Friday, August 28, 2009

Masih bertuah

Darul Ukhwah

Seminggu sebelum puasa aku sempat meluangkan masa ke sebuah rumah amal perlindungan khusus bagi pesakit HIV di Petaling Jaya. 'Darul Ukhwah' seiring dengan namanya, penghuninya memang rapat dan saling berkerja sama. Di sini semua penghuninya lelaki, rumah perlindungan bagi wanita terletak di USJ.

Aku datang pada mula kerana tugasan. Yalah.. seperti biasa, dengar pengakuan mereka yang pernah terjebak dunia gelap sebelum ke sini. Tapi sebelum sesi temuramah bermula, aku sempat bersembang-sembang seorang ustazah antara pembimbing di Darul Ukhwah.

Jelasnya mereka yang terjebak dengan gejala sosial ni, terutamnya perempuan banyak bermula dari kekurangan perhatian keluarga ditambah pula dengan pujukkan mesra teman lelaki. Dia sebagai penasihat dan pembimbing tidak menyalahkan perbuatan mereka lagi. Biarlah mereka insaf dan sedar kesilapan lalu.

Namun kata-katanya yang menyentuh hati apabila dia menyatakan bahawa peranan ibu bapa yang teramat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak.

"Jika ibu bapa, tidak pernah melihat kecantikan dan kebaikan anak-anak terutama anak peperempuan sejak kecil, anak akan selalu menganggap dirinya buruk dan jahat. Tidak hairanlah apabila anak itu dewasa kelak dia mudah terpedaya dengan kata-kata manis teman lelakinya.

Teman lelaki yang hanya mahu tubuhnya. Si gadis yang begitu teruja dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga menganggap lelaki itulah benar-benar menyayangi. Akhirnya gadis menyerahkan segalanya."

Kemudian barulah aku menemui penghuni Darul Ukhwah. Aku sempat bersembang dengan dua daripada mereka. Pertama kali aku berjumpa dengan orang yang bercerita secara terbuka tentang kesilapan mereka dan membenarkan gambar mereka diambil daripada hadapan.

Aku cukup terkesan dengan kata seorang penghuni yang lebih mesra dipanggil Mat. Dia berasa cukup menyesal dengan apa yang berlaku. Jarum suntikkan yang menyebabkannya menghidapi HIV. Kerana itu impian untuk membina keluarga hanyalah khayalan. Namun aku melihat ketabahan yang cukup kental di matanya, walaupun pelbagai tanggapan masyarakat kepada insan sepertinya.

Allah sentiasa membuka jalan taubat kepada umatnya. Adakah adil manusia menghukum manusia tanpa pengadilan?

Aku masih aku. Hidup mencari jalan keredhaan Illah dan memohon taubat kepadanya. Walau terkadang duka mendatang aku masih bertuah hidup seadanya begini. Alhamdullilah...

*Kisah selanjutnya dapatkan Majalah Feminin & Famili Keluaran September 2009





Monday, August 24, 2009

Poteng puasa + H1N1 = Keuzuran



Salam Ramadhan. Belum terlewat bukan? Baru tiga hari bulan baik berkunjung tiba. Aku masih aku, kerja tetap kerja macam orang lain. Bezanya masuk pejabat awal sedikit dan pulang pun begitu juga.

Dalam keghairahan umat islam berpuasa, masih ada insan uzur tercicir dalam mengerjakan ibadah rukum islam keempat ini. Termasuklah aku. Bukannya kerana 'bulan' yang muncul sebelum cukup masa menjelang syawal, namun keuzuran demam panas.


Menggigil dan terlantar di katil. Mujur selepas saringan H1N1 dilakukan, aku bebas dari influenza bawaan virus dari binatang haram tersebut. Tetapi selepas dua hari terlantar demam teruk dan dua hari kebah dengan tidak sepenuhnya. Aku syukur masih boleh lagi bangkit. Cuma batuk-batuk keras yang menyesakan dada mendatang di siang hari tatkala kehausan membelit kerongkong. Aduh peritnya....

Aku harap Ramadhan ini lebih membuatkan aku insaf dan merenung diri kembali. Penyakit yang datang mungkin kifarah untuk aku yang selalu terlepas pandang melakukan tanggungjawab kepada-Nya. Semoga di hari baik bulan baik ini, semua mendapat keredhaannya. Amin...

Tuesday, August 11, 2009

Tugasan pertama


Pada tahun lepas pada tarikh 12 Ogos, buat pertama kalinya aku berkerja sebagai 'tukang cari cerita' bertauliah. Hari itulah jugalah aku mendapat assignment yang pertama. Gugup, berdebar dan segala mak nenek rasa bercampur baur dalam jiwa.

Aku yang belum ditempatkan di bawah mana-mana majalah diberi tugasan hiburan, menonoton prebiu telemovie arahan Harun Salim Bachik, Putar Alam (resensinya ada pada entri 'dah kena baru tahu'). Walaupun hatiku meronta dan ingin sekali berkerja untuk majalah kewanitaan terpaksa jugalah buat kerja majalah hiburan yang sememangnya aku tidak gemari.

