Saturday, August 7, 2010

Salam kasih, Ramadhan.


Beberapa hari lagi umat Islam di seluruh pelusuk dunia bakal menyambut bulan keberkatan, bulan Ramadhan.Seperti mana yang diketahui, bulan ini adalah bulan mengumpul pahala yang berganda dan rahmat yang dilimpahkan. Tidak kurang juga ada yang menyatakan bulan Ramadhan adalah bulan 'rezeki.' Bergelar peniaga tentu peluang mengaut keuntungan juga berlipat ganda. Malah bulan Ramadhan juga yang sinomin sebagai bulan puasa, ironinya juga digelar bulan pesta makanan.
Apapun cara sambulan dan kerja dilakukan diharap sebagai umat Islam tidak lupa mengejarkan ibadat di bulan yang indah ini. Ini juga adalah peringatan pada diriku yang sudah lama tidak mengerjakan terawih.
Biarlah Ramdhan ini menyatukan ukhwah antara sesama saudara dan menyatukan kasih yang kian pudar tanpa kita sedar. Aku ingat lagi kata arwah Tok Ayah. Katanya apa yang dikejar untuk raya nanti bukan sampai ke kubur, rehatlah dan pergilah terawih.
Ramadhan juga buat aku banyak teringat kenangan zaman kecil yang hanya tahu seronak sahaja. Bulan puasa bagi anak keci,l seperti bulan menyiapkan diri untuk pesta. Walaupun mak penat dan kadang-kadang marah sebab letih buat persiapan raya, mak tetap tunaikan permintaan buat kuih raya. Aku harap satu hari nanti aku pula buat kuih raya untuk anak-anak dengan resipi mak.
Sejauh perjalanan ini yang telah kutinggalkan adalah kenangan yang indah beraya di sebah rumah yang tidak mungkin kupulang semula. Kerana yang tinggal hanya rohnya tanpa jiwa di situ. Biarlah rumah yang tinggal menjadi memori sepi Aidilfitri. Cuma pusara damai bakalku kunjungi.
Bagi yang bernafas, harapan tidak kutaruhkan, moga suatu ketika nanti cahaya insani bakal merenangi hati-hati mereka meskipun di hujung nyawa.
Aku? Aku ingin beraya bersama keluargaku, keluarga baruku.

Tuesday, August 3, 2010

Nafas baru II


Assalamualaikum.
Ha ha ha... jangan rasa pelik pulak yea. Dalam masa terdekat sekali lagi menukar nama blog ini. Ehm... bukan apa memandangkan Aura Manis 87 sudah ada laman sesawang sendiri, jadi aku masih nak mengekalkan blog ni sebagai sebuah diari. Cuma namanya sudah bertukar sedikit la, daripada Diari Kampung Tengah ke Diari 929. Mungkin ada yang bertanya mengapa Diari 929. Sebabnya, aku sudah berpindah ke suatu kawasan lain. Kawasan '9/29.'

Jadi jangan lupa singgah selalu blog ini dan Aura Manis 87. Aura Manis 87 bukan sekadar wangian. AuraLife, hanya sebotol wangian bakal merubah hidup anda.... Ceh iklan pulak kat sini. Apa-apa pun selamat berkunjung!


Aura Manis 87 klik sini