Thursday, March 31, 2011

Kaki Kejang.

Adoi sakitnya

Assalamualaikum! (tak pernah aku bagi salam sebelum mula cerita hu3) Ehm... Kalau dikira minggu ni dah masuk 20 minggu aku hamil ( 5 bulan) maknanya tinggal 4 bln lagi sebelum menempuhi detik bergelar ibu (sukanya!)

Baby ni pun dah makin kuat dia bergerak. Cuma bila perut dah makin membesar ni adalah beberapa masalah ibu hamil yang biasa dialami. Antaranya sakit belakang dan kekejangan kaki (di waktu malam).

Walaupun aku selalu sakit belakang dan juga sakit kaki, tapi mengurut bukanlah cara yang terbaik melegakan kesakitan. Tambah lagi kalau buat refleksologi lagi berbahaya untuk kandungan.

Sakit belakang ni adalah disebabkan oleh pembesaran kandungan yang menekan tulang belakang. Jadi aku dah tak boleh macam dulu, duduk di bawah. Sekarang kena duduk atas kerusi. Malam mesti tidur  mengiring dan bantal perlu diletakan di bawah perut, barulah dapat tidur dengan selesa.

Kalau dulu aku pernah tengok drama korea, dalam cerita tu bini dia mengandung dan selalu je kejang kaki di waktu malam. Bila kejang je bini ni kejutkan suami dia bangun untuk picit kaki. Sekarang aku pulak yang alami situasi tu. Nasib ada cik abang yang sudi picitkan kaki. hu3 
Yum...yum! Buat jus pon sodap!

Doktor kata buah pisang paling baik untuk mencegah kejang. Sebab hari tu aku kena gastrik, doktor cakap pisang dan betik adalah buah paling bagus untuk wanita hamil. Wanita mengandung memang mudah kena gastrik. Katanya bukan berpunca kerana lambat makan atau tak makan, (aku sejak mengandung mana pernah miss makan!) tapi disebabkan salah makan.

Antara makanan yang wanita hamil  mengalami gastrik tak boleh makan adalah:

  • Epal
  • Mangga
  • Limau
  • Anggur
  • Jambu batu
  • Kopi
Tengahari sebelum aku diserang gastrik, aku makan buah jambu batu. Lepas tu "terbaiklah"... satu badan mula seram sejuk dan sengal-sengal. hu3 Doktor kata buah-buahan ni boleh makan bila kandungan dah stabil nanti.

Buahan yang terbaik aku ambil buat masa sekarang ni adalah PISANG dan BETIK, ia membantu memudahkan proses buang air besar, mencegah kekejangan dan membuatkan kulit cantik!

Harap apa yang aku kongsikan ni berguna untuk  ibu dan bakal  ibu pada masa akan datang.
Info dan cara mengatasi kejang kaki ketika hamil

P/s: Bilalah dapat tengok Hikayat Merong Mahawangsa nih....

Saturday, March 19, 2011

19 Minggu yang mengujakan ^___^

19 minggu (www.babycenter.com)
Sebenarnya sudah dua minggu aku rasa ada benda 'kuit-kuit' dalam rahim. Tapi sejak semalam dan terutamanya hari ini makin kuat gerakkan tu. Kalau aku letak tangan pun dah mula rasa gerakan si kecil. Seronok sangat-sangat harap 'dia' sihat.

 

Ibu & Abah sayang baby ^____^

Wednesday, March 16, 2011

Segmen: Apa kata kamu dengan cinta




Lama betul tak ditag tiba-tiba dapat tag Segmen: Apa Kata Kamu Tentang Cinta yang ditag oleh blog keluargaku syurgaku. Terima kasih Kak Ct ^___^

Segmen ini telah dianjurkan oleh blog pilihan hati Al-Hakim


Apa kataku tentang cinta

Cinta ada pelbagai jenis cinta Illahi, cinta keluarga, cinta kekasih, cinta sahabat dan cinta alam sekitar.
Di sini aku nak berkongsi sedikit tentang pengalaman aku.