Masih kekok dan belum sempat beramah-tamah dengan pekerja lain, aku dah pun ditugaskan bersama wartawan 'senior' yang lebih dikenali sebagai Suria R.A. Perasaan malu yang menebal terpaksa diketepikan untuk bertanyakan soalan demi bersaing dengan wartawan akbar dan majalah yang 'ngetop.'

Aku dapat mencelah dan bertanyakan satu soalan. Tapi.... Oppss terpanas pulak! Semua orang pandang aku. Hehehehe

Keesokan harinya, serabut otak nak siapkan atikel sebab press release tak ada rupanya. Allah! Satu hal nak menjawab dengan Editor Sensasi, En. Jalil yang banyak songeh tu! Tapi dia pun dah arwah meninggal beberapa bulan lalu sebab diserang sakit jantung.

Tiga, empat hari berkerja barulah aku ditempat secara rasminya dibawah sidang editorial Majalah Feminin. Mulanya rasa macam tak selesa berkerja dengan editor perempuan. Kalau tengok umur dah boleh buat pangkat emak. Tapi rupanya dia jenis sempoi. Siap suruh panggil dia 'Kak Shida' lagi.

Sekarang aku dah tak berkerja bawah dia, tapi ada juga tugasan yang kena buat sama-sama. Sepanjang aku bekerja dialah banyak beri tujuk ajar. Boleh dikatakan dia the best editor ever!
Makan pun boleh kongsi-kongsi, ada apa-apa masalah boleh rujuk pada dia. Kalau tension dengan kerja kami boleh kuar 'ngulor' sama-sama.hehehe

Macam dengan staff lain, Abang Taufiq orang grafik yang gigih, tak henti-henti buat lawak sampaikan dah tak larat nak gelak. Kak Shai bekas wartawan Sensasi yang memang sekepala, masih teringat lagi masa bertugas bersama.

Apapun juga rasa marah, geram, takut, teruja,berdebar, gembira, sakit otak, jiwa kacau ,bosan dan rimas semuanya amat berharga yang menjadi asam garam realiti hidup juga pengajaran hidup di masa depan.


Gambah- Kiri Kak Shida kanan Kak Shai


Wednesday, August 5, 2009

Biarkan masa berlalu...

Setiap perhubungan pasti banyak pasang dan surut. Tidak ketinggalan dengan aku. Kadang-kadang terasa sepi dan sedih tapi itu semua sekejap sahaja. Perasaan akan kembali bertukar gembira dan ceria.Kalau kawan baik aku ada masalah dengan buah hatinya, akulah yang 'pandai' menasihatinya.

" Perasaan cinta yang mendalam memang susah nak dihilangkan dengan rasa benci. Biarkan masa berlalu dan hatimu akan tenang kembali." Begitulah kataku.

Tapi bila aku yang menghadapinya terkadang jadi bungkam dan membisu seribu bahasa.
Perasaan bercambur baur dan 'setan' mula menghasut-hasut aku meninggalkanya.

Otak mula berfikir jahat mahu melupakan segala kenangan manis bersamanya dan anggap semuanya hanyalah mimpi indah di malam hari. Tapi bila hati tercelik dan otak mula ligat berfikir semula, hati menjadi sayu dan pilu kerana kasih yang disemai sejak bertahun lalu, masih utuh berakar umbi di kalbu. Walau aku cuba membenci, perasaan ini semakin menebal kepadanya.

Ah... aku tidak pernah menulis entri seperinci ini tentang perasaanku kepadanya. Aku tidak mahu meleraikan hubungan terjalin kerana perasaan yang tidak rasional. Aku tidak mahu mensia-siakan masa yang diberi kepadanya tanpa suatu titik noktah hubungan ini.

Rindu datang tak dicari,
kasih berkunjung tiba,
cinta bagai sakti
dan hati tiada pasti....

Ya Allah panjangkan jodoh kami....

Tuesday, August 4, 2009

Hadiah dari Romi









Hadiah yang comel ini telah diberi oleh Kak Romi yang comel. Terima kasih sebab sudi bagi hadiah ni. (Hu3 kita tak pernah bagi akak apa-apa)



Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi awards:
  • Pendengar yang baik
  • Suka tolong orang dalam kesusahan
  • Aku 'selute' bila dia bawak kereta
  • Seorang anak yang baik
  • Bakal penulis prolifik Malaysia
  • Pandai memasak

Nyatakan 9 fakta tentang diri sendiri;
  • Anak kedua dan terakhir dalam keluarga
  • Suka mengumpul buku
  • Gemar makan laksa
  • juga soto nasi impit
  • Fobia dengan cicak
  • Suka tengok katun Happy Tree Friends
  • dan jugak Shin Chan
  • Tak pandai buat kuih raya ( hu3 puasa dah dekat, teringat kes kuih raya cam batu)
  • Suka tengok gambar baby baru lahir (Comel!!)
Pilih 10 penerima seterusnya bersama description:
(tak cukup sampai 10 pun sebab selalunya ramai yang tak jawab)
  • Linda (gadis berhati tabah)

Tu je yang aku nak bagi sebab yang lain Kak Romi dah bagi. Sesiapa yang singgah di blog aku ni dan teringin nak ambil dialu-alukanlah tanpa sega silu....

P/s: Kak Shai maaf lambat jawab, sibuk sikit. Hu3