Monday, January 26, 2009

Untukmu GAZA

KESEDARAN pihak media mengajak kumpulan utusan mengadakan 'Malam Puisi Demimu Palestine' pada 23 januari lepas di anjung budaya Istana Budaya. Saya dan dua orang sahabat baik saya terselit di antara puluhan mungkin ratusan hadirin malam itu.

Sungguh membanggakan kehadiran yang berkampung di Istana Budaya untuk bersama-sama memberi sumbangan dan meluahkan perasaan mewakili penderitaan saudara kita di GAZA. Majlis disemarakkan dengan kehadiri penyair tersohor yang sering tampil sebagai pendeklamator di pentas puisi. Antaranya Zubir Ali dan Kumpulan Harmoni, Rahimidin Zahari, Datuk A. Samad Said, Sohaimi Meor Hassan, Dr. Lim Swee Tin, Kumpulan Kopratas, Zaen Kasturi dan Kumpulan Bingkas Kebayan bawah pimpinan Ladin Nuawi.

Namun dalam keghairahan malam puisi amal ini sangkaanku sama sekali meleset. Rupanya ada yang datang sekadar tanggungjawab kerja dan kerana dijemput. Saya cukup terganggu dengan seorang 'rakan media' dari akbar dengan jolokan 'suara kontemporari' yang duduk disebelah dan sering kali bertanya siapa pendeklamasi yang berada di pentas. Paling menyedihkan apabila 'dia' tidak kenal Dr. Lim Swee Tin dan dengan selamba 'dia' menyatanya perasaan terpesonanya kerana tidak sangka seorang yang berbangsa Cina boleh membaca puisi. Saya hampir menepuk dahi... Sudah tentunya David Teo yang juga hadir membaca puisi pada malam itu nyata berbeza dengan Dr. Lim Swee Tin yang dimaksudkan.

Itu belum termasuk artis-artis yang berlagak 'diva', hadir sekadar menonjol 'cantik' ataupun membaca puisi sekadar melepaskan batok ditangga. Nama-nama artis tersebut tidak perlulah disebutkan kerana ia sekadar menyemakkan entri ini, kerana ada di antara mereka yang mengakui hadir ke malam puisi ini sekadar 'dijemput.' Alahai... sensitifnya artis-artis Malaysia....

Walaupun begitu saya amat terpukul dengan persembahan hebat penyair-penyair tanah air yang penuh emosi, biapun ada selebriti yang datang sekadar sibuk bercerita tentang dunia artis dan gosip -gosip panas di belakang.



Saya amat tersentuh sekali mendengar lagu Balada Gadis Kecil dendangan Trio Harmoni biarpun sudah berpuluh kali mendengarnya... Semoga sumbangan saya yang tidak seberapa pada malam itu dapat membantu insan malang di Palestine. Dengan tangan kecil ini saya memanjatkan doa agar Gaza kembali aman... Amin.



Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila Menyaksikan
pembunuhan Anak kecil dan wanita

Munir ditembak Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina


Berapa banyak lagi
gadis kecil tak berdosa
menjadi mangsa kekejaman manusia


Berapa banyak lagi
gadis kecil seperti Munir
menjadi mangsa peperangan

Sunday, January 4, 2009

Malam genta puisi ASWARA - PENA

Bagi remaja sebaya dengan aku, di malam tahun baru biasanya mereka akan memilih untuk berpesta pora di Datara Merdeka, KLCC, Bukit Bintang mahupun tempat-tempat berpeleseran seangkatan denganya. Terkinja-kinja dan mabuk sampai ke pagi seakan budaya muda-mudi agar tidak ketinggalan meraikan kedatangan 2009. Mereka terlalu asyik dan tenggelam dalam irama konsert nyayian-nyayian artis tempatan yang seakan hilang agama. Mat-mat rempit pula mula tersengih dengan taring masing-masing menunjukkan bakat yang kononnya alami diri membinggitkan lagi suasana ibu kota.



Mungkin bagi remaja sebaya dengan aku menyatakan aku budak jiwang atau ‘skema,’
kerana tidak menyertai mereka ‘bersosial’ ala moden, tapi aku lebih suka dan berbesar hati meraikan tahun baru di malam genta puisi ASWARA - PENA bertempat di ASWARA baru-baru ini.




(Bersama orang kuat malam genta puisi ASWARA- PENA En. Wan)


Semangnya aku saban kali menyertai malam puisi terutamanya anjuran ASWARA, namun kali ini aku rasakan malam puisi kali ini lebih ‘berbisa’ dari biasa. Nama-nama terkenal seperti Karam Singh Walia, Syed Munawir, pengerusi PENA Bahar Zain, S.M Z, Zakir, Zean Kasturi, Khalid Salleh dan ramai lagi menyerikan majlis malam tersebut. Paling mengetarkan sanubari puisi deklamasi Khalid Salleh. Aku lupa tajuknya namun yang pastinya isinya menyentuh tentang variasi kaum yang lama-kelamaan menghilangkan ketuanan Melayu.

Sebelum ini jika orang Melayu membangkitkan isu perkauman kecoh kononnya perasaan kaum lain harus dijaga, mereka juga punya hak di tanah Melayu kerana mereka rakyat Malaysia. Isu Singapura dan Pulau Batu Puteh juga dibangkitkan dan dipersoalkan di mana hilangnya hak orang Melayu dan tidak ketingalah juga PM juga terkena tempias letusan hati Khalid Salleh.

Hatiku juga bersarang rasa ‘dendam’ apabila pudarnya hak-hak orang Melayu. Dalam masa yang sama aku jemu dan terasa bodoh melihat orang Melayu sendiri menghasilkan cerita cinta antara gadis Melayu dan pemuda Cina dan sebagainya. Mengapa kita saja terhegeh-hegeh mengangkat bangsa lain di tanah tumpah darah sendiri? Sedangkan mereka tidak pernah atau mengetapikan kita dalam pelbagai aspek termasuk drama ataupun filem mereka. Bodohkah kita menjadi kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan?
Berbalik kepada malam gentar puisi ASWARA- PENA, aku ucapkan syabas kepada pendeklamator yang hebat-hebat belaka yang bersuara lebih berani.

P/s : Gambar-gambar pendeklamator tidak dapat disiarkan kerana kamera yang digunakan cap ayam. Hu3