Wednesday, December 29, 2010

Dah tak suka!

(Ikan oh ikan kenapalah aku tak lalu nak makan kau?)



Semenjak berbadan dua ni banyak makanan yang aku suka jadi tak suka. Tekak ni loya saja. Bau makanan tu pun nak muntah. Selalunya suka je makan masak asam tempoyak sekarang ni bau tempoyak pun dah mau muntah. Macam tu jugak dengan ikan. Kalau siang ikan tu tidaklah.... mabuk dibuatnya (padahal ikanlah paling banyak protien hu3)

Bila sampai je waktu makan otak mula la berfikir-fikir nak makan apa. Sebab tak ada selera mual je memanjang. Ada selera pun benda-benda yang keras. Makanan yang lembik-lembik maaf sajalah mahu muntah.

Tapi kalau buah ok je, paling suka :)

Lagi satu aku ni jenis alahan, jadi makanan laut macam udang, sotong dan ketam tu terpaksa dielakkan walaupun benda tulah yang paling sedap.

Dalam keadaan macam ni terdetik kasihan pada suami aku. Tapi dia tak merunggut pun, makan saja apa yang akau masak. Terima kasih abang!

Monday, December 20, 2010

Teringin.....


Hai... sekarang ni teringin plak nak makan rambutan gading. Bukan musim lak tu. Mana la nak carik rambutan yang kuning-kuning tu. hu3 Ah!!!! teringinnya....

Sunday, December 19, 2010

Hari Bahagia Linda.


18 Disember 2010 bersamaan hari hari sabtu, Rashidi dan Haslinda (Linda) telah selamat diijab kabulkan di masjid ar-Rahimah Taman Greewood Gombak. Majlis dimulaikan lepas solat Asar lebih kurang jam 5 petang.

Akhirnya teman baik aku ni kahwin jugak setelah lalui pelbagai dugaan... alhamdulillah. Dia kata lepas habis study nanti dia akan berhijrah ke Johor mengikut suaminya. (makin jauhlah kita hu3) Tak pe, yang penting sahabat selalu ada di hati :)

Kalau gaduh (gaduh-gadug manja la) jangan ingat pasangan kita dah tak suka kita, tu proses kenal mengenali hati budi.Semoga kamu berdua bahagia selalu dan cepat menimang anak. Tahniah kawanku!

Monday, December 13, 2010

Tak larat....

Sejak kebelakangan ni aku memang tak larat sangat. Biasanya bangun pagi terus lompat lari katil cuci muka dan jenguk ke dapur tengok-tengok apa yang boleh dibuat. Sekarang ni pagi-pagi dah lembik.... tak da mood.

Mana taknya, malam-malam tidur tak lena sakit je belakang dan pinggang ni. Kesian pula tengok suami aku. Bila aku terbangun je suami aku pun terbangun sama urutkan badan aku.
(Seronoknya kalau dapat rehat di rumah saja macam ni.....)

Makan malam pun aku dah tak larat nak masak. Letih sangat rasa cam nak pengsan. Nasib baik dia sudi masakan. Terima kasih suamiku. ^____^ Makan pun bukan nak lalu sangt. Paksa diri je makan ni... kunyah-kunya telan.hu3

Setakat ni alhamdulillah tak ada Morning Sickness. Cuma pening dan badan rasa tak bermaya.
Mintak-mintaknya masuk trimester kedua semuanya kembali normal. :)

Thursday, December 9, 2010

Ada sesuatu....

Semalam (memang waktu malam) aku dan suami ke sebuah pusat perubatan di Bangi. Doktor sahkan aku sudah hamil empat minggu lebih ^____^ Tak sangka begitu cepat aku hamil. Walau macam mana pun aku sangat gembira.
( Baby masa 4 minggu awal hanya 1/4 inci lebih kecil daripda sebutir beras!)


Baby kecik lagi, tak rasa apa pun cuma aku selalu berdebar-debar, cepat letih dan swing mood. Ini semua tanda awal kehamilan. Alahan... buat masa sekarang tak ada lagi. Morning Sickness pun tak. Tak nak cakap besar tapi minta-mintanya tak ada lah atau tak teruk sangat.

Tapi yang aku perasan aku memang alah bau benda-benda wangi macam sabun dan minyak wangi. Pening je bila bau.

Dalam waktu tiga bulan pertama ni bayi masih belum cukup kuat. Tak boleh lasak-lasak dan makan sembarangan. Awal mengandung ni memang aku tak aktif sebab letih sangat badan-badan semua sakit (terutamanya bahagian kewanitaan).

Tanda awal kehamilan (yang aku rasa la....)

  • Lewat period seminggu (tu dah tentukan)
  • Letih tak bermaya
  • Rasa seperti demam
  • Seram sejuk.
  • Breast rasa sakit walaupun hanya terlangar sedikit
  • Banyak angin
  • Kembung perut.
  • Sengal-sengal
  • Swing mood (Mood tak menentu nak marah-marah je. Sian laki aku hu3)

Mungkin nanti aku boleh berkongsi lagi pengalaman hamil. Harap-harapnya baby dan aku selamat sampai dilahirkan. Amin :)

Wednesday, December 8, 2010

Pagi teristimewa (Dunia Baru II)

(Kampung Sri Muda Jerantut 2.10.2010)

Aku begitu lama tidak mengemaskini blogku. Lama sunggu rasanya. Nampaknya kegembiraan aku bergelar seorang isteri belum habis diceritakan pada bahagian II. Tapi tak mengapa... cuma aku lebih suka mempamerkan gambar kenangan di majlis bertandang di Jerantut. :)


Kegembiraanku berganda rasanya pagi ini. Selepas lebih kurang seminggu kurang sihat, ternyata gerak hatiku tak pernah menipu. Ada satu nyawa berada dalam diriku..... Debaran tak boleh dinafikan ketika membuat test sendiri. Keputusannya ada dua jalur! Tapi aku belum lagi berjumpa doktor mengesahkannya.

Paling teruja sahabatku, N. Belum sempat kuketuk papan kekunci dia dah siap entri. Sangat terharu aku. Syukur kehadrat Illahi atas kurniaan ini. Moga dia lahir nanti jadi anak yang soleh dan solehah. Amin....

Klik sini