Thursday, December 31, 2009

Malam yang durjana


HARI:Khamis, 31 Disember 2009
MASA: 12 tengah malan hingga pagi
TEMPAT: Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC (sekitar KL) dan beberapa tempat tumpuan di ibu kota, termasuklah di luar K.L
ACARA: Menghasilkan anak h***m

Aku tahu malam ni malam orang ramai berpusu-pusu ke KL, sama juga macam malam merdeka tahun-tahun yang lalu. Ya, kota berselut tu memang tak jauh dari rumah aku, kira-kira 30 minit ke sana. Tapi aku tak mahu ikut bersama bersesak, berasak semata-mata nak tengok countdown yang diraikan bersama artis-artis di konsert tidak berbayar.

Mungkin ada yang kata aku kuno dan ketinggalan. Sedang anak muda sebaya aku, ketika aku sedang menulis entri ini (magrib) mereka sedang sibuk berdandan, bersiap-siap ataupun sudah terpacak di tengah kota dan tidak sabar-sabar lagi menyambut malam durjana ini. Tapi aku pula duduk di rumah saja.

Aku bukan mahu bersyarah, apatah lagi mahu mengajar. Sebab aku pun sedar, aku masih jahil tentang agama.

Tapi aku tak sejahil 'mereka' yang sanggup berpusu, bersesak, tersepit, diramas, diraba, meraba, dirogol, rela dirogol, suka-suka minum arak macam minum air oren di tengah keghairahan malam tahun baru.

Oh! Aku tidak katakan malam ini malam sial. Tiada hari atau pun malam yang sial jauh sekali durjana. Maksud aku, mereka itu yang jadikan malam ini lebih sial dari mereka yang telah dilahirkan bertuah, cukup sifat ada otak tapi letak persis di jamban.

Yang perempuan kalau dirogol selayaknya. Kenapa gatal kaki keluar rumah malam-malam?
Yang lelaki ambil kesempatan murni la.....

Lepas habis countdown, projek pun on! Kondom? Sana sini berlambak, boleh kitar semula buat gula-gula getah atau belon. Ha3

..... Beberapa minggu kemudian, ada gadis-gadis yang mula gelisah. Bulan tak muncul muncul. pregnancy test, positif.

......Beberapa bulan selepas itu, pusat perlindungan wanita, penuh.

.....Beberapa bulan selepas itu;

Berita jam 8, "Kes pembuangan bayi lagi di longkang"

atau

11 tahun kemudian ;

Anak: " Mak siapa ayah saya"?



P/s: Melalui pengalaman yang sukar dilupakan menyambut tahun baru dua tahun lalu.
Malam ni duduk lepak depan t.v :D

Tuesday, December 29, 2009

Feminin dan Famili Januari 2010

Majalah Feminin dan Famili Januari 2010, cover Dynas.

P/s: Tahun 2010 dijangkakan tahun sibuk bagi saya. Korang semua macam mana? :)

Tuesday, December 8, 2009

Suatu ketika dahulu ( terjumpa sesuatu)

Isnin lepas sedang mencari gambar dan artikel lama untuk tugasan, aku terjumpa ini....


New Straits Times, Thursday, April 10 1968  Story by Sujiah Salleh, pensyarah kelas drama bersiri aku masa belajar dulu :)




Ni gambar aku dan kawan-kawan bersama Pn.Sujiah (tengah)


Ha.. inilah gambar yang dicari.. Cover majalah Saripati bulan Mac/81 gambar Normala Omar. Masa ni mak bapak aku pun belum kahwin lagi. Cuba tengok belah kanan bawah cover ni (blurp paling bawah) Gilalah zaman ni boleh letak tajuk cam tu je tak selindung-selindung. Kalau zaman sekarang mampus KDN tak bagi keluar majalah.
P/s: Terima kasih kepada pelakon veteran Zulkifli Zain dan Normala Omar, kerana sudi pinjamkan artikel-artikel lama :)

Tuesday, December 1, 2009

Feminin dan Famili Disember 2009


Cover penutup tahun ini.
P/s: Kembali buat cover story, setelah agak lama tak buat kerja ni :)