Thursday, April 28, 2011

Family day di Tambun & Pesta Buku Antarabangsa 2011.

Hujung minggu lepas dan awal minggu ini ada dua agenda menarik telah aku sertai pertama Family day seksyen suamiku di Lost World Of Tambun ( 23/4/11) dan kunjungan ke Pesta Buku Antarabangsa 2011 (25/4/2011)  di PWTC.


Di Tambun memang seronok sebab dah lama rasanya tak pergi beriadah. Tambahan pula rakan-rakan pejabat laki aku yang sempoi habis sampai lupa yang aku ni membawak perut dan tak sedar diri join game. Jom layan gambar-gambar ni. he3



Dalam perjalanan ke Ipoh.
Gambar beramai2

Kat tgh tu aku, jd Mumia h3
Memang mengah tiup belon ni hu3


Birunya....
Di Pesta buku Antarabangsa pula, pergi atas urusan kerja. Apa lagi sambil menyelam minum air la yea.... Yang pastinya saya sempat rembat dua majalah antara satunya Tunas Cipta Mac 2011 yang ada artikel dan gambar kacak En.Ridzuan Harun

Bersiap2 sblm pergi. Sblah tu pegawai penerbitan VIC


bagus utk anak2

^___^

Mai beli murah2
Buku ni sgt bgus, tp poket sy tgh kempis hu3

Tetiba jumpa kwn lama Misha, layan jelah.....

Adeh sakit kaki, dah mau pulang......




p/s: Kebanyakan baju dah makin sendat kat perut T_T



Friday, April 22, 2011

14 April itu datang lagi.

Assalamualaikum....
Hai, apa khabar sahabat semua. Sihat? Aku? Cam ginilah sihat-sihat mak buyung.
Beberapa hari lepas minggu lepas sebenarnya adalah tanggal lahir suamiku yang dicintai 14 April. Tahun ni genaplah usianya 27 tahun. he3 abangku dah makin tua

Semenjak 6 tahun aku mengenalinya, tarikh ini pasti tak aku lupakan. Biarpun sekadar bingkisan kecil yang dihadiahkan kepadanya, dia pasti tersenyum dah gembira.

Sebelum tanggal lahirnya aku puas juga memikirkan hadiah apa yang nak diberikan kepadanya. Kalau orang perempuan memang mudah mencari hadiah. Tapi lelaki ni susah sikit.

Akhirnya aku memutuskan memberikannya sebuah jam tangan. Ehm... dia memang sangat memerlukan jam tangan memadangkan dia memang seorang yang sibuk.

Seperti tahun tahun yang lepas juga. Dia tersenyum dan  gembira biarpun jam itu bukannya sebuah jam yang mewah.                                          
  

Sekali lagi selamat hari lahir diucapkan untuk suami yang paling dikasihi. Semoga hubungan kita bertambah bahagia dan dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata ini. Amin....

Tuesday, April 12, 2011

Gastrik yang melampau.

Assalamulaikum....

Isnin lepas (11/4/2011) balik daripada kerja badanku mula sakit. Mulanya bahagian tangan membawa kebelakang. Petang tu jugak aku dah janji dengan suami yang tercinta mahu ke pasar malam.

Tapi badan aku dah mula rasa sengal-sengal. Aku tahu dia boleh pergi sendiri, tapi disebabkan nak pilih lauk-pauk mentah aku gagahkan jugak untuk pergi pasar malam.

Tapi tak sampai setengah jam aku dah mula rasa makin sakit, tambah lemas pulak orang berasak-asak kat pasar malam tu memang membuatkan aku jadi bertambah sakit! Lantas aku mengambil keputusam segera membali barang dan lekas pulang.

Walaupun lapar tetapi rasa sakit mengatasi segalanya. Nasi kerabu yang dibeli di pasar malam tadi tak terasa pun kenikmatannya. Aku dayakan juga diri makan nasi sebab nak makan ubat gastrik. Ya! Sakit-sakit badan macam ni disertai seram sejuk adalah petanda gastrik.

Usai makan, aku segera menelan ubat Ranitidine  sejenis ubat gastrik. Suamiku menyuruhku segera rehat dan tidur di bilik. Tapi tak sampai setengah jam, aku menggigil-gigil, sesak nafas, sakit dada dan sakit tulang belakang yang amat sangat. Tangan pun terasa kebas saja.

Suamiku yang dengar suaraku mengerang kesakitan di dalam bilik cepat-cepat datang kepadaku. Dia jadi kaget dan cemas. Dia mengajakku ke klinik, tetapi memandangkan dah hampir 10 malam dia segera membawaku ke sebuah pusat berubatan di Bangi.

Hospital Serdang memang "sejengkal" dengan rumah, tapi aku dah tak tahan sangat dah rasa mahu pengsan. Paham-paham sajalah kalau nak menunggu tu...T__T

Sampai di pusat perubatan tu memang tak tunggu lama, aku pun sebenarnya memang dah tak boleh bertahan Sampai meleleh air mata hu3

Masuk je bilik doktor, aku cakap dah makan ubat gastrik tapi tak jalan. Aku rasa cam aku pulak yang nak jalan. Doktor cakap gastrik aku dah tak berkesan dengan ubat yang aku makan dan perlu tambah dos. Doktor tanya aku pregnant dah berapa bulan dan baby ada bergerak atau tidak.

Aku cakap baby gerak. Tapi dalam hatiku aku amat risau keadaan si kecik tu. Dia memang aktif tapi aku risau dia pun rasa kesakitanku.

Doktor suruh kebelakang dan baring di katil. Katil sebelah aku tengok ada budak terbaring. Aku pun baring menunggu seorang sister lelaki datang. Dia bawa satu jarum dan cucuk di pergelangan tanganku. Aku ingat dia nak masukan air rupanya masukkan ubat.

Suamiku cakap tulah ubat gastrik yang dah ditambah dos tu, jarum memang besar ubat yang dimasukkan tu memang banyak. Patutlah sakit! Poket pun agak sakit membayornye hu3

Balik rumah, aku pun cuba merehatkan diri. Konon nak tidur. Tapi tak boleh, ubat yang disuntik masih belum jalan lagi. Aku duduk tak senang, baring pun serba salah. Kejap rasa sejuk, kejap rasa panas.

Dada dan belakang terasa sakit. Sesak nafas lagi... dan aku menangis.... hu3 Suami aku cakap aku mesti tabah dan sabar sebab nanti bersalin lagi sakit. Dalam hatiku terdetik, betul jugak. Sakit cam ni pun aku dah nangis, macam mana nak bersalin nanti?

Aku pun cuba menahan sakit. Aku tengok suamiku yang duduk di sisi dan tertidur. Kesian pulak aku tengok dia. Aku cuba melelapkan mata berkali-kali, tapi tetap terasa kesakitan. Babyku terus bergerak. Aku rasa kesian mesti dia juga tak boleh tidur  sebab aku asyik bergerak-gerak kesakitan.

Akhirnya aku tertidur juga.....



*Taubat tak mahu makan anggur lagi.... T__T
*Baru lepas satu peperiksaan :) Masih ada lagi satu peperiksaan dalam minggu ini dan minggu depan.  Harapnya semua berjalan dengan lancar. Amin....





Wednesday, April 6, 2011

Bahana durian

Yam... YAm... sedapnya, tapi awas PANAS!


Assalamulaikum... entri kedua aku bagi salam hehehe. Sekarang ni musim durian menjadi-jadi, bak kata benua suluk keretanya hampir saja ditujah seorang perempuan yang brek tiba-tiba disebabkan nak beli durian.

Aku sejak ke pasar malah di Serdang dua minggu lepas, aku asyik terkenang-kenang si raja buah yang sangat memikat baunya. Aduhai.... aku berkali-kali menoleh ke gerai durian tu nak merasa durian kampung yang dah lama tidak menjengah ke tekakku.

Tapi... awal-awal lagi suamiku dah geleng kepala, beri isyarat "tak boleh makan!" padaku. Katanya orang ngandung tak boleh makan sebab panas, bahaya. Huhuhu sedih giler aku...

Sabtu minggu lepas... sedang aku menyenyak tidur abah telefon, kataya dia baru balik perak dan ada beli durian. Yahu!!!!!!!!

Apa lagi dengan deras balik ke rumah abah. Sampai sana terus suamiku membuka durian tapi katanya boleh makan sikit saja.

Memang aku makan sikit dalam 5, 6 ulas je. Dalam perjalanan balik ke rumah aku dah rasa semacam.
Pening dan panas badan huwaaaa! Aku lupa nak minum air kat kulit durian tadi. Balik rumah apa lagi demam selesemalah.... huhuhuhu Tobat dah tak mau makan durian masa mengandung.

Check-up hari Isnin lepas (4/4/2011) plak badan aku naik melampau-lampau. Tak pasal pasal Jumaat ni kena buat ujian diabetis pulak huhuhuh. Aku rasa bukan sebab kencing manis berat badan aku ni naik, tapi sebab selera bertambah.

P/s: Tak sabar rasanya nak scan baby ni :)