Monday, February 28, 2011

Terlewat temujanji.

Kandung 16 minggu
Hari ini 1 Mac 2011, lebih kurang jam 7.46 pagi aku memulakan perjalanan ke Poliklinik Seri Kembangan.  Aku tiba jam 8.00 pagi membetulkan parkir sebelum keluar daripada kenderaan.

Hatiku sedikit gelisah kerana sudah terlewat satu hari daripada tarikh temujanji pemeriksaan antenatal.

Hari sebelumnya aku sibuk "menukang artikel", menyiapkan kerja yang tergendala kerana cuti kecemasan minggu lepas. Tapi aku buat "muka slumber" pergi ke kaunter dan  beritahu kepada jururawat yang bertugas, temujanjiku dah terlepas.

Dia dengan bersahaja memberitahu aku perlu mengambil nombor seperti biasa.
Terdetik dalam hatiku, pasti mengambil masa yang lama memeriksaan kali ini. Yalah tentunya perlu menunggu giliran orang yang telah membuat temujanji pada hari ini.

Lebih kurang jam 8.30 pagi nombor aku dipanggil, aku ke kaunter. Teringat pula kata kakak di pejabatku, selalunya jururawat akan "membebel" kalau temujanji dah terlepas. Aku diam saja, pergi ke penimbang kemudian duduk di depan jururawat tersebut.

Dia tak banyak cakap, cuma mencatatkan jumlah beratku. Tetapi kelihatannya seperti agak terkejut. Aku masih diam. Dia memintaku ke makmal untuk ujian air kencing dan darah.

Setelah mendapat keputusan makmal, aku ke bilik seterusnya. Masuk ke 17,  aku disambut senyuman manis jururawat yang bertugas. Aku diminta berbaring di katil. Katanya berat aku dah naik  lebih 1.6 kg. Sepatutnya dengan kandungan awal trimester kedua ini hanya naik 0.5 kg sebulan. Aku hanya tersenyum.

"Berat awak dah terlebih l kg ni. Tapi tak pe, masih tak terlalu banyak naik. Kalau bulan depan masih banyak naik berat badan awak, awak kena buat ujian diabetes. Baby hari ni dah 16 minggu dua hari" katanya sambil tersenyum.

Terlebih sudah....
"Ooo...." itu saja responku dengan tergelak kecil.

Dalam hatiku agak pelik. Banyak ke aku makan? Ehm... tapi kalau nak diikutkan masuk ke trimester kedua ni memang selera aku memang menjadi-jadi. Pasal diabetes tu kenalah berjaga-jaga. Walaupun mak dan abah tak ada diabetes, tapi kemungkinan aku boleh terkena penyakit diabetes semasa hamil.

Aku kerling tanda namanya. Namanya Norhafiza,  usia lewat 20-an.  Dia mencatatkan sesuatu di dalam buku merah jambuku.

"Ha adik ni wartawan ye? Dik tengok jelah kami ni kerja banyak. Patutnya dibuka lagi satu klinik di Bukit Putra. Pesakit dah terlalu ramai ni. Nanti bolehlah adik tulis ye? Kami ni kalau waktu tengahari memang jarang sangat rehat. Solat pun lari-lari kejap je. " katanya sambil tersenyum.

"Kesianya" balasku.

"Di luar bandar klinik kesihatan disediakan setiap 5 km (katanya kalau tak silap aku). Tapi di bandar pula tak ada macam tu" balas seorang lagi jururawat di meja bersebelahan meluahkan perasaan.

 Selesai mencatat jururawat tadi bangun dan mengukur perutku. Kemudian dia mengambil Fetal Heart Detector untuk mendengar detak jantung bayiku.

Fetal Heart Detector
"Pernah dengar jantung baby?"
"Tak."

Dia menyapukan gel di perutku dan meletakkan alat tersebut. Bunyi-bunyi bising kedengaran. Tidak lama kemudian kedengaran detak jantung bayiku berdegup laju.

"Ha! Dengar tu" katanya. Aku tersenyum hingga tiada kata.

Pemeriksaan selesai jam 10.00 pagi. Lebih cepat daripada temujanji yang lepas. Terima kasih kepada jururawat yang mesra dan baik hati. Moga-moga kerajaan mendengar rintihan dan aduan mereka yang memerlukan tambahan klinik.

*Aku dah ada selera nak makan ikan. Ikan oh ikan yang baik untuk baby dan aku :)

2 comments:

CintaZulaikha said...

kuat tak bunyi jantung dy....musti seronok kan???

Diari 929 said...

Kuat pastu laju... suka sangat :D