Tuesday, October 27, 2009

Tik Tok Simpati


Manusia memang tak lari dari kesilapan, tapi janganlah pula menjadikan kesalahan itu sebagai modal untuk menagih simpati. Begini, bulan puasa yang lepas kira-kira seminggu sebelum menjelang raya, saya telah mendapat panggilan telefon daripada seorang penghuni rumah perlindungan HIV (sila rujuk entri yang lepas' Masih Bertuah').

Lelaki lingkungan pertengahan 20-an yang mengelarkan dirinya 'W' menyatakan hasratnya meminta tolong . Memang saya pernah menemuramahnya tetang kisah keinsafannya sebelum ini. Suaranya kedengaran tegang berbaur marah. Kenapa ni? Terdetik hati gelisah.
Saya ada tersalah tulis dalam artikel ke?

Tebakkan itu tersasar rupanya. W ingin saya menulis kisahnya lagi. Kisahnya yang dihalau penyelia dan ketua rumah perlindungan itu. Dia benar-benar marah dan tidak berpuas hati.

Saya jadi bingung dan tergamam sebentar. Apakah yang berlaku? Tak mungkin dia dihalau tanpa sebab.

Saya hanya menjawab, nantilah saya akan fikirkan untuk temuramah itu. Walhal saya tidak mahu menjadi tidak adil mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Lagipun saya hanya mengikut arahan ketua editor dalam sesuatu tugasan.

Raya ketiga, saya mendapat sms pula dari ketua rumah pelindungan itu. Dia ('M') juga sama seperti pengahuni lain di rumah perlidungan itu. Bezanya dia paling lama di situ dan diberi kepercayaan menjadi ketua.

M bertanya khabar saya, sebelum saya menyoalnya tetang kisah W yang dihalau dari rumah perlindungan itu. Jelasnya, W bukan dihalau tetapi dia yang keluar dari rumah itu kerana tembelangnya yang masih menagih dadah terbongkar.

Dalam masa yang sama M cuba mengayat 'power' saya dengan tiba-tiba. Huh! Meremang bulu roma! Saya cuba mengelak dan tidak mahu sms denganya lagi. Tetapi dia tetap mengirimkan sms kepada saya bercerita itu dan ini. Saya mula sedar, ada perkara yang diceritakan kepada saya dulu (untuk artikel) adalah lakonan semata!

Dia pula menagih simpati, katanya adakah saya tidak sudi berkawan dengannya kerana dia penghidap HIV.

Saya tidak pernah memandang jijik atau hina orang seperti mereka. Tetapi sikap mereka yang menipu dan 'sambil menyelam minum air' itu yang membuatkan saya berasa jengkel!

Wednesday, October 14, 2009

Ha? Menang Deco Deco Deco?

Pejabat saya telah berubah rupa dengan sekelip mata! Hari Isnin lepas masuk ke pejabat je saya terkejut lantas terkesima melihat perubahan pejabat. Wah!!! Terdetik dalam hati, bos menang deco deco deco Celcom ke? O... rupanya dua orang staff baru Majalah Sensasi ( Shafiq dan Abang Jemang) yang kreatif tu yang buat transformasi. Kerusi pun dah baru selesa je nak buat kerja. Barulah dapat semangat baru! Ditambah pula dengan haruman aromaterapi. Segar je otak walaupun kerja melambak. :) Jadi lepas ni siapa-siapa yang nak ubah deco kat rumah tu bolehlah telepon pejabat kami.he3
P/s: Terima Kasih juga kepada Kak Siti yang gigih mencantikan pejabat. Yeah!

Monday, October 5, 2009

Apa itu PMS?


kali ni saya nak berkongsi pengalaman sikit. Semua orang perlu tahu, termasuklah lelaki. Sebab lelaki pun bakal jadi suami dan bapa suatu hari nanti.

Tiap-tipa bulan wanita akan mengalami 'datang bulan,' dan sebelum atau ketika datang bulan wanita akan mengalami PMS. Apa itu PMS?

