Tuesday, April 12, 2011

Gastrik yang melampau.

Assalamulaikum....

Isnin lepas (11/4/2011) balik daripada kerja badanku mula sakit. Mulanya bahagian tangan membawa kebelakang. Petang tu jugak aku dah janji dengan suami yang tercinta mahu ke pasar malam.

Tapi badan aku dah mula rasa sengal-sengal. Aku tahu dia boleh pergi sendiri, tapi disebabkan nak pilih lauk-pauk mentah aku gagahkan jugak untuk pergi pasar malam.

Tapi tak sampai setengah jam aku dah mula rasa makin sakit, tambah lemas pulak orang berasak-asak kat pasar malam tu memang membuatkan aku jadi bertambah sakit! Lantas aku mengambil keputusam segera membali barang dan lekas pulang.

Walaupun lapar tetapi rasa sakit mengatasi segalanya. Nasi kerabu yang dibeli di pasar malam tadi tak terasa pun kenikmatannya. Aku dayakan juga diri makan nasi sebab nak makan ubat gastrik. Ya! Sakit-sakit badan macam ni disertai seram sejuk adalah petanda gastrik.

Usai makan, aku segera menelan ubat Ranitidine  sejenis ubat gastrik. Suamiku menyuruhku segera rehat dan tidur di bilik. Tapi tak sampai setengah jam, aku menggigil-gigil, sesak nafas, sakit dada dan sakit tulang belakang yang amat sangat. Tangan pun terasa kebas saja.

Suamiku yang dengar suaraku mengerang kesakitan di dalam bilik cepat-cepat datang kepadaku. Dia jadi kaget dan cemas. Dia mengajakku ke klinik, tetapi memandangkan dah hampir 10 malam dia segera membawaku ke sebuah pusat berubatan di Bangi.

Hospital Serdang memang "sejengkal" dengan rumah, tapi aku dah tak tahan sangat dah rasa mahu pengsan. Paham-paham sajalah kalau nak menunggu tu...T__T

Sampai di pusat perubatan tu memang tak tunggu lama, aku pun sebenarnya memang dah tak boleh bertahan Sampai meleleh air mata hu3

Masuk je bilik doktor, aku cakap dah makan ubat gastrik tapi tak jalan. Aku rasa cam aku pulak yang nak jalan. Doktor cakap gastrik aku dah tak berkesan dengan ubat yang aku makan dan perlu tambah dos. Doktor tanya aku pregnant dah berapa bulan dan baby ada bergerak atau tidak.

Aku cakap baby gerak. Tapi dalam hatiku aku amat risau keadaan si kecik tu. Dia memang aktif tapi aku risau dia pun rasa kesakitanku.

Doktor suruh kebelakang dan baring di katil. Katil sebelah aku tengok ada budak terbaring. Aku pun baring menunggu seorang sister lelaki datang. Dia bawa satu jarum dan cucuk di pergelangan tanganku. Aku ingat dia nak masukan air rupanya masukkan ubat.

Suamiku cakap tulah ubat gastrik yang dah ditambah dos tu, jarum memang besar ubat yang dimasukkan tu memang banyak. Patutlah sakit! Poket pun agak sakit membayornye hu3

Balik rumah, aku pun cuba merehatkan diri. Konon nak tidur. Tapi tak boleh, ubat yang disuntik masih belum jalan lagi. Aku duduk tak senang, baring pun serba salah. Kejap rasa sejuk, kejap rasa panas.

Dada dan belakang terasa sakit. Sesak nafas lagi... dan aku menangis.... hu3 Suami aku cakap aku mesti tabah dan sabar sebab nanti bersalin lagi sakit. Dalam hatiku terdetik, betul jugak. Sakit cam ni pun aku dah nangis, macam mana nak bersalin nanti?

Aku pun cuba menahan sakit. Aku tengok suamiku yang duduk di sisi dan tertidur. Kesian pulak aku tengok dia. Aku cuba melelapkan mata berkali-kali, tapi tetap terasa kesakitan. Babyku terus bergerak. Aku rasa kesian mesti dia juga tak boleh tidur  sebab aku asyik bergerak-gerak kesakitan.

Akhirnya aku tertidur juga.....



*Taubat tak mahu makan anggur lagi.... T__T
*Baru lepas satu peperiksaan :) Masih ada lagi satu peperiksaan dalam minggu ini dan minggu depan.  Harapnya semua berjalan dengan lancar. Amin....





4 comments:

CintaZulaikha said...

haiyooooooooo sakit gastrik time ngandong..mmg tak boley blah...jiha baik jiha jaga makan...jgn salu g2..risau plak akak dgr~~makan sket2 pon taper jiha, asl makan..

oranglidi said...

uih.. smpai camtu sakit gastrik..

hm, rehat byk2. ksian si ibu dgn baby.. ak doakn smuanya elok2.

N said...

sahabat,
sila jaga diri dengan baik.
sedih + risau aku dengar... T_T
(alhamdulillah, aku tak salah tentang anip, kan? dia memang suami yang baik, kan...?) :'-)

Diari 929 said...

CintaZulaikha: Sy bukan tak mkn kak tp slalunyer sy kn gastrik sbb salah mkn hhuhuhuh.

Oranglidi: Terima kasih :)

N: Jgnlah risau aku ok dah...
org ngandung mmg cam ni. (Betul tu shbat :D)