Saturday, August 7, 2010

Salam kasih, Ramadhan.


Beberapa hari lagi umat Islam di seluruh pelusuk dunia bakal menyambut bulan keberkatan, bulan Ramadhan.Seperti mana yang diketahui, bulan ini adalah bulan mengumpul pahala yang berganda dan rahmat yang dilimpahkan. Tidak kurang juga ada yang menyatakan bulan Ramadhan adalah bulan 'rezeki.' Bergelar peniaga tentu peluang mengaut keuntungan juga berlipat ganda. Malah bulan Ramadhan juga yang sinomin sebagai bulan puasa, ironinya juga digelar bulan pesta makanan.
Apapun cara sambulan dan kerja dilakukan diharap sebagai umat Islam tidak lupa mengejarkan ibadat di bulan yang indah ini. Ini juga adalah peringatan pada diriku yang sudah lama tidak mengerjakan terawih.
Biarlah Ramdhan ini menyatukan ukhwah antara sesama saudara dan menyatukan kasih yang kian pudar tanpa kita sedar. Aku ingat lagi kata arwah Tok Ayah. Katanya apa yang dikejar untuk raya nanti bukan sampai ke kubur, rehatlah dan pergilah terawih.
Ramadhan juga buat aku banyak teringat kenangan zaman kecil yang hanya tahu seronak sahaja. Bulan puasa bagi anak keci,l seperti bulan menyiapkan diri untuk pesta. Walaupun mak penat dan kadang-kadang marah sebab letih buat persiapan raya, mak tetap tunaikan permintaan buat kuih raya. Aku harap satu hari nanti aku pula buat kuih raya untuk anak-anak dengan resipi mak.
Sejauh perjalanan ini yang telah kutinggalkan adalah kenangan yang indah beraya di sebah rumah yang tidak mungkin kupulang semula. Kerana yang tinggal hanya rohnya tanpa jiwa di situ. Biarlah rumah yang tinggal menjadi memori sepi Aidilfitri. Cuma pusara damai bakalku kunjungi.
Bagi yang bernafas, harapan tidak kutaruhkan, moga suatu ketika nanti cahaya insani bakal merenangi hati-hati mereka meskipun di hujung nyawa.
Aku? Aku ingin beraya bersama keluargaku, keluarga baruku.

1 comment:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA