Monday, February 28, 2011

Terlewat temujanji.

Kandung 16 minggu
Hari ini 1 Mac 2011, lebih kurang jam 7.46 pagi aku memulakan perjalanan ke Poliklinik Seri Kembangan.  Aku tiba jam 8.00 pagi membetulkan parkir sebelum keluar daripada kenderaan.

Hatiku sedikit gelisah kerana sudah terlewat satu hari daripada tarikh temujanji pemeriksaan antenatal.

Hari sebelumnya aku sibuk "menukang artikel", menyiapkan kerja yang tergendala kerana cuti kecemasan minggu lepas. Tapi aku buat "muka slumber" pergi ke kaunter dan  beritahu kepada jururawat yang bertugas, temujanjiku dah terlepas.

Dia dengan bersahaja memberitahu aku perlu mengambil nombor seperti biasa.
Terdetik dalam hatiku, pasti mengambil masa yang lama memeriksaan kali ini. Yalah tentunya perlu menunggu giliran orang yang telah membuat temujanji pada hari ini.

Lebih kurang jam 8.30 pagi nombor aku dipanggil, aku ke kaunter. Teringat pula kata kakak di pejabatku, selalunya jururawat akan "membebel" kalau temujanji dah terlepas. Aku diam saja, pergi ke penimbang kemudian duduk di depan jururawat tersebut.

Dia tak banyak cakap, cuma mencatatkan jumlah beratku. Tetapi kelihatannya seperti agak terkejut. Aku masih diam. Dia memintaku ke makmal untuk ujian air kencing dan darah.

Setelah mendapat keputusan makmal, aku ke bilik seterusnya. Masuk ke 17,  aku disambut senyuman manis jururawat yang bertugas. Aku diminta berbaring di katil. Katanya berat aku dah naik  lebih 1.6 kg. Sepatutnya dengan kandungan awal trimester kedua ini hanya naik 0.5 kg sebulan. Aku hanya tersenyum.

"Berat awak dah terlebih l kg ni. Tapi tak pe, masih tak terlalu banyak naik. Kalau bulan depan masih banyak naik berat badan awak, awak kena buat ujian diabetes. Baby hari ni dah 16 minggu dua hari" katanya sambil tersenyum.

Terlebih sudah....
"Ooo...." itu saja responku dengan tergelak kecil.

Dalam hatiku agak pelik. Banyak ke aku makan? Ehm... tapi kalau nak diikutkan masuk ke trimester kedua ni memang selera aku memang menjadi-jadi. Pasal diabetes tu kenalah berjaga-jaga. Walaupun mak dan abah tak ada diabetes, tapi kemungkinan aku boleh terkena penyakit diabetes semasa hamil.

Aku kerling tanda namanya. Namanya Norhafiza,  usia lewat 20-an.  Dia mencatatkan sesuatu di dalam buku merah jambuku.

"Ha adik ni wartawan ye? Dik tengok jelah kami ni kerja banyak. Patutnya dibuka lagi satu klinik di Bukit Putra. Pesakit dah terlalu ramai ni. Nanti bolehlah adik tulis ye? Kami ni kalau waktu tengahari memang jarang sangat rehat. Solat pun lari-lari kejap je. " katanya sambil tersenyum.

"Kesianya" balasku.

"Di luar bandar klinik kesihatan disediakan setiap 5 km (katanya kalau tak silap aku). Tapi di bandar pula tak ada macam tu" balas seorang lagi jururawat di meja bersebelahan meluahkan perasaan.

 Selesai mencatat jururawat tadi bangun dan mengukur perutku. Kemudian dia mengambil Fetal Heart Detector untuk mendengar detak jantung bayiku.

Fetal Heart Detector
"Pernah dengar jantung baby?"
"Tak."

Dia menyapukan gel di perutku dan meletakkan alat tersebut. Bunyi-bunyi bising kedengaran. Tidak lama kemudian kedengaran detak jantung bayiku berdegup laju.

"Ha! Dengar tu" katanya. Aku tersenyum hingga tiada kata.

Pemeriksaan selesai jam 10.00 pagi. Lebih cepat daripada temujanji yang lepas. Terima kasih kepada jururawat yang mesra dan baik hati. Moga-moga kerajaan mendengar rintihan dan aduan mereka yang memerlukan tambahan klinik.

*Aku dah ada selera nak makan ikan. Ikan oh ikan yang baik untuk baby dan aku :)

Sunday, February 27, 2011

Yang Patah Tumbuh, Hilang Tak Berganti...

Minggu lepas 23 Febuari 2011 (Rabu) bersamaa 20 Rabiul Awal, kira-kira jam 4.30 petang sedang aku sedang sibuk mengetuk laptop di pejabat mengejar deadline, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Terpapar di skrin kecil itu wajah suamiku.

Terdetik di hati kecilku, kenapa? Jarang sekali suamiku menelefon pada waktu-waktu begini.
Aku mengangkat telefon kedengaran suara suamiku lemah dihujung talian.

"Sayang balik sekarang."
"Napa?"
"Uda dah meninggal."

Berderau darahku seketika, degup jantungku pantas dan fikiranku diputarkan pada perbualan kami sabtu yang lepas.

"Tadi mak telefon abang, Uda masuk hospital."
"Sakit apa?"
"Demam, demam yang hari tu tak sembuh-sembuh. Doktor kata mungkin masalah paru-paru" aku terjeda sebentar mencari kata-kata.

Aku masih ingat semasa pulang pada Tahun Baru Cina kira-kira dua minggu lepas, Uda memang sudah demam. Tapi kata mak mertuaku dia tidak mahu ke klinik.

"Kita tak balik bang tengok Uda?" soalku walaupun aku tahu kesibukan suamiku persis tak kenal siang malam.
"Balik kot sabtu minggu depan kalau dia masih tak sembuh."

Tapi ternyata mendung yang berarak petang itu mengiring perjalanan kami ke Jerantut.
Hanya wajah sugul suamiku sepanjang pemanduannya ke destinasi. Kulihat jernih matanya mula merah menakung kesedih yang teramat sangat.

Air liurnya ditelan beberapa kali. Aku dapat meraskan kesedihan yang ditahan melilit dikerongkongnya. Dalam beberapa ketika kulihat genangan air matanya tidak dapat ditampung lagi. Ya itulah kali pertamaku lihat suamiku bersedih.

Aku dapat bayangkan dikotak fikiranya ketika itu. Wajah abangnya yang sedari kecil menjadi teman suka duka dan bermanja diimbas kembali.

Kereta yang dipandunya dipecut 14o km/j. Melepasi tol Temerloh, langit mendung menggugurkan hujan lebat mengiringi perjalanan kami. Alam sekan mengerti suasana duka ketika itu.

Telefon suamiku berdering lagi. Entah yang keberapa kali sejak kami memulakan perjalanan. Dia menjawab panggilan itu. Aku masih membisu sejak memasuki kenderaan.

Hatiku ingin bertanya tetapi bibirku seakan berat untuk mengungkapkan kata.

"Ke bumi malam ni?"
"Ya malam ni lepas Magrib. Jenazah dah dibawa ke masjid "menghabiskan kata-katanya itu gear ditukar dan padal minyak ditekan lagi menambahkan kelajuan.

8.00 malam, kami tiba di Masjid Tebing Tinggi. Kami lekas-lekas keluar dari kereta. Kelihatan solat jenazah mahu dimulakan.

Aku masuk ke ruang solat wanita. Kelihatan riak wajah mak mertuaku tak seperti selalu. Kakak iparku dan saudara-mara terdekat memberikan sokongan pada mak. Aku... kehilangan kata-kata terasa seakan hatiku tertusuk belati.

Pasti hati mak berasa lebih daripada itu melihat anak yang dibesar selama 33 tahun kini terbujur kaku di depan mata. Perih yang tidak dapat digambarkan.

Selesai solat jenazah. Jenazah arwah Uda di bawa ke tanah perkuburan yang terletak lebih kurang 100 meter daripada masjid.

Kami menaiki semula kereta untuk ke tanah perkuburan. Sebaik sahaja pintu kereta tempat pemandu ditutup, aku lihat kepala suamiku diletakkan di stereng. Kini empangan air matanya pecah. Esak tangis memecah keheningan malam. Ya, kali ini juga pertama kali kulihat dia menangis.

Setibanya di tanah perkuburan, kulihat saudara-mara dan rakan-rakan arwah sudah menanti. Itulah pengalaman pertama aku melihat pengebumian pada waktu malam. Talkin dibaca aku tertunduk sahaja mengisafi dan mendoakan kesejahteraan arwah.

Al-Fatihah buat Hasnizam b. Abdullah Hashim, semoga rohnya tenang di sana.
Amin....

P/s: Hatiku luka melihat 'dia' menghembuskan nikotina lagi.....

Monday, February 21, 2011

15 mingguku bersama si 'dia'





Diam tak diam aku dah masuk trimester kedua. Bak kata sahabat baikku N,

"Tak nampak pun perut?" Semasa mengunjungi aku sabtu lepas.

Tapi inilah hakikatnya, perutku memang orang tak nampak lagi tapi aku je yang boleh rasa. Apabila t-shirt fit dah sendat tang perut, kain dah tak muat dan seluar jeans terpaksa dilupakan....hu3

Perut aku pun mula gatal-gatal dan mengelupas. Aku ada tanya seniorku dulu Kak Ct tentang keadaan ini. Katanya perut aku nak membesar. Betulah tu, aku tengok dah ada garis-garis kesan rekahan diperut. Ala yang orang selalu cakap tu stretch mark ....

Kalau ikutkan artikel yang aku baca baby aku sekarang ni cuma bersaiz 5 inci panjang dan seberat 100 gram.

Masalah morningsickness memang makin berkurangan tapi masalahnya, aku dah tak lalu nak minum susu tepung. Jadi dalam dua minggu lepas aku berhenti minum susu. Kesannya.... Aduh sakit gigi.

Baby memang akan menyerap kalsium ibu, macam situasi aku ni lagi teruk sebab tak minum susu la. Jadi aku cuma minum susu coklat kotak. Tapi masih muak dan mual. Jadi aku pun beli susu segar rendah lemak tapi harganya Rm 6.50 sekotak. Aduh sakit plak gigi nih....

Isnin minggu depan kena pergi klinik lagi untuk pemeriksaan antinatal ke-2 :)

p.s: Orang cakap masa mengandung tak elok benci-benci orang. Tapi sekarang ni payah betul la... aku sedang cuba tak membenci 'seseorang.'