Monday, May 30, 2011

Bila mak buyung jatuh longkang -__-


Bunyi memang macam kelakar, tapi itulah hakikatnya aku... aku jatuh longkang. Adeh! Peristiwa ni berlaku pada Ahad lepas (29/5/2011) waktu malam depan rumah abah.

Mungkin akibat keletihan sangat lepas balik bercuti, tah macam mana aku boleh terpijak longkang yang penutup besinya dah patah. Padahal bukan tak tau longkang tu memang dah patah besinya. Nasib tak baik kan apa nak kata....

Waktu terjatuh tu memang terkejut. Suami aku pun terkejut sebab tengok-tengok aku dah ilang. Iseh cam megic plak Kaki aku belah kiri terperosok dalam longkang, lutut belah kanan terlipat. Aduh... bukan main sakit lagi. Tapi tu aku tak risau sangat, yang aku risau baby kecik dalam perut ni. Sebab masa kejadian tu perut aku memang terhentak kuat.

Lutut aku luka dan lebam, peha pun lebam jugak, calar-calar pada kaki pulak memang pedih. Suami aku nampak sangat risau, puas dia membelek kakiku dan menyapu minyak gamat dan tuam dengan ais. Lepas tu dia sibuk pulak belek perut aku, tepuk-tepuk baby supaya gerak.


"Baby gerak tak,"  suami aku tanya.

"Tak." Jawabku.

"Mungkin baby terkejut kot."

Tapi agak lama lepas tu baby ada respon sikit.


Memadangkan dah dekat pukut 10 malam. Kami ambil keputusan pergi hospital di Bangi sahaja. Sebab kalau nak pergi klinik swasta semuanya dah tutup. Suami aku pun membawa kereta dengan kadar yang agak laju.

Jumpa sahaja doktor, doktor buat scan. Aku nampak baby, jantungnya masih berdenyut. huh! Lega kami. Doktor kata kalau baby tu mula bergerak maknanya dia ok. Tapi mungkin disebabkan perasaan takut pergerakkan baby tidak terasa. kat doc lagi kalau baby tak terasa bergerak cuba 'kacau' bayi tolak sisi perut sampai dia bergerak.
Macam ni kot rupa si kecikku syg dlm perut :)

Alhamdulillah.... tak ada pendarahan. Doktor suruh balik dan berehat sahaja. Tapi kata doc kalau ada pendarahan kena cepat-cepat datang hospital.  Disebabkan kejadian tu doktor bagi MC kat aku suruh berehat di rumah.

Doc ada juga cakap kadang-kadang wanita hamil yang jatuh boleh mempercepatkan due bersalin. :O (Minta2 la baby lahir cukup bulan)


*Sudah 29 minggu (7 bulan), tinggal 11 minggu untuk tengok wajah si kecilku. Gembira sebab dah tau jantina dia :)

Wednesday, May 25, 2011

Rumah diserang Kutu!


Pada entri yang lepas-lepas aku pernah cerita pasal rumah aku yang kena serang pijat. Ya! Sebenarnya ia bukan pijat. Binatang yang gigit aku sampai gatal dan kemerahan satu badan itu sebenarnya adalah KUTU.
Bayangkan kesan gigitan ni satu badan. Memang derita gatalnya!

Ya kutu binatang! Menurut sumber yang diberitahu oleh pak cik google kutu yang menyerang rumah biasanya datang daripada anjing atau kucing. Memang sah! Rumah aku tu banyak sangat kucing liar yang berkeliaran. Adus....!

Kali ni dah masuk kali ke-3 serangan makhluk kecil tu. Membuatkan aku dan suami bengang tahap **** aiseh sampai tak mampu nk tulis.

Dah macam-macam cara kami guna nak bunuh binatang tu... pakai racun, serai wangi dan lain-lain yang dikatakan efektif, tapi semuanya hampeh! Kami yang rasa macam naik mati bau racun!

Jadi bagi sesiapa yang mengalami keadaan ni aku bagi tip macam mana nak kenal kutu binatang atau fleas ni.

Kutu bintang / animal fleas

1. Pijat berbau busuk - kutu tak.
2. Pijak badan leper, merayap- kutu merayap dan MELOMPAT.
3. Kutu apabila MENGGIGIT terasa PANAS lepas tu gatal2.
4.Pijat hanya menggigit pada waktu malam atau tempat gelap- kutu menggigit TAK MENGIRA MASA.
5. Rupa kutu bintang ni LEBIH KECIL DARI KUTU BERAS.

 Cara mengatasinya.

Memang susah nak bagi bintang ni mati. Kalau sembur pakai racun seranggan macam baygon tu pun di pergi kejap ke pastu datang balik. Tapi ia boleh dikurangkan dengan beberapa cara iaitu:

  • Bersihkan selalu rumah, sapu dan mop. Mop aku pakai cecair serai wangi untuk halau serangga.
  • Vakum tempat yang biasanya kutu bersembunyi macam karpet, tikar, tilam sofa dan lain-lain.
  • Tukar cadar, pakaian atau fabrik yang disyaki dijangkiti kutu.
  • Semburkan dengan BAYGON dan tutup rumah. Kalau pakai cap lain kutu tu wat bodo je siap  leh menari2 lagi.Biarkan 2 jam atau lebih. Lebih baik korang keluar rumah masa tu.
  • Pastikan kalau ada bela kucing, kucing tu dimandikan dengan UBAT KUTU selalu.
  • Kalau dah digigit dengan teruk pakailan ubat salap EUREX dan MINYAK CAP KAPAK untuk melegakannya. Cap lain kurang efektif terutamnya orang kulit alah cam aku ni.
  • Kalau teruk sangat makan ubat alahan. Aku makan Allersin-F yang boleh untuk orang pregnant cam aku makan. Boleh juga makan ubat gatal dan bengkak.Paling baik jumpa doktor.

  • Mandi pakailah sabun antisaptik cam DETTOL dan PROTEX.
  • Boleh juga masa mandi tu bilasan terakhir dengan air campuran DETTOL bagi mengelakkan jangkitan pada kulit. Sebab kebiasaannya kegatalan kutu digaru sampai luka yang boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Ada juga racun khas untuk kutu ni namanya BOMB FLEAS tapi tak ada kat Malaysia. hu3


Itulah antara langkah-langkah yang aku dah cuba. Tapi tadi aku baru tengok kat YOU TUBE pasal cara-cara nak bunuh kutu ni. Antaranya MENGGUNAKAN GARAM dan kat situ juga ada beberapa link cara-cara untuk membunuh kutu ni daripada telur hingga ke dewasa.
Cuba pakai garamlah lagi murah :)

Malam ni aku dan suami nak buat operasi membunuh kutu secara besar-besaran. Hayak!!!!
Tapi kalau tak ok gak aku terpaksa la telefon pest control! huWaaaa!