengan niat ikhlas mahu membantu suami, tolaklah segelintir wanita yang nak kerja sebab nak bergaya dan takut martabatnya diperlekah suami.  Aku lebih tabik pada wanita yang ada pendidikan tinggi tapi duduk di rumah sebab nak didik anak sendiri. 
   Tapi tak boleh juga kata banyak wanita yang 'spesis' cam tu, sebab banyak juga spesis lelaki yang duit gaji buat joli, curang dan kaki pukul yang makan, tidur, berak cangkung je duduk kat rumah. Tu pasal sesetengah golongan wanita perlu kerja.
     Aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya suami aku tidak tergolong dalam lelaki jenis macam tu. Walaupun hidup kami biasa-biasa sahaja tapi aku rasa aman begini. Harap-harap rezeki sentiasa murah. Tetapi jika keadaan mendesa, aku tidak pula menolak untuk bekerja semula. Sekarang ini pun aku ada buat part-time sikit-sikit di rumah, moga-moga bolehlah membantu Encik Suami :D


6 comments:

Hanny Esandra said...

rindunyaa jiha.. hehee.. apa salahnya jd surirumah?? x ada yang salahnya pun kan.. :) suami dan anak pun tak terabai.. hehe..

Diari 929 said...

Hanny Esandra- wah.... Ada juga org rindu kat i. Si darah manis ni bila nk kirim kad kemput x sbr i tau!!!

IdA *SetulusKASIHummi* said...

salam singgah...mmg x senang jd surirumah kan..sy pun dah hmpir 6 thn jd suri rumah...memula pas bhenti keje rasa bosan giler dok umah..tp skang x menang tgn nak wat kije..hehe

CintaZulaikha said...

aleh jiha...best pe jd suri umah..banyak pahala kut..nak2 plak kita buta ngn ikhlas kan..

penbiru said...

Salam semua. Sy sanggup tinggalkan kerjaya yg menjanjikan gaji yg 5 angka dan bonus yg tak kurang 7 bulan semata menjadi suri rumah. Bagi sy duit bukan lah yg terutama but family comes first. Bijak pandai, bergaya macamana pun kalau tak jaga family sendiri tak ada gunanya. Hidup ni terlalu singkat utk nak balance work and family, takkan boleh nya. Jgn nk tipu lah kalau ada wanita yg kata dia boleh balance work-family. Kalau dah bekerja dgn sykt korporat takkan byk masa dgn family, balik lambat, tidur tak cukup, letih dsb. Sy sendiri telah mengalaminya that's y sy tinggalkan kerja yg ramai org nak rebut tu. Kepada yg bekerja utk membantu suami mesti ada batasnya, jgn sampai duit kita mengambil alih tangunggjawab suami yg wajib. Ingat tu, duit rumah, bil api-air, makan pakai adalah tg suami. Kalau duit kita dipakai utk itu, ingatlah kebanyakn suami akan ada duit 'spare' utk belanja org lain. Sy ramai kawan lelaki tau sgtla perangai diorg. Doa lah supaya suami kita jd yg soleh. Tau tujuan terpaksa bekerja tu kenapa. Bukan utk lepas tangujwb sbg ibu dan isteri semata2 nak beli BMW atau LV. Ramai pompuan mcm ni yg sya jumpa. Hari2 makan luar, kesian anak2. Itulah antara komen, nasihat sy.

Hani Azrai said...

saya pun baru resign dari career yg menjajikan gaji beribu2 lemon (huhu) dan sekarang tengah membaca blog2 yg boleh menjana semangat saya apabila saya menjadi surirumah...