Tuesday, June 9, 2009

Pentingkah Aliran Sastera Untuk Malaysia Maju?

Maaf kerana sudah agak lama berjeda dari menulis entri terkini. Ada beberapa hambatan yang perlu diselesaikan Dalam tempoh bercuti menulis di blog ini, pelbagai cerita yang sarat di kepala mahu diluahkan. Aku begitu terpanggil dengan sebuah tajuk rancangan bual bicara Di Luar Lingkuangan Sayed Munawar Isnin lepas .

‘Pentingkah Aliran Sastera Untuk Malaysia Maju?

Lama aku berteleku depan tv sehingga habis program tersebut. Aku tertarik dengan apa yang dibicarakan. Aku menyorot kembali kata sayed, katanya;

"Bioteknologi, rekayasa, teknologi maklumat dan sains forensik. Dalam kecepatan itu, sastera masih diberikan ruang, sekadar ruang. Hakikatnya aliran sastera hanya dilihat sebagai pelengkap dan menjadi pilihan kelas kedua. Pelajar pintar terus didorong dan dipaksakan mendalami bidang sains dan teknologi malah sastera menerima lambakan pelajar yang hanya cukup makan dari segi pencapaian akademiknya."

Aku sama sekali berkata ‘YA’ dengan tajuk perbincanga ini. Bukan kerana aku belajar dalam aliran sasatera semata namun lebih tepat aku pernah belajar sastera tulin. ‘Sastera tulin’ Begitulah perbandingan sastera dan aliran satera seperti yang dinyatanya oleh salah seorang ahli penal, Prof. Dr.Rahman Shaari.

Aku merenung kembali tika waktu sekolah dahulu, bagaimana kecilnya palajar sastera di mata rakan-rakan sains hinggakan segelintir guru pun memandang sepi subjek ini. Mana tidaknya di sekolah dulu sidang editorial majalah sekolah pun dipelopori rakan aliran sains. Jadi apa gunanya golongan seperti aku dan rakan-rakan seangkatan?

Malah masyarakat pun memandang sastera sebagai suatu bidang yang remeh-temeh. Waktu di sekolah guru Matamatik pernah menyindirku kerana aku begitu asyik dengan subjek kegemaran ku sastera. Katanya tak ada gunanya minat sastera dan aku tak ada masa depan. Adakah guru tersebut hanya melihat sastera hanya sekadar deklamasi puisi ketika hari guru atau hari kebangsaan?Nah sekarang, buktinya aku bekerja dalam bidang penulisan!

Rakan-rakan pencinta sains sejati memmandang lekeh golngan seperti aku. Pernah ada yang menyatakan golongan sastera tidak meyumbangakn kepada kemajuan. Aku benar-benar terhiris dengan kata-kata itu. Aku bukan membenci golongn sains. Tapi cuba mereka fikirkan semula apa terjadi jika dunia tanpa sastera? Mungkinkah manusia akan berjiwa plastik berhati materi?

Nak salahkan masyarakat pun tidak juga, mereka telah termomok dengan sastera bukan pemankin kemajuan tanpa disedari. Teknologi pula adalah segalanya, tanpa mereka menyedari kian lama teknologi bisa memusnakan jiwa-jiwa kemanusiaan. Aku bukan pesimis atau anti teknologi, tapi inilah kenyataanya. Sejak dahulu lagi sains dibezakan dalam jurang pendidikan. Walhal sastera tidak pernah pun kurang di mata pendidikan barat malah mereka begitu mengagungkan ahli filasuf dan sasterawan.

Kata sayed lagi:
"Dalam kegopohan Negara mencipta kejayaannya juga, imej dan simbol kejayaan adalah kepada juara dalam bidang sains, teknolgi dan kejuruteraan. Sejarahwan, Antropologis, Agamawan hanya sempat menjadi imej pelengkap di belakang angkasawan, jurutera dan peguam. Itu mesej yang disampaikan dalam setiap kempen pengambilan pelajar."

Benar bukan? Golongan sastera seakan tersembunyi dibalik karya-karya yang dipandang sepi. Jadi di mana harus diletakan golongan sesterawan, graduan dan ahli pemikir sastera jika masayarat terus-terusan menganggap kami golongan kelas kedua?

Seorang lagi ahli panel iaitu Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaacob menyatakan, hal ini terjadi mungkin kerana ketamadunan kita tidak sepanjang tamadun barat hingga mereka meletakan nilai aprisiasi yang begitu tinggi dalam sastera. Mungkin ya, tapi bukankah kita bangsa yang lahir dengan pantun dan seloka, gurindam dan syair yang telah berabad sebati dalam masayarakat? Jadi tidak ada sebab kita meninggalkan sastera di belakang.


3 comments:

John Iverson said...

Apa erti maju jika sesuatu bangsa tu lupa asal usul dan kesusasteraan mereka sendiri...

SATIRA + KACAU said...

Kita adalah bangsa bertamadun yang diajar agar menjadi barbar oleh pemimpin yang dipilihnya sendiri.

Satira + Kacau

Emat said...

Boleh kah pelajar aliran sastera ingin menjadi jurutera?