Friday, August 28, 2009

Masih bertuah

Darul Ukhwah

Seminggu sebelum puasa aku sempat meluangkan masa ke sebuah rumah amal perlindungan khusus bagi pesakit HIV di Petaling Jaya. 'Darul Ukhwah' seiring dengan namanya, penghuninya memang rapat dan saling berkerja sama. Di sini semua penghuninya lelaki, rumah perlindungan bagi wanita terletak di USJ.

Aku datang pada mula kerana tugasan. Yalah.. seperti biasa, dengar pengakuan mereka yang pernah terjebak dunia gelap sebelum ke sini. Tapi sebelum sesi temuramah bermula, aku sempat bersembang-sembang seorang ustazah antara pembimbing di Darul Ukhwah.

Jelasnya mereka yang terjebak dengan gejala sosial ni, terutamnya perempuan banyak bermula dari kekurangan perhatian keluarga ditambah pula dengan pujukkan mesra teman lelaki. Dia sebagai penasihat dan pembimbing tidak menyalahkan perbuatan mereka lagi. Biarlah mereka insaf dan sedar kesilapan lalu.

Namun kata-katanya yang menyentuh hati apabila dia menyatakan bahawa peranan ibu bapa yang teramat penting dalam membentuk sahsiah anak-anak.

"Jika ibu bapa, tidak pernah melihat kecantikan dan kebaikan anak-anak terutama anak peperempuan sejak kecil, anak akan selalu menganggap dirinya buruk dan jahat. Tidak hairanlah apabila anak itu dewasa kelak dia mudah terpedaya dengan kata-kata manis teman lelakinya.

Teman lelaki yang hanya mahu tubuhnya. Si gadis yang begitu teruja dengan pujuk rayu teman lelakinya hingga menganggap lelaki itulah benar-benar menyayangi. Akhirnya gadis menyerahkan segalanya."

Kemudian barulah aku menemui penghuni Darul Ukhwah. Aku sempat bersembang dengan dua daripada mereka. Pertama kali aku berjumpa dengan orang yang bercerita secara terbuka tentang kesilapan mereka dan membenarkan gambar mereka diambil daripada hadapan.

Aku cukup terkesan dengan kata seorang penghuni yang lebih mesra dipanggil Mat. Dia berasa cukup menyesal dengan apa yang berlaku. Jarum suntikkan yang menyebabkannya menghidapi HIV. Kerana itu impian untuk membina keluarga hanyalah khayalan. Namun aku melihat ketabahan yang cukup kental di matanya, walaupun pelbagai tanggapan masyarakat kepada insan sepertinya.

Allah sentiasa membuka jalan taubat kepada umatnya. Adakah adil manusia menghukum manusia tanpa pengadilan?

Aku masih aku. Hidup mencari jalan keredhaan Illah dan memohon taubat kepadanya. Walau terkadang duka mendatang aku masih bertuah hidup seadanya begini. Alhamdullilah...

*Kisah selanjutnya dapatkan Majalah Feminin & Famili Keluaran September 2009





5 comments:

romibaiduri zahar said...

Ji,
Kadang2, manusia fikir mereka lebih hebat dari Tuhan...

oranglidi said...

lu penulis dalam majalah feminin ke?? wah..

oranglidi said...

jap, diari kampung tengah?

kampung tengah kat tengganu ke? hehe

Diari Kampung Tengah said...

oranglidi- Saya bukan penulis dalam majalah tu, saya tukang ketuk je. he3
Bukan kampung tengah kat terengganu, tapi kat Gombak ^_____^

Hanny Esandra said...

kuehhh tag menyeraannggg anda.. sile dt umah ambik yerrr.. ;-)