Monday, November 2, 2009

Kesakitan 'itu' datang lagi....



Seperti entri sebelum ini, saya ada berkongsi tentang kesakitan ulser lidah dan sekali lagi ia datang lagi. Aduh!!!!!! Sakitnya bukan main, kali ni benda tu betul-betul kena pada hujung lidah.
Membuatkan rasa nak demam dan pening kepala. Pakej lengkap yang biasa datang.huhuhu

Sekarang ni bukan saja susah nak makan, minum dan berus gigi, malah nak masak pun kena berfikir-fikir, sebab bila memasak kena rasa makanan di hujung lidah.Iss.... Sakit oi!

Hai... Sudah la minggu ni sibuk dengan tugasan luar. Sedang berfikir-fikir macam mana nak temuramah orang kalau macam ni. Cakap pun dah macam bunyi ular, sssss.....
Minggu ni pula agak tertekan dengan manusia-manusia yang konon terpelajar dan profesional tapi kedekut ilmu. Ni yang menambahkan kesakitan dan kepeningan. Mungkin saya boleh kongsi pada entri akan datang.^~^
Cuma harapkan penawar (gambar) ni saja dan banyak-banyak minum kosong air. huhuhu

P/s: Walau macam mana pun, masih bersyukur sebab tidak menghidapi penyakit yang serius atau kronik Alhamdullillah....

6 comments:

Sharif John said...

Semoga cepat sembuh... nape slalu kena sakit ni? huhuhu

Afna said...

Jiha,
pernah guna bonjela? tp pedih bukan main la...tp cpt keringnya..

Diari Kampung Tengah said...

Sharif John, tak tau kenapa selalu kena, panas kot...

Afna, Kak Bonjela tu pedih sgt huhuhu takut.

romibaiduri zahar said...

sabar ji...
dugaan tu...

benuasuluk said...

pastikan minum air kosong 3 liter sekurang-kurangnya sehari.
:)

Diari Kampung Tengah said...

Benuasuluk; terima kasih 'Abang Wan' atas nasihat anda.he3