Monday, January 31, 2011

Khabar dari dalam perut.


SAAT di nantikan seorang ibu adalah mengetahui khabar tentang bayi kecilnya. Ya 'dia' memang kecil. Belum rasa gerakkan apa-apa pun di rahimku. 31/1/11 seperti mengikut temujanji, aku ke Poliklinik di Seri Kembangan untuk pemeriksaan antinatal pertama.

Berdebar, teruja pun ada. Yelah... kali pertama.Waktu menunggu memang membosankan, dari satu kaunter ke satu kaunter. Dari satu bilik ke satu bilik. Letih dan penant menanti giliran. Tapi semua rasa tu hilang setelah doktor buat scan ultrasound di perutku. Aku nampak dia! Gembira tak terkata. Doktor cakap baby dah 12 minggu 2 hari maknanya dah 3 bulan.

Si kecilku sayang

Minggu lepas dengar khabar adik iparku jugak dah 'berisi.' Nampaknya mak abah (mertua) dapat dua cuculah tahun ni. Tahniah Atun dan Ihsan :) Moga aku dan Atun selamat melahirkan baby yang sihat dan comel. Ehmmm tak sabarnyer :)



Aku & suami tercinta, Ihsan & Atun adik2 ipar yang sebaya :P
Majlis bertandang Jerantut 2/10/2010



p/s: Terima kasih kepada Kak Afna yang sudi membelikan rambutan gading yang diidamkan :)

6 comments:

housewife world said...

sama2 kasih... Jee take care..!

Diari 929 said...

Ok terima kasih Kak Afna :)

oranglidi said...

moga2 sehat si ibu dan kandungannya.

Diari 929 said...

Org lidi: Terima kasih moga2 sy selamat bersalin & baby sihat :)

CintaZulaikha said...

ada tanya tak kat baby tuh, dia nak baju apa tuk adiah dia nti?? hihi

Diari 929 said...

Hahahah auntie ct, kaki dia pun tak rasa nyepak perut ni.