Friday, July 16, 2010

Penghijrahan jiwa


DIAM tak diam dah lima bulan lebih aku berpindah. Menenangkan jiwa dan mencari 'angin baru' adalah tuntutan alami setiap insan. Bukan mencari kebebasan hidup tetapi cuba menyesuaikan diri dengan transisi yang bakal menjelma dalam hidupku.
Hari-hari yang mendatang dalam hidupku lebih mematangkan aku menjadi seorang wanita yang lebih teguh hati dan pendirian. Seperti entri sebelum ini aku katakan pendirian itu lebih penting dari segalanya.
Lebih baik jadi rumput, biarpun dibijak oleh kaki-kaki di atas muka bumi namun kita tidak boleh menidakan fungsinya yang memegang tanah agak tidak hanyut dibawa air, daripada menjadi lalang yang yang tahu mengikut arah tiupan angin tanpa fungsi.

Bagi aku seorang perempuan harus punyai prinsip juga matlamat hidup jangan jadi wanita 'asalan.' Buat sesuatu kerana suka-suka dan tanpa tujuan, kerna itu banyak sudah kita dengar wanita yang kecundang di tengahn jalan.
Biarpun tidak dinafikan kita kaum yag lemah, namun jadikan kelemahan itu sebagai senjata dan pelindung diri. Jangan menangis jika tidak perlu kerana air mata adalah penawar bukannya racun bagi wanita.
Dulu sebelum aku punyai 'si dia' mak pernah berpesan, jangan termakan kata-kata manis lelaki, bagi aku pula pilih yang pahit dahulu barulah merasai kemanisannya.

Walaupun aku bukannya hidup dalam sebuah keluarga 'sebumbung' tapi aku sangat bersyukur kehadrat Illahi biarpun begitu aku masih punyai mak, abah dan kakak yang selalu mendoakan kejayaan aku.
Berbalik kepada penghijrahan, aku di sini biarpun sibuk dengan segala persiapan menuju hari penghijrahan seorang wanita, aku tidak mahu berada dalam dilema lagi. memikirkan mengapa aku membuat keputusan ini terlalu cepat atau berasa rugi bakal meninggalkan dunia hidup 'bersendiri' lagi.
Hanya satu yang 'utuh' dalam diriku, menghijrahan jiwa demi sebuah kehidupan yang lebih baik, lebih bermakna dan membina sebuah impian bersama tersayang. Bukankah itu yang semua insan inginkan?
Aku harap juga teman-temanku (Viva Ildivo) dapat mengecapi keindahan hidup. Bagi tema bakal penghijrah jiwa, Linda, harap kamu sentiasa berbahagia di sampingnya. Ingatlah jika kita sentiasa berduka ketika ini, ada pintu bahagia menanti di hadapan.
Cuma yang perlu, kesabaran, laku dengan sebaiknya, hormat dan menghormati juga sentiasa redha dan percaya diri sendiri dengan mengakui kesilapan adalah guru paling laksana mengajar kita. Salam.

p/s: Masih berkira-kira mahu berhenti kerja atau apa selepas ini :)


4 comments:

Till The End said...

Wah ada nama aku tetiba hehe, bangga..Thanks syg, aminnn^__^..kamu pun sama semoga bahagia dgn si dia smpai ke syurga aminnnn..buatlah keputusan yg bijak untuk diri dan juga masa depan kamu ^__^

Diari Kampung Tengah said...

Till The End. TQ ^____^

[N] Lady Of Sorrow said...

Semoga kamil hijrahmu, sahabat...
Aku sentiasa mendoakan!

Diari Kampung Tengah said...

Tq Annne hu3