Tuesday, October 27, 2009

Tik Tok Simpati


Manusia memang tak lari dari kesilapan, tapi janganlah pula menjadikan kesalahan itu sebagai modal untuk menagih simpati. Begini, bulan puasa yang lepas kira-kira seminggu sebelum menjelang raya, saya telah mendapat panggilan telefon daripada seorang penghuni rumah perlindungan HIV (sila rujuk entri yang lepas' Masih Bertuah').

Lelaki lingkungan pertengahan 20-an yang mengelarkan dirinya 'W' menyatakan hasratnya meminta tolong . Memang saya pernah menemuramahnya tetang kisah keinsafannya sebelum ini. Suaranya kedengaran tegang berbaur marah. Kenapa ni? Terdetik hati gelisah.
Saya ada tersalah tulis dalam artikel ke?

Tebakkan itu tersasar rupanya. W ingin saya menulis kisahnya lagi. Kisahnya yang dihalau penyelia dan ketua rumah perlindungan itu. Dia benar-benar marah dan tidak berpuas hati.

Saya jadi bingung dan tergamam sebentar. Apakah yang berlaku? Tak mungkin dia dihalau tanpa sebab.

Saya hanya menjawab, nantilah saya akan fikirkan untuk temuramah itu. Walhal saya tidak mahu menjadi tidak adil mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Lagipun saya hanya mengikut arahan ketua editor dalam sesuatu tugasan.

Raya ketiga, saya mendapat sms pula dari ketua rumah pelindungan itu. Dia ('M') juga sama seperti pengahuni lain di rumah perlidungan itu. Bezanya dia paling lama di situ dan diberi kepercayaan menjadi ketua.

M bertanya khabar saya, sebelum saya menyoalnya tetang kisah W yang dihalau dari rumah perlindungan itu. Jelasnya, W bukan dihalau tetapi dia yang keluar dari rumah itu kerana tembelangnya yang masih menagih dadah terbongkar.

Dalam masa yang sama M cuba mengayat 'power' saya dengan tiba-tiba. Huh! Meremang bulu roma! Saya cuba mengelak dan tidak mahu sms denganya lagi. Tetapi dia tetap mengirimkan sms kepada saya bercerita itu dan ini. Saya mula sedar, ada perkara yang diceritakan kepada saya dulu (untuk artikel) adalah lakonan semata!

Dia pula menagih simpati, katanya adakah saya tidak sudi berkawan dengannya kerana dia penghidap HIV.

Saya tidak pernah memandang jijik atau hina orang seperti mereka. Tetapi sikap mereka yang menipu dan 'sambil menyelam minum air' itu yang membuatkan saya berasa jengkel!

9 comments:

Till The End said...

ish ade jugak ekh yg mcm tu..teruknya smpai snggup menipu..

romibaiduri zahar said...

itulah
betul juga kata orang2 tua
baik berpada-pada....

RainRose said...

~ sikap macam nilah yg patut di jauhkan...huh, paling menyampah sekali dgn org yang menyelam sambil minum air ni...

Afna said...

Jiha...
seram eh...

Diari Kampung Tengah said...

Till The End, Zaman skrg ni apa pun org sanggup buat.

Romi, sy malas dah nk jd 'baik' sgt.

Rain Rose, org menyelam sambil minum air ni patut mati lemas je kan? he2

Afna, memang seram kalah Zobie Kg Pisang.hu3

Sharif John said...

Dilema jgk ya... aku doakan yg terbaik Jiha... klu pape sms aku... Next time, ko x perlu menyelami sgt diaorng ni... just do ur tanggungjawab... bukannya apa... nk elakkan dr berlaku perkara begini la

Hanny Esandra said...

jiha..
helemekkkk... tak sangka dol.. ade yg memendam cinte rupenyer.. kakaka.. aku memula kesian gak kt ko, tp memikirkan tak macho ar aku nak nk sedey2, pk hotak ko yg giler tu, x jadi arh.. kakaka...pe pn, aku nsht, hati2 la.. :-)dr lyn sms org tu, bek lyn sms aku.. aku pun berpenyakit gak.. SO.. (Sakit Otak) wakakaka...

Diari Kampung Tengah said...

Sharif John, Thanks sbb ambil berat. Kerja memang kadang-kala merunsingkan. hu3

Hanny Esandra, hotak aku memang 'gile-gile' sbb tu aku tak kisah sgt ngan org cam tu.he3 Nnt kita roger2 la... :)

oranglidi said...

hm.

sambil meniup, menghidu pula
= sambil menyelam, tenggelam?