Thursday, December 9, 2010

Ada sesuatu....

Semalam (memang waktu malam) aku dan suami ke sebuah pusat perubatan di Bangi. Doktor sahkan aku sudah hamil empat minggu lebih ^____^ Tak sangka begitu cepat aku hamil. Walau macam mana pun aku sangat gembira.
( Baby masa 4 minggu awal hanya 1/4 inci lebih kecil daripda sebutir beras!)


Baby kecik lagi, tak rasa apa pun cuma aku selalu berdebar-debar, cepat letih dan swing mood. Ini semua tanda awal kehamilan. Alahan... buat masa sekarang tak ada lagi. Morning Sickness pun tak. Tak nak cakap besar tapi minta-mintanya tak ada lah atau tak teruk sangat.

Tapi yang aku perasan aku memang alah bau benda-benda wangi macam sabun dan minyak wangi. Pening je bila bau.

Dalam waktu tiga bulan pertama ni bayi masih belum cukup kuat. Tak boleh lasak-lasak dan makan sembarangan. Awal mengandung ni memang aku tak aktif sebab letih sangat badan-badan semua sakit (terutamanya bahagian kewanitaan).

Tanda awal kehamilan (yang aku rasa la....)

  • Lewat period seminggu (tu dah tentukan)
  • Letih tak bermaya
  • Rasa seperti demam
  • Seram sejuk.
  • Breast rasa sakit walaupun hanya terlangar sedikit
  • Banyak angin
  • Kembung perut.
  • Sengal-sengal
  • Swing mood (Mood tak menentu nak marah-marah je. Sian laki aku hu3)

Mungkin nanti aku boleh berkongsi lagi pengalaman hamil. Harap-harapnya baby dan aku selamat sampai dilahirkan. Amin :)

4 comments:

zaaid (tuulang) said...

letak nama zaid. kompom terer men bola :D

CintaZulaikha said...

sume org sakit dy lain2..tp jiha sabar jer la, saki buatan org ni mmg gini...kata nak dpt baby, hihihi..tahniah..

Hanny Esandra said...

jiha, kongsi la lagi.. nak sangat tauuu..;p

Diari 929 said...

Zaid: Tau mo lah buh nama cam pak sedara dia nanti kompius :p he3

CintaZulaikha: Tau takpe tapi sgt happy... Buatan org??? Kih3

Hanny: Sabar ye nnt jiha cerita lg :)