Sunday, November 22, 2009

Sensasi berwajah baru


Majalah Sensasi yang dah agak lama menyepi kini kembali menemui pembaca dan peminat hiburan tanah air dengan realiti dunia selebriti. Keluaran edisi Disember 2009 ini sudah ada di pasaran.

P/s: Tahniah buat Abang Jemang dan Shafiq. Tabik spring!!!
Usaha kecil ini moga dapat membantu kamu berdua. Iklan tidak berbayar ;)

Tuesday, November 10, 2009

Tiada noktah....

Malam ini tiba-tiba melayan perasan seorang diri sambil mendengar lagu Fauziah Latiff 'Tiada Noktah Cinta'.


Kesepian memberi waktu
Padaku
Renungi saat-saat indah
Bersamamu
Antara kita tak pernah
Terucap madah
Melafaz janji setia rasa

Perpisahan ini
Memberi sejuta erti
Mengajar kita
Mengenali diri ini
Tak perlu ada ungkapan berbahasa
Kita sedia memakluminya

Tiada kata pembukaan
Tiada berperenggan
Tiada akhiran
Tiap ruang hati
Telah bersemadi
Tiada ku temui
Noktah cinta ini

Klik sini


P/s:Menusuk ke ruang paling dalam, dalam hati.
Rangkap terakhir membuatkan aku pun tiada noktah

Friday, November 6, 2009

Temuduga atau temuramah?



Hari Isnin yang lepas, sedang aku duduk bosan depan pc di pejabat, aku dapat satu panggilan. Suara yang kedengaran seorang wanita yang menyebut nama penuh ku.Ehm... tertanya-tanya juga siapakah gerangan empunya suara, jarang orang telepon aku sebut nama penuh.

Oh rupanya, wanita itu daripada A*** Media. Aku terlupa bebarapa minggu yang lepas aku 'gatal-gatal' tangan mohon kerja melalui satu laman web cari kerja. Kata wanita yang menggelarkan dirinya 'H' itu, meminta aku menghadiri temuduga pada hari Rabu 4 Nov di Cheras.

Sebelum temuduga, malam tu aku sempat mencari maklumat syarikat tersebut melalui internet. Sebenarnya aku pun tak ingat sangat jawatan apa yang aku minta kat syarikat tu sebab banyak sangat kerja yang aku pohon guna beberapa laman web cari kerja.

Rupanya yang aku minta adalah jawatan wartawan dan syarikat tu adalah syarikat yang menawarkan perkhidmatan bakat model selain buat perniagaan e-majalah pelancongan. Adus!!!! Mana pula aku nak cari maklumat pasal pelancongan. Sikit-sikit bolehlah, tak kan la aku nak cari semua pasal pelancongan Malaysia kat internet.

Esoknya, dengan bersemangat berbaur ragu-ragu aku pergi ke syarikat tersebut. Tempatnya di sebuah studio dengan dekorasi yang ringkas tetapi menarik. Aku lihat ada gadis lebih kurang sebaya aku duduk menunggu. Katanya dari Ampang juga datang untuk temuduga. Dia graduan Kolej Profesional Mara, baru saja lepas konvo.

Tak lama lepas aku duduk, datang seorang lelaki bagi borang minta diisi. Macam biasa kena isi butiran peribadi dan esei tentang perkembangan kemajuan industri pelancongan dalam lima tahun kebelakangan ni. Adus!!! Kalau pasal kesenian aku tahu la.

Aku pun tulis jelah apa yang aku tahu. Dalam masa tengah fikir-fikir nak tulis apa masuk pula sorang mamat ni. Minta pinjam pen kat aku. Datang temuduga berlenggang ke bang? Pen pun tak bawak? Nak je aku cakap cam tu kat dia.

Aku siap menulis terus hantar. Malas nak kusut-kusutkan otak.Tak sampai beberapa minit borang aku tu dipulangkan semula. Katanya;

"Kak tolong tulis balik semula esei, dalam english yea..."

Cis... Aku dah panjang lebar menulis, kena translate la pula. Memandangkan masa macam tak
cukup, aku pun buat tak tahu dan tunggu sampai dipanggil masuk.

Tak lama selepas tu, keluar seorang perempuan mempelawa sesiapa yang nak ditemuduga dulu. Aku pun apa lagi angkat la tangan. Cepat habis temuduga cepat balik pejabat, kerja berlambak-lambak menunggu ni.

