Monday, August 24, 2009

Poteng puasa + H1N1 = Keuzuran



Salam Ramadhan. Belum terlewat bukan? Baru tiga hari bulan baik berkunjung tiba. Aku masih aku, kerja tetap kerja macam orang lain. Bezanya masuk pejabat awal sedikit dan pulang pun begitu juga.

Dalam keghairahan umat islam berpuasa, masih ada insan uzur tercicir dalam mengerjakan ibadah rukum islam keempat ini. Termasuklah aku. Bukannya kerana 'bulan' yang muncul sebelum cukup masa menjelang syawal, namun keuzuran demam panas.


Menggigil dan terlantar di katil. Mujur selepas saringan H1N1 dilakukan, aku bebas dari influenza bawaan virus dari binatang haram tersebut. Tetapi selepas dua hari terlantar demam teruk dan dua hari kebah dengan tidak sepenuhnya. Aku syukur masih boleh lagi bangkit. Cuma batuk-batuk keras yang menyesakan dada mendatang di siang hari tatkala kehausan membelit kerongkong. Aduh peritnya....

Aku harap Ramadhan ini lebih membuatkan aku insaf dan merenung diri kembali. Penyakit yang datang mungkin kifarah untuk aku yang selalu terlepas pandang melakukan tanggungjawab kepada-Nya. Semoga di hari baik bulan baik ini, semua mendapat keredhaannya. Amin...

3 comments:

John Iverson said...

Semoga kamu sembuh sepenuhnya sis... jaga kesihatan k... kluar rumah pakai mask... owh ya... anda dijemput

http://sarshiverson.blogspot.com/2009/08/jemputan-khas.html

14hb 11 ok x sis? email kt saya k...
sarshiverson@yahoo.com

Till The End said...

patut la senyap sunyi je..x gtau pun kat aku ko sakit..huhu..aku doakan ko cepat sembuh aminn

romibaiduri zahar said...

harap dah semakin sihat ya...