Sunday, March 28, 2010

Aku dan apartmen

(Karya Abdul Rahman Napiah aka Mana Sikana dan S.N Dato' Dr.
Anwar Ridhwan)

Dalam kesibukan semalam, aku sempat juga ke pesta buku 2010. Pertama aku memang ulat buku(bukan ulat bulu yea...kedua kami semua ulat buku. Kami? Sebenarnya pesta buku kali ini mempertemukan kami lima bersahabat Kak Shai, Salwa, Timah dan Anne. Alangkah bahagianya pertemuan ini biapun dalam himpit sesak ulat-ulat bulu lain berkumpul di PWTC.




(Dari kanan, Kak Shai aka Romibaiduri, Salwa,Timah, Anne bukan nama sebenar dan aku)


Walaupun aku hanya sempat beli dua buah buku idaman (kesuntukan masa dan poket kian menipis) Namun yang penting kami dapat bersama biarpun masa terasa pantas berlalu. hu3. Hai.... bila berkumpul begini cerita-cerita zaman belajar pun terimbas, yang pahit pun dikenang semula terasa manis dan melucukan. Sekarang masing-masing dah ada haluan sendiri berkerja dan aku? Macam nilah... banyak transisi yang sudah dan bakal berlaku dalam 2010 ni. Harap semuanya berjalan lancar dan saat bahagia begini dapat berulang lagi.


p/s; Apartmen, baru sempat aku belek-belek, tak sabar nak baca. Di Benua Buta, teruja membacanya. Anne sabar ye aku habiskan baca dulu :)

Tuesday, March 16, 2010

Cewek matre? Apakah?

Wah... lama betul aku tak menjengah, DKT. Kesibukan selalu saja menghambat untuk duduk lama menulis entri (apatah lagi menulis kreatif hu3) Dua tiga hari ini aku asyik terfikir tentang spesis perempuan yang digelar cewek matre atau lebih mudah dipanggil perempuan meterialistik la. Walaupun benda ni selalu berlegar dalam masyarakat kita, klise dan menjadi suatu modal untuk hidup kata mereka, tapi aku juga punya pendapat tersendiri.

Aku tak kisah pun kalau ada perempuan yang di luar sana nak jadi meterilistik atas apa pun sebab. Tetapi harus tidak mengganggu hal orang lain apatah lagi menjadi pengadu domba mahupun tukang umpat yang kerjanya menyakitkan hati orang.

Begini, aku ada dengar cerita dari seorang teman rapatku yang baru saja menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerjanya. Di majlis itu rakanku terjumpa si S yang juga rakan sekerjanya. Rakan aku ni kurang senang betul dengan si S ni. Asyik membandingkan kerja apa suami orang tu, tunang orang nilah, itu ini, itu ini.

Kalau di pejabat pula kerja si S selalu je lambat dan tergendala, sebab asyik dok bercerita tentang teman lelakinya yang harusnya 'berpangkat' memenuhi high taste, mengikut telunjuknya dan ... bla... bla...bla... sampaikan kerja tertangguh dan menyusahkan orang lain.

Aku pun tak kisah kalau si S tu nak cari 'ikan besar' sekali pun, janji tak ganggu kerja orang lain. Ni tidak, menyusahkan orang saja...kalau cakap besa saja,r kalah gunung kinabalu. Nak suami biarlah hebat-hebat kerjanya. Belajar tinggi-tinggi kalau dapat lelaki biasa-biasa je buat apa? Gitula kata si S.

Ai... Kak?! Cakap cam tak nampak kiri kanan je? Orang lain pun belajar juga, tapi tak adalah hidung tinggi. Aduh... menyampah rasanya. Kalau cakap tinggi melanggit tapi cukup paras rupa, budi pekerti, pandai jaga diri dah tentu lelaki idaman datang melutut di kak oi!

Jangan salahkan jodoh lambat, kalau diri sendiri tak sedar diri. Oh statement ni dikecualikan bagi golongan yang memang memilih untuk solo ya. Opsss! Maaf.

Aku memang tabik spring pada kawan-kawan aku yang telah bahagia bersama suami tercinta, sekaligus telah membukti materi bukan segalanya. Masih bahagia dan menjadi suami isteri dalam usia yang muda.Menggelakkan maksiat itu lebih baik bukan?

P/s: Ukur baju di badan sendiri.
Tapi aku selalu je pakai baju saiz terbesar, longgar je... uhuk!