Monday, November 21, 2011

oh go blog! ( goblok!)

Lama sunggu rasanya tak menulis blog ni. Naik nak bersawang dah... mana taknya entri akhir masa 'beday' aku. Pastu masa tengah sarat terus sampai bersalin dah tak tulis dah. Maklumlah susah sikit nk menulis sejak-sejak jadi ibu ni.

Dah lama tak menulis otak pun cam bersawang gak. Kena cerdaskan semula otak dan displinkan diri untuk mula menulis. Yelah sejak jadi suri rumah ni kena bahagikan masa antara anak, suami dan masa untuk diri sendiri. uhuk uhuk uhuk.

Apa pun sekarang kehidupan aku bertambah sempurna dan bahagia dengan kehadiran putera sulongku Hadiff Mujahid. Ibu sayang kamu!