Monday, January 3, 2011

100 hari bersama

Pada 3/1/2011 genaplah usia berkahwinan kami yang ke-100 hari. Malam menyambut hari yang indah ini kami menjamu selera di Restoran Tupai-Tupai Bangi. Kami memilih buffet stimboat untuk menu makan makan malam kami.Secara tak langsung aku telah memacahkan pantang larang aku dengan makan seafood. Alhamdulillah nasib baik tak gatal-gatal. hu3

Selepas menjamu selera sampai tak larat, kami pun berjalan-jalan mengambil angin malan sekitar putrajaya. Lepak-lepak jap di tasik putrajaya sambil diiringi muzik latar lagu keroncong. Lagu keroncong? Datang dari mana pulak?

Sebenarnya kebetulan di putrajaya ada Laman Seni. Waktu malam ada persembahan muzik, itu yang ada lagu keroncong. Hai... teringat pulak masa belajar di ASWARA.

Apa-apa pun aku sangat terhibur dan gembira. Terima kasih abangku sayang :D

P/s: Seluar jeans dah tak boleh pakai, kain baju kurung dan kebaya dah mula ketat hu3
Gambar banyak aku upload kat FB. Untuk entri ada masalah teknikal sikit hu3

No comments: