Wednesday, May 13, 2009

Hati-hati berparut



Aku tak nafikan yang aku ni jenis suka naik angin dan suka cakap lepas. Tapi aku mudah sedar dengan perlakuan yang 'teruk' itu bila dah sejuk. Lagipun aku dah biasa jumpa orang macam aku yang main cakap lepas dan tak ada simpan-simpan. Tambah pula kerja cam aku ni orang kata memang mulut 'lezer.' Dari cakap belakang baik cakap depan kan betul tak?

Aku dibesarkan dalam lingkungan yang kurang aman, walaupun aku hidup taklah sampai merempat tapi taklah mewah. Hidup serdahana, tapi tetap susah. Maksud aku kesusahan dari segi kejiwaan dan tekanan hidup. Tak perlulah aku cerita panjang lebar di sini, kerana bebelan panjang kisah hidup di kota selut ini memang dah biasa orang dengar. Bagi yang mengetahui cukup sekadar memahami kisah aku ini.

Aku nak cerita di sini bagaimana kesan kelukaan hati yang orang tak sengaja 'kononnya' boleh jadi besar, bernanah dan busuk dan akhirnya meninggalkan hati yang berparut.

Biasa kita kalau baru kenal seseorang kita anak berhati-hati, kemungkinan orang itu berniat tak baik. Bukan prejudis namun hidup dalam kota sendat perlukan 'senjata' hati-hati dalam diri.
Kemudian bila dah lama kita kenal seseorang itu kita akan jadi akrab bila mengetahui dia bukanlah orang berniat busuk pada kita.

Lama-kelamaan hubungan kita dari bergelar kawan biasa menjadi sahabat. Segalanya sahabat makan, minum, bercerita hingga hal-hal rahsia pun dikongsi bersama.

Tapi pernah tak rasa yang persahabatan tu semacam suatu permainan antara gagal atau menang? Siapa memang dia akan berpuas hati dan tidak rasa bersalah manakala yang kalah memendam rasa tanpa di ketahui.

Kadang-kadang orang hanya melihat orang seperti aku yang suka cakap pedas dan lepas ini menyakitkan hati. Walhal mereka yang cakap kononnya ala-ala berlapik dan sopan tu lagi pedas! Sinis dan makan dalam. Sahabat macam inilah tidak meyedari kesilapan yang dilakukan. Asalkan sahabat mereka ingat boleh buat sesuka hati, bila dah lukakan perasaan boleh buat selamba macam tak ada apa-apa yang berlaku.


"Jangan lupa kawan.... luka yang ditinggalkan akan berparut di hati!"

P/S Berhati-hati memilih sahabat takut berparut di hati

tapi sekarang sudah banyak hati-hati yang berparut.






7 comments:

Lady Of Sorrow said...

Sabar, sahabat...
Luka2 itulah yang mengajar kita untuk tabah...
Sejukkan hati! ;-)

RainRose said...

~ biarlah hati ku yan berparut, jangan hati mereka yang berparut kerana diriku....

Roydy Rokidy said...

uik, jarang aku nengok jiha marah2...hahahahaha...sabar beb, kalau aku cerita apasal seorang sahabat kita ni tentu ko akan terkejut beruk! tapi aku tak nak aibkan dia, sebab dia salah seorang viva el divo...

John Iverson said...

Aku sgt2 paham... i know... sabar ye...

romibaiduri zahar said...

Macam2 jenis hati ada sekarang ni...

Hati-hati berparut,
Busuk hati...
Dengki hati...
Lara hati...
Tawar hati...
Patah hati...
.............
Hati Mati.

Sabar ajelah.

Dalam Mandala Kenangan said...

tapi yang nyata..akak bukan ahli viva el divo..
lepas ni nak daftar masuk dindraf..
pertubuhan baharu!
hahahhaha

Till The End said...

Kalau nk ckp pasal hati berparut nie, aku sendiri pun sma..tp bezanya hatiku msih bernanah..bila nk difikir balik, kehidupan aku sngat la rumit..ko tau x gee, adik aku advice aku supaya minta maaf kat ayah aku tue, jadi aku pun bg la sms kat dia, n minta maaf bla bla bla..ko tau ape dia balas?..dengan hnya satu perkataan sudah cukup membuatkan hatiku terluka, tertores dek sembilu yg berbisa..ceh pndai x aku wat ayat sastera..haha..ooops serius...dia msg aku "jalang"..skang aku tertnya?..perlukah aku melukakan hati aku sekali lagi, sedangkan yg luka dulu msih bernanah?..ko rasa dia layak ke utk aku minta maaf?