Wednesday, December 29, 2010

Dah tak suka!

(Ikan oh ikan kenapalah aku tak lalu nak makan kau?)



Semenjak berbadan dua ni banyak makanan yang aku suka jadi tak suka. Tekak ni loya saja. Bau makanan tu pun nak muntah. Selalunya suka je makan masak asam tempoyak sekarang ni bau tempoyak pun dah mau muntah. Macam tu jugak dengan ikan. Kalau siang ikan tu tidaklah.... mabuk dibuatnya (padahal ikanlah paling banyak protien hu3)

Bila sampai je waktu makan otak mula la berfikir-fikir nak makan apa. Sebab tak ada selera mual je memanjang. Ada selera pun benda-benda yang keras. Makanan yang lembik-lembik maaf sajalah mahu muntah.

Tapi kalau buah ok je, paling suka :)

Lagi satu aku ni jenis alahan, jadi makanan laut macam udang, sotong dan ketam tu terpaksa dielakkan walaupun benda tulah yang paling sedap.

Dalam keadaan macam ni terdetik kasihan pada suami aku. Tapi dia tak merunggut pun, makan saja apa yang akau masak. Terima kasih abang!

3 comments:

oranglidi said...

huih, smpai mkn ikan pun xlalu? hm, xpa, atleast makan mknan yg sehatt.

CintaZulaikha said...

sian jiha..sian lagi suami jiha, hihi..taper tu la namanya kesabaran. dulu start je akak muntah2 trus abg ijal makan nasi kedai, lagi seksa ya amat...mujurlah jiha leh masak lagi..syukur..

Diari 929 said...

orglidi: Ikan tu beh mkn tp ngan cara paksaan hu3

Kak CT: Hampir tak leh msak dah, kadang2 bau dapur pun leh muntah. Tapi masak jugak la walaupun tak larat n loya bau dapur. Kalau tak leh jgk jwbnye nasik kedai jgk le hu3