Monday, May 30, 2011

Bila mak buyung jatuh longkang -__-


Bunyi memang macam kelakar, tapi itulah hakikatnya aku... aku jatuh longkang. Adeh! Peristiwa ni berlaku pada Ahad lepas (29/5/2011) waktu malam depan rumah abah.

Mungkin akibat keletihan sangat lepas balik bercuti, tah macam mana aku boleh terpijak longkang yang penutup besinya dah patah. Padahal bukan tak tau longkang tu memang dah patah besinya. Nasib tak baik kan apa nak kata....

Waktu terjatuh tu memang terkejut. Suami aku pun terkejut sebab tengok-tengok aku dah ilang. Iseh cam megic plak Kaki aku belah kiri terperosok dalam longkang, lutut belah kanan terlipat. Aduh... bukan main sakit lagi. Tapi tu aku tak risau sangat, yang aku risau baby kecik dalam perut ni. Sebab masa kejadian tu perut aku memang terhentak kuat.

Lutut aku luka dan lebam, peha pun lebam jugak, calar-calar pada kaki pulak memang pedih. Suami aku nampak sangat risau, puas dia membelek kakiku dan menyapu minyak gamat dan tuam dengan ais. Lepas tu dia sibuk pulak belek perut aku, tepuk-tepuk baby supaya gerak.


"Baby gerak tak,"  suami aku tanya.

"Tak." Jawabku.

"Mungkin baby terkejut kot."

Tapi agak lama lepas tu baby ada respon sikit.


Memadangkan dah dekat pukut 10 malam. Kami ambil keputusan pergi hospital di Bangi sahaja. Sebab kalau nak pergi klinik swasta semuanya dah tutup. Suami aku pun membawa kereta dengan kadar yang agak laju.

Jumpa sahaja doktor, doktor buat scan. Aku nampak baby, jantungnya masih berdenyut. huh! Lega kami. Doktor kata kalau baby tu mula bergerak maknanya dia ok. Tapi mungkin disebabkan perasaan takut pergerakkan baby tidak terasa. kat doc lagi kalau baby tak terasa bergerak cuba 'kacau' bayi tolak sisi perut sampai dia bergerak.
Macam ni kot rupa si kecikku syg dlm perut :)

Alhamdulillah.... tak ada pendarahan. Doktor suruh balik dan berehat sahaja. Tapi kata doc kalau ada pendarahan kena cepat-cepat datang hospital.  Disebabkan kejadian tu doktor bagi MC kat aku suruh berehat di rumah.

Doc ada juga cakap kadang-kadang wanita hamil yang jatuh boleh mempercepatkan due bersalin. :O (Minta2 la baby lahir cukup bulan)


*Sudah 29 minggu (7 bulan), tinggal 11 minggu untuk tengok wajah si kecilku. Gembira sebab dah tau jantina dia :)

5 comments:

muhammad zaaid (tuulang) said...

nanti kite bakar longkang tu. punce! haha.

Diari 929 said...

Hadoi! Malang sungguh! Moh bakor!2

CintaZulaikha said...

uishhh...bahayanya jiha..lain kali ati2 tau..terkezut plak akak dgr tau...

Diari 929 said...

CintaZulaikha: Tu ar kak hari mlam gelap x nampak dah nasib....

Mamachia said...

bahaya juga tu...apa2 pun kena hati2 selama 11 minggu tu...