Monday, January 31, 2011

Khabar dari dalam perut.


SAAT di nantikan seorang ibu adalah mengetahui khabar tentang bayi kecilnya. Ya 'dia' memang kecil. Belum rasa gerakkan apa-apa pun di rahimku. 31/1/11 seperti mengikut temujanji, aku ke Poliklinik di Seri Kembangan untuk pemeriksaan antinatal pertama.

Berdebar, teruja pun ada. Yelah... kali pertama.Waktu menunggu memang membosankan, dari satu kaunter ke satu kaunter. Dari satu bilik ke satu bilik. Letih dan penant menanti giliran. Tapi semua rasa tu hilang setelah doktor buat scan ultrasound di perutku. Aku nampak dia! Gembira tak terkata. Doktor cakap baby dah 12 minggu 2 hari maknanya dah 3 bulan.

Si kecilku sayang

Minggu lepas dengar khabar adik iparku jugak dah 'berisi.' Nampaknya mak abah (mertua) dapat dua cuculah tahun ni. Tahniah Atun dan Ihsan :) Moga aku dan Atun selamat melahirkan baby yang sihat dan comel. Ehmmm tak sabarnyer :)



Aku & suami tercinta, Ihsan & Atun adik2 ipar yang sebaya :P
Majlis bertandang Jerantut 2/10/2010



p/s: Terima kasih kepada Kak Afna yang sudi membelikan rambutan gading yang diidamkan :)

Wednesday, January 26, 2011

Pijat yang menyerang lagi. Arggghh!




AKU dah tak tahan benor digigit binatang kecik bernama pijat ni. Sejak berpindah di rumah felo UPM ni, aku asyik digigit 'pontianak kecik' ni saja. Aku dan suami dah lebih tiga bulan duduk sini. Mulanya ingat nyamuk yang gigit. Aku ni pulak jenis kulit sensitif kena gigit bengkaknya memang teruk. Tambah pulak bintang tu gigit banyak tempat. Bayangkanlah kalau korang kena....
T____T

Sebenarnya dalam lebih sebulan pijat ni tak serang kami. Aku dan suami wat 'perang' habis-habisan kat binatang kecik tu. Sembur macam-macam racun termasuklah spry serai wangi. Dapatlah hidup aman lepas tilam kami di buang dan sekarang kami tidur di bilik sebelah guna dua tilam katil single yang tak bukak lagi plastiknya.

Tapi sejak seminggu kebelakangan ni binatang tu serang balik. Tak tau mana punca. Bangun bagi je mesti ada bekas baru yang sangat gatal. Sekarang ni pun dah penuh badan aku kena gigit.

Ada petua kata letak daun durian belanda. Tapi memang payah nak cari...
Siapa ada petua atau pandangan nak hilangkan pijat ni. ku memang dah tak tahan. Parut lama bekas kena gigit baru nak hilang dah kena gigit lagi. Tolong!!!!!!


P/s: Gambar kat atas tu bukan gambar aku. Tapi cam gitulah kesan gigitan aku kena hu3

Monday, January 3, 2011

100 hari bersama

Pada 3/1/2011 genaplah usia berkahwinan kami yang ke-100 hari. Malam menyambut hari yang indah ini kami menjamu selera di Restoran Tupai-Tupai Bangi. Kami memilih buffet stimboat untuk menu makan makan malam kami.Secara tak langsung aku telah memacahkan pantang larang aku dengan makan seafood. Alhamdulillah nasib baik tak gatal-gatal. hu3

Selepas menjamu selera sampai tak larat, kami pun berjalan-jalan mengambil angin malan sekitar putrajaya. Lepak-lepak jap di tasik putrajaya sambil diiringi muzik latar lagu keroncong. Lagu keroncong? Datang dari mana pulak?

Sebenarnya kebetulan di putrajaya ada Laman Seni. Waktu malam ada persembahan muzik, itu yang ada lagu keroncong. Hai... teringat pulak masa belajar di ASWARA.

Apa-apa pun aku sangat terhibur dan gembira. Terima kasih abangku sayang :D

P/s: Seluar jeans dah tak boleh pakai, kain baju kurung dan kebaya dah mula ketat hu3
Gambar banyak aku upload kat FB. Untuk entri ada masalah teknikal sikit hu3