Wednesday, May 13, 2009

Hati-hati berparut



Aku tak nafikan yang aku ni jenis suka naik angin dan suka cakap lepas. Tapi aku mudah sedar dengan perlakuan yang 'teruk' itu bila dah sejuk. Lagipun aku dah biasa jumpa orang macam aku yang main cakap lepas dan tak ada simpan-simpan. Tambah pula kerja cam aku ni orang kata memang mulut 'lezer.' Dari cakap belakang baik cakap depan kan betul tak?

Aku dibesarkan dalam lingkungan yang kurang aman, walaupun aku hidup taklah sampai merempat tapi taklah mewah. Hidup serdahana, tapi tetap susah. Maksud aku kesusahan dari segi kejiwaan dan tekanan hidup. Tak perlulah aku cerita panjang lebar di sini, kerana bebelan panjang kisah hidup di kota selut ini memang dah biasa orang dengar. Bagi yang mengetahui cukup sekadar memahami kisah aku ini.

Aku nak cerita di sini bagaimana kesan kelukaan hati yang orang tak sengaja 'kononnya' boleh jadi besar, bernanah dan busuk dan akhirnya meninggalkan hati yang berparut.

Biasa kita kalau baru kenal seseorang kita anak berhati-hati, kemungkinan orang itu berniat tak baik. Bukan prejudis namun hidup dalam kota sendat perlukan 'senjata' hati-hati dalam diri.
Kemudian bila dah lama kita kenal seseorang itu kita akan jadi akrab bila mengetahui dia bukanlah orang berniat busuk pada kita.

Lama-kelamaan hubungan kita dari bergelar kawan biasa menjadi sahabat. Segalanya sahabat makan, minum, bercerita hingga hal-hal rahsia pun dikongsi bersama.

Tapi pernah tak rasa yang persahabatan tu semacam suatu permainan antara gagal atau menang? Siapa memang dia akan berpuas hati dan tidak rasa bersalah manakala yang kalah memendam rasa tanpa di ketahui.

Kadang-kadang orang hanya melihat orang seperti aku yang suka cakap pedas dan lepas ini menyakitkan hati. Walhal mereka yang cakap kononnya ala-ala berlapik dan sopan tu lagi pedas! Sinis dan makan dalam. Sahabat macam inilah tidak meyedari kesilapan yang dilakukan. Asalkan sahabat mereka ingat boleh buat sesuka hati, bila dah lukakan perasaan boleh buat selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku.


"Jangan lupa kawan.... luka yang ditinggalkan akan berparut di hati!"

P/S Berhati-hati memilih sahabat takut berparut di hati

tapi sekarang sudah banyak hati-hati yang berparut.






Sunday, May 10, 2009

Semuanya karut!!!!

A*WA** ?
Hentikan kekarutan yang berlaku....
Selamatkan Fakulti Penulisan

/ atau x?

Anda sokong saya? Dan ceritakan pengalaman anda di negeri antah berantah ini

*** SEDIH "(

Thursday, May 7, 2009

Selamat hari ibu...



Aku sentiasa menyayangimu ibu...
Walaupun kau tak mengetahui isi di dalam hatiku...
Aku kan tetap mengasihi pun kerana ku tahu kasihmu tiada penghujung....
Before the child is born
A mother's love begins
Before the child is born
And lasts through time
And difficulties
And differences
And many wounds
And days of joy
And days of sorrow
Winding, wearing
Weeping, sharing
Changing
Until, at the end
What remainsIs that solid core
That began as love
Before the child was born.
Submitted by Ruth Greer (rgreer@uplogon.com)