Tuesday, October 12, 2010

Dunia baru (I)


Sudah lama aku tak menjenguk ruang ni. Ya la mana taknya akhir Ramadhan kesibukan bertambah-tambah untuk persiapan hari bersejarahku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat dan lancar. Tarikh keramat 26.10.2010 membawaku ke dunia baharu sebagai seorang isteri.

Syukur dipanjatkan kepada Illah melihat jejaka yang dicintai telah menjadi suamiku. Tiada yang lebih mengembirakan apabila melihat ahli keluarga dan teman-teman hadir pada majlisku. Ucapan terima kasih pada semua yang menyokong dan membantuku.

Kehadiran rakan-rakan ASWARA buat aku terasa seperti reunion pula. Teman-teman abang (UM) buat aku tersenyum dan tak kering gusi, tetapi di sebabkan atas pelamin terpaksalah 'control' ayu memanjang. Apa pun terima kasih kerana memeriahkan majlis kami.

Sekarang ni kehidupan dah berbeza sedikit. Kalau dulu buat apa pun ikut 'kepala' sendiri. Sekarang kena tanya abang 'penasihat' dahulu. Walaupun dah lebih dua minggu bergelar isteri orang, kadang-kadang tu aku tersasul gak rasa cam orang bujang.

Rezeki pun alhamdulillah bertambah baik. Sebelum raya aku dah pun bertukar 'angin' ke tempat kerja baru. Masih sebagai tukang 'ketuk cerita' namun untuk majalah online terkini.

Di sebabkan itu kami belum sempat berbulan madu (kerja dah melambak-lambak tunggu) Masuk kerja secara rasmi selepas majlis sambut menantu di Jerantut (nanti sambung bahagian II) 2 Oktober lalu.

Bulan madu sebenarnya ada di dalam hati. Bila renung matanya dan ingat kembali peristiwa empat tahun lepas, suka duka yang dihadapi bersama terasa mekar bunga di dada. Bila tengok dia makan masakan air tangan sendiri dan bertambah-tambah pula, terasa benar-benar dihargai dan bila aku membetulkan baju kemejanya sebelum dia ke pejabat terasa jiwaku mengekorinya sepanjang hari. Dan bila kukuncup tangannya dan dahiku dikuncup kembali, aku pasti cintaku dan dia tak kan berpaling lagi.

Dan bila dua hari dia tak balik rumah, atas urusan di kolej, aku rasa sepi... sepi yang tidak pernah kurasa begini....





4 comments:

CintaZulaikha said...

aduhai pengantin baru, semua nampak indah dan loving...k la tuh, moga bahagia sampai ke akhir hayat tau...

Diari 929 said...

Terima kasih, Amin...

[N] Azadhi said...

Aku bahagia tengok kau bahagia, sahabat... ^_^

Diari 929 said...

N, aku juga bahagia tengok kamu :D