Wednesday, April 6, 2011

Bahana durian

Yam... YAm... sedapnya, tapi awas PANAS!


Assalamulaikum... entri kedua aku bagi salam hehehe. Sekarang ni musim durian menjadi-jadi, bak kata benua suluk keretanya hampir saja ditujah seorang perempuan yang brek tiba-tiba disebabkan nak beli durian.

Aku sejak ke pasar malah di Serdang dua minggu lepas, aku asyik terkenang-kenang si raja buah yang sangat memikat baunya. Aduhai.... aku berkali-kali menoleh ke gerai durian tu nak merasa durian kampung yang dah lama tidak menjengah ke tekakku.

Tapi... awal-awal lagi suamiku dah geleng kepala, beri isyarat "tak boleh makan!" padaku. Katanya orang ngandung tak boleh makan sebab panas, bahaya. Huhuhu sedih giler aku...

Sabtu minggu lepas... sedang aku menyenyak tidur abah telefon, kataya dia baru balik perak dan ada beli durian. Yahu!!!!!!!!

Apa lagi dengan deras balik ke rumah abah. Sampai sana terus suamiku membuka durian tapi katanya boleh makan sikit saja.

Memang aku makan sikit dalam 5, 6 ulas je. Dalam perjalanan balik ke rumah aku dah rasa semacam.
Pening dan panas badan huwaaaa! Aku lupa nak minum air kat kulit durian tadi. Balik rumah apa lagi demam selesemalah.... huhuhuhu Tobat dah tak mau makan durian masa mengandung.

Check-up hari Isnin lepas (4/4/2011) plak badan aku naik melampau-lampau. Tak pasal pasal Jumaat ni kena buat ujian diabetis pulak huhuhuh. Aku rasa bukan sebab kencing manis berat badan aku ni naik, tapi sebab selera bertambah.

P/s: Tak sabar rasanya nak scan baby ni :)

4 comments:

RaRa said...

5 6 ulas tak byk..? byk la tu dik oi.. seulas dua cukuplah...
so dh ada pengajaran kan...:)

take care ok!

Diari 929 said...

Rara: Hahhaha tu la kak mkan tak sedar diri. Skrg dah insap hu3

CintaZulaikha said...

walawehhhh..banyaknya. org surh jamah seulas...kan da mendapat~~huhu

Diari 929 said...

Cinta Zulaikha: Har3 kan aku dah kata kak aku klau mkn durian tak leh berhenti T__T