Cinta yang paling agung tentulah cinta kepada Allah S.W.T. Dulu aku pernah jatuh dek kerana gelombang hidup dan pelbagai masalah keluarga. Aku cari kawan-kawan, malah ahli keluarga untuk luahkan perasaan. Malangnya ada yang mengambil kesempatan menuduh aku yang bukan-bukan dan menikamku daripada belakang. Tetapi semangat dan doa telah banyak menyelamatkan aku.

 Cinta keluarga aku sematkan sejak aku mula mengenal erti kasih sebenar. Ya, aku akui aku sememangnya kurang kasih sayang. Tetapi apabila mula mengenal erti hidup yang sebenar... aku akur bahawa tanpa keluarga siapalah aku. Semakin dewasa aku semakin menghargainya.

Cinta kekasih adalah magis paling ajaib dalam hidupku. Dia datang tanpa dicari dan melengkapi hidupku yang sepi. Ya, aku pernah mencari erti cinta seorang kekasih namun kecundang. Magis yang datang tanpa diduga adalah manisan madu penawar dukaku selama ini dan membawaku hingga ke jinjang pelamin. Ikatana kasih kami bertambah utuh dengan hadirnya satu nyawa di dalam rahimku.

Cinta sahabat membawaku ke dalam realiti. Hanya beberapa orang teman yang boleh dibilang dengan jari. Mereka adalah nadiku yang banyak memberi semangat dan erti kehidupan sebenar. Tangis dan tawa bersama biarpun  kami jarang bertemu. Terima kasih sahabat.

Cinta pada alam sekitar ramai yang alpa. Bukan setakat memelihara tumbuh-tumbuhan, elakkan pencemaran dan menyayangi haiwan. Namun yang paling penting adalah mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita  selama hidup ini.

Tarik tutup segmen ini 16 Mac 2011 (tengah malam ini) pada  Kali Nyali Untuk dan Fantasi Itu Duniaku anda ditag. Tak kesahlah, janji jawab walaupun tarikh segmen ni dah terlepas.

p/s: Jawapan serba ringkas sebab baru perasan ditag heheheheh

Tuesday, March 15, 2011

Kenduri kahwin lagi....

Jumaat (11 Mac 2011) lepas aku dan keluarga(tak termasuk suami yang bekerja hu3) ke Batu Pahat dan Ipoh untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan saudara-mara. Penat memang penat tapi pasal dah lama gila tak balik Batu Pahat kuredah jua.

Di Batu Pahat ni sepupu mak kahwin. Aku panggil dia Kak Ijah je, tapi kalau ikut pangkat sebenarnya Mak Lang atau Mak Uda. Kami datang dua hari awal sebab ahad kakak aku kerja. Sabtu pulak majlis di Ipoh.


Blkng T. Ngah, Abah Dpn K. Ijah T. Ngah Aku.
Tgh, pengantin sempoi 2 hari sebelum majlis.
pose2 kat pelamin he3








Di Ipoh pulak (12 Mac 2011) majlis perkahwinan sepupu aku Abang Tajul dengan Kak Ifa. Pengantin memang segak dan cantik berbaju serba putih.

Abg Tajul & Kak Ifa





Aku ngan Kak Ain


Abah @ Pak Su pun nk jg bergambar



Pada hari yang sama juga kami sempat singgah ke rumah Mak Anjang di Taiping, tengok Kakak Sepupu Kak Nini baru dapat baby boy . Comel sangat!



Inilah muhammad Daniel comelkan dia?
 Masa cuti Raya Cina yang lepas  (5 Febuari 2011) aku dan suami balik Jerantut. Ada majlis kahwin anak Mak Teh.

Bersama Kak Ngah.




Walaupun penat tapi seronok sebab dah lama tak balik kampung. :)

* Dah rasa cam ada benda menguit2 kat perut ni ^____^