Monday, February 21, 2011

15 mingguku bersama si 'dia'





Diam tak diam aku dah masuk trimester kedua. Bak kata sahabat baikku N,

"Tak nampak pun perut?" Semasa mengunjungi aku sabtu lepas.

Tapi inilah hakikatnya, perutku memang orang tak nampak lagi tapi aku je yang boleh rasa. Apabila t-shirt fit dah sendat tang perut, kain dah tak muat dan seluar jeans terpaksa dilupakan....hu3

Perut aku pun mula gatal-gatal dan mengelupas. Aku ada tanya seniorku dulu Kak Ct tentang keadaan ini. Katanya perut aku nak membesar. Betulah tu, aku tengok dah ada garis-garis kesan rekahan diperut. Ala yang orang selalu cakap tu stretch mark ....

Kalau ikutkan artikel yang aku baca baby aku sekarang ni cuma bersaiz 5 inci panjang dan seberat 100 gram.

Masalah morningsickness memang makin berkurangan tapi masalahnya, aku dah tak lalu nak minum susu tepung. Jadi dalam dua minggu lepas aku berhenti minum susu. Kesannya.... Aduh sakit gigi.

Baby memang akan menyerap kalsium ibu, macam situasi aku ni lagi teruk sebab tak minum susu la. Jadi aku cuma minum susu coklat kotak. Tapi masih muak dan mual. Jadi aku pun beli susu segar rendah lemak tapi harganya Rm 6.50 sekotak. Aduh sakit plak gigi nih....

Isnin minggu depan kena pergi klinik lagi untuk pemeriksaan antinatal ke-2 :)

p.s: Orang cakap masa mengandung tak elok benci-benci orang. Tapi sekarang ni payah betul la... aku sedang cuba tak membenci 'seseorang.'

3 comments:

RaRa said...

woah..jgn benci2..tp kalau benci org hensem tak pe..keh keh..mana tau blh mirip wajahnya..
masuk 6 ke 7 bulan nnt baru blh nampak perot kita membesar..dr pengalaman lepas akak la..

Jee..akak tak suka minum susu dan tak pernah minum susu tepong..minta ubat kalsium dari doktor sbg ganti...

CintaZulaikha said...

tul kata cik rara...hihi. menci org yg kiut taper, br anak sebijik cam dy..cth, Danny X-factor...hehe.

jiha kena igt, tak elok tau minum susu kotak. apapun jiha kena still minum susu tepung, sb susu kotak tak byk khasiat, lebey lagi time sejok..apapon paksalah diri tu, sabor je la..

Diari 929 said...

Terima kasih la atas nasihat ibu2 sekalian.

Jiha rasa pun perot jiha ni dah 6-7 bln bru nmpak, sbb mak jiha pun cite dia saiz cam jiha perut tak nampak sgt.

Kak ct tp i tak minat danny x-factor hu3