Pre-Menstrual Syndrome atau Sindrom Pra Haid . Kalau bahasa yang biasanya senggugut la. Tiap-tiap bulan saya kena pergi klinik dan minta MC sebab kesakitan melampau. Sakitnya bukan main, angin, kejang perut hingga ke kaki, sakit pinggang dan rasa nak pitam. Pernah masa belajar dulu pengsan dalam tandas. Hina betul rasanya.hu3

Kepada golongan lelaki fahamilah dan sensitif sikit pasal hal ni. Kalau mood girlfriend atau isteri cam berubah atau tak selasa dipegang jangan cuba-cuba paksa. Mau ada yang kena silat gayung!

Gejala tingkahlaku
  • Kelesuan dan hilang fokus
  • Kesukaran tidur (insomnia)
  • Kurang nafsu seks
  • Pening
  • Mengidam makanan-makanan tertentu
  • Makan secara berlebihan
  • (yang dua terakhir ni memang saya tak pernah)

Gejala psikologi

  • Panas baran
  • Mudah marah
  • Kemurungan
  • Mudah menangis
  • Keliru
  • Pelupa
  • Kemurungan
  • Mengalami tekanan perasaan
  • Gelisah
  • Terasa kesunyian
  • Kurang keyakinan diri

Gejala fizikal

  • Sakit Kepala
  • Sakit dan ketegangan pada payudara
  • Sakit belakang
  • Perut kembung
  • Kenaikan berat badan
  • Bengkak pada kaki dan tangan
  • Loya
  • Sakit otot dan sendi
Tetapi kesakitan ini juga berbeza-beza bagi setiap wanita. Jika kesakitan berterusan ketika haid diikuti ketulan darah dan tersekat, sebaiknya jumplah doktor dan buat rawatan lanjut. Ditakuti disebabkan halangan lain seperti fibroid. Itu cakap doktor yang saya jumpalah.


Tangani PMS dengan:
  • Amalkan pola nutrisi yang sihat (rendah lemak dan garam, tinggi protein, vitamin dan mineral). Perbanyakan pengambilan buah-buahan, sayur, gandum yang tinggi serat. Jika perlu, dapatkan makanan tambahan (food supplement) yang berupa multivitamin seperti kalsium yang dapat mengurangi rasa kejang, Vitamin E untuk mengurangi rasaakit pada payudara, keletihan dan insomnia serta Vitamin B6 untuk mengatasi keletihan, iritabilitas dan mood swings.
  • Hindari makanan dengan kadar garam tinggi, makanan manis, kafein, alcohol.
  • Selalu melakukan senaman rutin.
  • Tidur cukup minimun 8 jam/hari.
  • Hindari rokok.
  • Hindari stres berpanjangan.
  • Terapi relaksasi (hipnoterapi, terapi warna, meditasi, aromaterapi dsb).

Friday, October 2, 2009

Tag dari Hanny Esandra

Ini hutang tag yang dah lama tertangguh nak bayar. Maaf Kak Nad, aku tak berkesempatan hari tu. Tak apa yang penting jawab kan? Apa-apa pun terima kasih dan jangan serik nak bagi tag lagi tau. ^___^


1) Anda rasa anda hot?
Agaklah, sebab saya suka makan cili api he3


2) Upload gambar kesukaan/kesayangan anda

















Gambar semasa di Zoo Negara 24 Febuari 2009

3) Kenapa anda suka/sayang dengan gambar ini?

Sebab kambing tu comel sangat!!! Lagi pun masa ni pergi dengan 'orang tersayang.'

4) Bila kali terakhir anda tak puasa?
Perlu jawab ke? Pahan-paham jelah.... :P

5) Apa yang anda buat sambil selesaikan tag ini?
Sedang bercakap dengan seseorang.

6) Selain dari nama anda sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa?
Jiha / jee (orang yang rapat je tau)

7) Tag lagi 7 orang tanpa rasa kekesalan...
Ehmm... siapa ek?

Sesiapa jelah yang sudi nak ambil, ambil la tag ni...

Thursday, October 1, 2009

Feminin dan Famili Oktober 2009


Saya suka cover bulan ni. Sebabnya? Warna kegemaran saya la. hi3

Ada cerita menarik tentang 4 gadis di rumah perlindungan wanita KEWAJA di dalam.

Bagi gadis-gadis metropolitan terutamanya, jangan lupa baca!




Cover bulan lepas, September 2009.
Lupa nak letak di entri bulan lepas.hu3
Pink kan? :)