Aku masuk, tempat temuduga adalah sebuah studio. Studio bayangkan studio ada lighting, props dan beberapa pekakas shooting yang lain. Lebih kurang besar Speed Studio tempat aku selalu buat cover majalah. Besarlah la juga macam dua kali ganda bilik tidur utama.

Ada dua orang yang temuduga aku, perempuan yang panggil aku masuk tadi dan seorang lelaki . Perempuan tadi duduk di kerusi betul-betul depan aku manakala si lelaki duduk di sebelah kiri aku (duduk atas bola besar).

Tanpa sempat aku, perkenalkan diri atau latar akademik, aku dah ditanya macam-macam soalan tentang perlancongan, kenapa tak tulis esei dalam english dan macam-macam lagi.

Aku terdiam sebentar, mencari kata-kata yang sesuai untuk mula bercakap dan baru sepatah dua aku bercakap yang si lelaki tadi menyampuk.

"Kenapa cakap macam tu, cuba cakap macam diri sendiri. Biasa je, tak payah cakap cam buku."

Ha? Dah tu aku datang sini nak tenuduga atau apa? Sekali lagi aku cuba bercakap, disampuk lagi. Aku buntu tak tahu nak cakap macam mana. Jadi... dah nak sangat aku cakap biasa aku pun bantai cakap cam sempoi-sempoi, siap gelak-gelak besar lagi. Ambik kau!

Kata dia orang, mereka mencari pekerja yang verstail, menarik perhatian klien dan boleh memberi komitmen kerja yang tinggi. Pendek kata, kerja, kerja, kerja. Lagi kata mereka kalau ingat pasal boyfriend dan nak cepat-cepat balik kerja sebab nak dating, kat situ bukan tempat kerja yang sesuai. Huh? salah oranglah!

Macam-macam dia orang cakap dan akhir sekali mereka tanya, adakah aku sanggup kerja outstation, paling sekejap 2 minggu dan paling lama 6 bulan. Mak Oi! Ni reporter apa ni? Cari story atau nak buat kajian?

Tapi dengan penuh yakin aku beriya-iya cakap semuanya tiada masalah dan boleh belaka. Cewah!!!

Sebagai penutup temuduga yang dah macam temuramah tu, aku diminta bagi pose 'maut' dan paling menarik. Gaya yang dapat menarik klien untuk berkerja sama dengan syarikat tu. Katanya aku mesti boleh buat sebab selalu tengok selebriti buat fotoshot. Tu selebriti, aku bukan! Ni nak cari model talent ke apa ni?

Sebelum keluar, aku bersalaman dengan mereka berdua dan kata salah seorang daripada mereka:

"Doa-doa la you dapat job ni yea, sebab ramai juga yang bakal datang kejap lagi. Apa-apa kami akan hubungi you."


P/s: Menulis dengan pelbagai perasaan yang pelik.
Hati memang rasa cam tak kena dan sedang berdoa-doa agar tidak dihubungi.









Monday, November 2, 2009

Kesakitan 'itu' datang lagi....



Seperti entri sebelum ini, saya ada berkongsi tentang kesakitan ulser lidah dan sekali lagi ia datang lagi. Aduh!!!!!! Sakitnya bukan main, kali ni benda tu betul-betul kena pada hujung lidah.
Membuatkan rasa nak demam dan pening kepala. Pakej lengkap yang biasa datang.huhuhu

Sekarang ni bukan saja susah nak makan, minum dan berus gigi, malah nak masak pun kena berfikir-fikir, sebab bila memasak kena rasa makanan di hujung lidah.Iss.... Sakit oi!

Hai... Sudah la minggu ni sibuk dengan tugasan luar. Sedang berfikir-fikir macam mana nak temuramah orang kalau macam ni. Cakap pun dah macam bunyi ular, sssss.....
Minggu ni pula agak tertekan dengan manusia-manusia yang konon terpelajar dan profesional tapi kedekut ilmu. Ni yang menambahkan kesakitan dan kepeningan. Mungkin saya boleh kongsi pada entri akan datang.^~^
Cuma harapkan penawar (gambar) ni saja dan banyak-banyak minum kosong air. huhuhu

P/s: Walau macam mana pun, masih bersyukur sebab tidak menghidapi penyakit yang serius atau kronik Alhamdullillah....