Thursday, July 30, 2009

Kerja kahwin kawan

I Kerja

Sejak kebelakangan ni aku rasa bosan semacam je (sebenarnya bermacam-macam dah!)
Terutamnya pasal kerja. Pernah tak korang tiba-tiba rasa cam bosan dan tak boleh berfikir masa kerja. Ha! Mesti pernah kan?

Entahlah, mungkin sebab kat pejabat aku ni tak ramai pekerja. Menjadikan aku kurang bercampur. Lagipun kat tempat kerja aku ni tak ada kawan rapat, yelah yang ada pun orang 'senior.' Tak boleh la buat lawak bodoh dan hu ha hu ha tak tentu arah kan? ( Huhuhuu sekali lagi bosan)

Fasal tugasan dan pembahagian kerja aku rasa sekarang, dah ok berbanding dulu. Walaupun masih terkejar-kerjar siapkan deadline tapi masih ada masa nak 'ngulor' (kih kih kih) Tapi masih lagi bosan sebabnya...biarlah aku saja yang tahu.

II Kahwin

Ui! Tahun ni paling ramai kawan dan sepupu yang sebaya dengan aku kahwin. Dari awal tahun sampailah hujung tahun ni. Penuh jadual orang kahwin. Baik yang laki atau pun perempuan.
Terkejut aku, tiba-tiba je dua rakan perempuan sekelas dengan aku masa tingkatan lima hantar kad kahwin. (ish ish ish)

Sepupu perempuan pun ada dua orang kahwin tahun ni. (belah mak) Dua orang anak jiran kat depan rumah pun dah kahwin.Paling terkini, kawan aku masa sekolah asrama kat Klang, memberi kejutan nak kahwin dengan janda. Opsss! Dah jodohlah katakan.... (Dah jodoh kau Hafizi)

Akhir tahun ni pulak lagi dua orang sepupu lelaki (belah abah) pun nak kahwin.
Aku ok je... orang jemput aku datang.(Walaupun ada yang tak berkesempatan)
Tapi yang tak sedap didengar tu bila ada yang mula usik-usik aku tanya bila nak kahwin.
Ih..ih...ih...aku baru masuk 22 tahun! Adoilah!


III Kawan

Sejak dah berkerja ni rasa rindu kat kawan masa belajar dulu membuak-buak.
Walaupun kadang-kadang tu malas gak nak fikir sangat sebab ada di antara tu macam buat 'tak tahu' je. Tapi ada sesetengah tu aku faham tahap kesibukkan kerja mereka mencecah tahap 'turbo' uhuk.!

Rindu rasanya nak borak-borak. Tapi nak telefon takut pulak mereka ada kerja.
Aku nak mintak maaflah pada kawan-kawan yang makan hati dengan sikap aku. Malah tahu ada yang yang kecik hati sampaikan rasanya susah nak hubungi. (Isk isk isk)

P/s: Airull dan Kak Shai, rindu kita tak ?
Roy hang jangan lupa aku kalau ada tiket free.
Anne... sepilah aku bila ko balikTerengganu nanti.
Fatimah maaf sebab lama tak call. Aku mengaku aku yang sibuk.(hehehe)
Linda, kenpa tiba-tiba menyepi???
Salwa, maaf fasal buku hari tu (Uhuk!)

4 comments:

romibaiduri zahar said...

Soalan jenis apakah itu?
Tanya hati, awak rindu akak tak?
Itu jawapan pada akak juga... ewah3x...

Ada tag untuk awak... kali ini borong habis tau... banyak gitu

Rehal Nuharis said...

sb ko smakn nma aku ngn k.shai, so smalah jgk soklannya. x pe, nt jmpa k. kngan bsama msa bljr x mluputkn apa pun... tluka @ tcalar, tolak tpi slagi blh.. jgn smpai tikam blkg...

Till The End said...

aku ade je disini..masih berpuaka huhu

Diari Kampung Tengah said...

Romi dan Airull-Yelah, love u all! Isk3

Linda- Jangan biarkan diri anda diselubungi...PUAKA!