Monday, December 13, 2010

Tak larat....

Sejak kebelakangan ni aku memang tak larat sangat. Biasanya bangun pagi terus lompat lari katil cuci muka dan jenguk ke dapur tengok-tengok apa yang boleh dibuat. Sekarang ni pagi-pagi dah lembik.... tak da mood.

Mana taknya, malam-malam tidur tak lena sakit je belakang dan pinggang ni. Kesian pula tengok suami aku. Bila aku terbangun je suami aku pun terbangun sama urutkan badan aku.
(Seronoknya kalau dapat rehat di rumah saja macam ni.....)

Makan malam pun aku dah tak larat nak masak. Letih sangat rasa cam nak pengsan. Nasib baik dia sudi masakan. Terima kasih suamiku. ^____^ Makan pun bukan nak lalu sangt. Paksa diri je makan ni... kunyah-kunya telan.hu3

Setakat ni alhamdulillah tak ada Morning Sickness. Cuma pening dan badan rasa tak bermaya.
Mintak-mintaknya masuk trimester kedua semuanya kembali normal. :)

5 comments:

CintaZulaikha said...

cian jiha...sabor jiha, dugaan tu

Hanny Esandra said...

sabar yer jihaa..
tapi nnt bila kenang balik, mesti seronok rasa tu semua.. klu x caya tnya ct ni haa.. hehe...
lagi satu, best dapat suami mcm hanif.. untung jiha.. jaga diri baik2.. :-)

Diari 929 said...

Kak Ct & Kak Nad Terima kasih atas sokongan. Love u both!

Zahra&Raif mum said...

telahku lalui semua itu..it`s normal g..tak blh nak buat apa selain sabar..

Diari 929 said...

ye kak afna, harus bersabar......
:)