Tuesday, February 2, 2010

Tragedi itu....



Tragedi Buah Epal

Kau merah sangatlah mengghairahkan
Dan kadang hijaumu lugu
Padamu telah tercipta
Denyut getaran hidup
Seirama dalam dunia

Dalam dunia

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu dan sombong
Congkaku seketika
Melupakan kodrat kehidupan
Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi
Oh sungguh pilu
Kesemuan yang membius diri

Korang mesti pernah dengar lagu ni, yang dipopularkan oleh Anita Sarawak. Entah kenapa sejak kebelakangan ni asyik terngiang-ngiang lagu ni dalam otakaku. Semenjak berkaraoke lagu ni bulan lepas, ia macam 'hantu' mengikori hidup aku.

Liriknya yang benar-benar memberikan kesan pada aku. Kisah apa ye? Lagu saduran ke ni? Ehm? Itulah soalan yang bermain dibenak aku. Baris awal sebelum rangkap terakhir (yang aku highlight tu) seperti pembalasan dendam yang begitu tragis atas penghinaan maruah.

Memang padan tajuknya tragedi buah epal kan? Apa pendapan korang?

p/s: Rindu kenangan kelas lirik bersama Arwah Haji Zubir Ali, Al-Fatihah....