Tuesday, June 30, 2009

Tentang diri

Sebenarnya aku ni kali pertama kena TAG. Sahabat aku yang lebih dikenali sebagai Roy K.R ni rajin pula bagi tag. Nak tau lebih lanjut semak di bawah:

1. Nama panggilan saya:
Jiha / Jee

2.Saya sedang mendengar:
Boss panggil suruh hantar artikel. Argh!!!

3.Kekasih saya sekarang:
Haniff, tapi Roy K.R kata dia orang korea ha3

4.Mungkin saya patut:
Tukar kerja lain buat masa akan datang.

5.Saya suka:
Kucing dan tengok movie

6.Sahabat-sahabat baik saya:
Geng penulisan Viva EL Divo dan seseorang yang berada di UIA, Haslinda

7.Saya tak faham:
Kenapa mak beriya-iya suruh aku jadi cikgu!

8.Kerjaya sekarang:
Wartawan / penulis bebas

9.Saya baru kehilangan:
Rasanya tak ada kot.....

10.Ramai yang kata saya:
Nampak cam garang dan kasar. Garang ke?

11.Makna nama saya:
Cahaya berjihad

12.Di suatu tempat seseorang sedang:
Bunuh orang mungkin.

13.Bila saya terjaga dari tidur:
Tengok handphone

14.Saya paling meluat bila:
Orang yang tak nak dengar penjelasan

15.Saya rasa haiwan yang paling comel adalah:
Semestinya kucing

16.Aktiviti /program hari ini:
Siapkan kerja-kerja yang berserabut kat opis

17.Malam ini saya akan:
Sambung baca novel siri penyiasatan

18.Esok saya akan:
Kerja macam biasa

19.Sebelum tidur saya:
Pastikan minum Jus dr II. Nak tahu? tanyalah.

20.Perancangan hujung minggu:
Pergi kenduri kawan sekolah kahwin

21.Saya sedang menanti:
Tawaran sambung belajar

22.Saya rasa kesal bila:
Angin tiba-tiba dan marah orang yang tak berkenaan

23.Saya sangat berharap bila:
Hantar apa-apa juga borang.

24.Saya rasa saya seorang yang:
Pemarah mungkin

25.Telefon bimbit saya:
Sony Ericsson. Kali pertama ada telefon 3G tapi tak tahu guna sangat,hu3

26.Saya sedang merindui:
Kenangan masa belajar kat ASK sesi 2005/2006

27.Umur saya sekarang
22 tahun

28.Pengalaman pahit untuk minggu ini
Temujanji yang ditunda lagi Argh!!!!

30.Kenangan manis minggu ini
Dapat temuramah Fathiah suara animasi Upin Ipin

31.Dalam seminggu saya akan update blog sebanyak:
1-2 kali bergantung pada kelapangan

32.Dalam dompet saya ada wang sebanyak:
Rm 6.20 dan 10 sen duit Thailand tak tahu datang dari mana

33.Kali terakhir saya menonton tv:
Semalam tengok bio-Nik sebab dah tak ada cerita lain.

34.Channel tv kegemaran saya:
Rumah aku tak ada astro jadi apa-apa channel yang ada aku suka.

35.Orang yang saya rasa nak tag.
Abg anip
Kak Shai
Sharif/ John

tulah yang terlintas

Tuesday, June 23, 2009

Kesakitan & dugaan

(Ini sekadar gambar hiasan)
Siapa pernah kena ulser lidah?
Benda kecil putih yang ada di bawah lidah inilah yang menganggu hidup ku sejak tiga, empat hari kebelakangan ini. Sampaikan aku demam demam. Nampak kecil je kan? Tapi siapa yang pernah alami. Ui.. tak leh kata sakitnya.
Nak makan pun payah, nak minun pun payah, nak cakap pun payah, nak gosok gigi? Lagi la...
Dah la kerja aku kena banyak bercakap... Dugaan, dugaan...
Cakap pun cam orang pelat, cam ni;
"Puan oleh shaya berchakap ngan Anchik Kamaruljaman?"
Korang paham tak?
hUHuh

Friday, June 19, 2009

Aku melankolik

Kesedihan yang sukar digambarkan....
tidak terkata.....
aku melankolik....

Wednesday, June 17, 2009

Detik-detik terabai


Detik-deti yang terabai

Di sini adanya dua kuntum mawar yang terluka
Luka hatinya dan luka jiwanya
Sekuntum mawar putih tampak seakan air yang jernih
Manakala sekuntum lagi mawar merah yang lukanya kian mengalir

Keduanya di depan mataku
Mana satukah harumnya yang ku hidu?
Lantas ku renggut mawar putih bersih
Ku jadikan hiasan kepala
namun harumnya telah pun hilang diabai waktu
Melihatka mawar merah yang kian segar mekar dengan darah
ku renggut pula ia menjadi hiasan jiwa

Wahai mawar putih ku, kau hanya berselindung dibalik
kesucianmu yang telah lama terhakis oleh masa
tinggal karam menanti di depan kelopakmu yang bakal gugur sayang

Aku sekian lama memikirkan dan hingga kini aku masih memegang
tangkai mawar merah yang kian menusuk menembusi kulit jiwaku
Asal sahaja ku merima detik-dekit yang telah terabai
sebagai pakaian dikala dukaku…

Sunday, June 14, 2009

Selamat hari bapa



Selamat hari bapa.....
Kepada abah ku Baharudin b.Hussin yang disayangi.
Walaupun di mana kau berada kau tetap di hati,
ketahuilah ia biarpun kau tidak membaca entri ku ini....
Tidak lupa diucapkan juga selamat hari jadimu yang ke-55 yang
akan datang pada 1 Julai nanti.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
dan disertai kesihatan yang baik.
"Love you dad!"

Tuesday, June 9, 2009

Pentingkah Aliran Sastera Untuk Malaysia Maju?

Maaf kerana sudah agak lama berjeda dari menulis entri terkini. Ada beberapa hambatan yang perlu diselesaikan Dalam tempoh bercuti menulis di blog ini, pelbagai cerita yang sarat di kepala mahu diluahkan. Aku begitu terpanggil dengan sebuah tajuk rancangan bual bicara Di Luar Lingkuangan Sayed Munawar Isnin lepas .

‘Pentingkah Aliran Sastera Untuk Malaysia Maju?

Lama aku berteleku depan tv sehingga habis program tersebut. Aku tertarik dengan apa yang dibicarakan. Aku menyorot kembali kata sayed, katanya;

"Bioteknologi, rekayasa, teknologi maklumat dan sains forensik. Dalam kecepatan itu, sastera masih diberikan ruang, sekadar ruang. Hakikatnya aliran sastera hanya dilihat sebagai pelengkap dan menjadi pilihan kelas kedua. Pelajar pintar terus didorong dan dipaksakan mendalami bidang sains dan teknologi malah sastera menerima lambakan pelajar yang hanya cukup makan dari segi pencapaian akademiknya."

Aku sama sekali berkata ‘YA’ dengan tajuk perbincanga ini. Bukan kerana aku belajar dalam aliran sasatera semata namun lebih tepat aku pernah belajar sastera tulin. ‘Sastera tulin’ Begitulah perbandingan sastera dan aliran satera seperti yang dinyatanya oleh salah seorang ahli penal, Prof. Dr.Rahman Shaari.

Aku merenung kembali tika waktu sekolah dahulu, bagaimana kecilnya palajar sastera di mata rakan-rakan sains hinggakan segelintir guru pun memandang sepi subjek ini. Mana tidaknya di sekolah dulu sidang editorial majalah sekolah pun dipelopori rakan aliran sains. Jadi apa gunanya golongan seperti aku dan rakan-rakan seangkatan?

Malah masyarakat pun memandang sastera sebagai suatu bidang yang remeh-temeh. Waktu di sekolah guru Matamatik pernah menyindirku kerana aku begitu asyik dengan subjek kegemaran ku sastera. Katanya tak ada gunanya minat sastera dan aku tak ada masa depan. Adakah guru tersebut hanya melihat sastera hanya sekadar deklamasi puisi ketika hari guru atau hari kebangsaan?Nah sekarang, buktinya aku bekerja dalam bidang penulisan!

Rakan-rakan pencinta sains sejati memmandang lekeh golngan seperti aku. Pernah ada yang menyatakan golongan sastera tidak meyumbangakn kepada kemajuan. Aku benar-benar terhiris dengan kata-kata itu. Aku bukan membenci golongn sains. Tapi cuba mereka fikirkan semula apa terjadi jika dunia tanpa sastera? Mungkinkah manusia akan berjiwa plastik berhati materi?

Nak salahkan masyarakat pun tidak juga, mereka telah termomok dengan sastera bukan pemankin kemajuan tanpa disedari. Teknologi pula adalah segalanya, tanpa mereka menyedari kian lama teknologi bisa memusnakan jiwa-jiwa kemanusiaan. Aku bukan pesimis atau anti teknologi, tapi inilah kenyataanya. Sejak dahulu lagi sains dibezakan dalam jurang pendidikan. Walhal sastera tidak pernah pun kurang di mata pendidikan barat malah mereka begitu mengagungkan ahli filasuf dan sasterawan.

Kata sayed lagi:
"Dalam kegopohan Negara mencipta kejayaannya juga, imej dan simbol kejayaan adalah kepada juara dalam bidang sains, teknolgi dan kejuruteraan. Sejarahwan, Antropologis, Agamawan hanya sempat menjadi imej pelengkap di belakang angkasawan, jurutera dan peguam. Itu mesej yang disampaikan dalam setiap kempen pengambilan pelajar."

Benar bukan? Golongan sastera seakan tersembunyi dibalik karya-karya yang dipandang sepi. Jadi di mana harus diletakan golongan sesterawan, graduan dan ahli pemikir sastera jika masayarat terus-terusan menganggap kami golongan kelas kedua?

Seorang lagi ahli panel iaitu Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaacob menyatakan, hal ini terjadi mungkin kerana ketamadunan kita tidak sepanjang tamadun barat hingga mereka meletakan nilai aprisiasi yang begitu tinggi dalam sastera. Mungkin ya, tapi bukankah kita bangsa yang lahir dengan pantun dan seloka, gurindam dan syair yang telah berabad sebati dalam masayarakat? Jadi tidak ada sebab kita meninggalkan sastera di belakang.