Thursday, December 31, 2009

Malam yang durjana


HARI:Khamis, 31 Disember 2009
MASA: 12 tengah malan hingga pagi
TEMPAT: Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC (sekitar KL) dan beberapa tempat tumpuan di ibu kota, termasuklah di luar K.L
ACARA: Menghasilkan anak h***m

Aku tahu malam ni malam orang ramai berpusu-pusu ke KL, sama juga macam malam merdeka tahun-tahun yang lalu. Ya, kota berselut tu memang tak jauh dari rumah aku, kira-kira 30 minit ke sana. Tapi aku tak mahu ikut bersama bersesak, berasak semata-mata nak tengok countdown yang diraikan bersama artis-artis di konsert tidak berbayar.

Mungkin ada yang kata aku kuno dan ketinggalan. Sedang anak muda sebaya aku, ketika aku sedang menulis entri ini (magrib) mereka sedang sibuk berdandan, bersiap-siap ataupun sudah terpacak di tengah kota dan tidak sabar-sabar lagi menyambut malam durjana ini. Tapi aku pula duduk di rumah saja.

Aku bukan mahu bersyarah, apatah lagi mahu mengajar. Sebab aku pun sedar, aku masih jahil tentang agama.

Tapi aku tak sejahil 'mereka' yang sanggup berpusu, bersesak, tersepit, diramas, diraba, meraba, dirogol, rela dirogol, suka-suka minum arak macam minum air oren di tengah keghairahan malam tahun baru.

Oh! Aku tidak katakan malam ini malam sial. Tiada hari atau pun malam yang sial jauh sekali durjana. Maksud aku, mereka itu yang jadikan malam ini lebih sial dari mereka yang telah dilahirkan bertuah, cukup sifat ada otak tapi letak persis di jamban.

Yang perempuan kalau dirogol selayaknya. Kenapa gatal kaki keluar rumah malam-malam?
Yang lelaki ambil kesempatan murni la.....

Lepas habis countdown, projek pun on! Kondom? Sana sini berlambak, boleh kitar semula buat gula-gula getah atau belon. Ha3

..... Beberapa minggu kemudian, ada gadis-gadis yang mula gelisah. Bulan tak muncul muncul. pregnancy test, positif.

......Beberapa bulan selepas itu, pusat perlindungan wanita, penuh.

.....Beberapa bulan selepas itu;

Berita jam 8, "Kes pembuangan bayi lagi di longkang"

atau

11 tahun kemudian ;

Anak: " Mak siapa ayah saya"?



P/s: Melalui pengalaman yang sukar dilupakan menyambut tahun baru dua tahun lalu.
Malam ni duduk lepak depan t.v :D

6 comments:

Hanny Esandra said...

meremang bulu roma aku...

Roydy Rokidy said...

aku pun dah tanya kat anjing2 rumah aku..
dah beranak pinak dah pun...

SATIRA + KACAU said...

Malam tahun baru = malam membikin bayi haram jadah.

Malam sambutan merdeka = malam memerdeka penzinaan dan pembikinan anak haram jadah jugak.

RainRose said...

~ memang benar pun... dan saudari mungkin terlupa ada 1 lagi tabiat penghuni bumi Malaysia ini, setelah mereka puas berpesta, kawasan sekitarnya mula mengandung sampah yang melimpah ruah... dalam erti kata lain mereka-mereka ini tidak ubah seperti sampah juga!

p/s : agak teruja bila nampak sampah2 yang menimbun di sana-sini sehingga puluhan gambar sampah itu menjadi hiasan lensa kamera telefon bimbit waima sakit hati dan mata bila melihatnya sehingga kita ditegur oleh seorang sahabat atas keterujaan kita itu.

A : Kenapa suka sangat amek gambar sampah2 tu? Bunga api tadi tak mahu lak nak amek...

"Sampah-sampah ni ada seninya... dan ini yang aku cari sebenarnya malam ni..."

Dia sekadar menggelengkan kepalanya. Mungkin tidak mengerti atau mungkin dia anggap kita dah tak betul... tapi hakikatnya itulah nawaitu yang pertama kita apabila melangkah keluar... mahu melihat gelagat penghuni Malaysia berpesta dengan sampah! Hahahahahhahaahahhaha.....

mohamadkholid said...

ramai yg sambut tahun baru kristian....

fndrocka said...

banyak lagi cara lain nak enjoy2...