Monday, April 13, 2009

Perkhidmatan badut (menilai diriku kembali)



Diriku I
Ini bukan kisahku yang menawarkan khidmat badut tapi sekadar memberi ruang kepada orang yang mengusahakannya. Kisahnya begini . Lebih kurang minggu lepas aku sempat singgah di rumah seorang lelaki yang menjalankan pekerjaan sepenuh masanya sebagai badut . Sebenarnya pada ketika itu aku sedang menjalankan tugasan yang menghambat diriku sejak aku bergelar 'tukang cari cerita.'

Pertemuan petang itu mengimbau kembali kisah permulaan kerjayanya. Kerana anaknya yang mengalami sedikit kecacatan ( sumbing) bermulalah kisah Si Mamat badut atau lebih mesra ku panggil Pak Cik Mamat menjadi penghibur bagi anaknya kira-kira enam tahun yang lalu.
Pada mulanya dia menjadi badut hanya untuk menggembirakan hati si kecil namun akhirnya menjadi satu kerjaya baginya. Dulu katanya pelbagai pekerjaan yang telah dilakukanya dari kerja kilang hingga pernah mengorek lubang najis.

Namun kerja sebagi badut bukanya mudah. Malah lebih banyak dugaan dari yang disangka.
Diejek atau dihina sudah pun menjadi asam garam hidupnya yang terkadang ingin berpatah kembali dan tidak mahu menjadi Si Mamat berambut kuning berhidung merah.

Katanya lagi tugas badut bukan setakat menghiburkan namun lebih daripada itu. Badut juga adalah penghantar mesej secara tak langsung kepada masyarakat. Pak cik Mamat juga sering menyelitkan sketsa berunsur moral dalam setiap persembahanya.

Menariknya anak-anaknya juga turut menjadi badut. Biarpun isterinya tidak ikut serta namun berkebolehan merias wajah badut dan membuat belon yang menarik.

Diriku II

Terkadang aku juga mahu berpatah kembali dan berlari dari sini, hambatan kerja membuatku kaku..Namun bila ku toleh kebelakang masa telah berlalu. Si Mamat pula tidak pernah lagi ingin berpatah kembali dan kini gembira dengan kerja, kenapa tidak aku?


P/s: Pengalaman itu lebih mahal harganya dari segalanya....



C Mamat Entertaiment

(Badut & Magik / clown & magic)
016-234 3017
012-354 2961























3 comments:

Lady Of Sorrow said...

Sahabatku,
Sesetengah orang yang mengenal diri, memang tak akan terfikir utk berpatah balik...
Kita juga harus begitu!
Pss...
Tapi aku takut badut!
Ko penah tengok citer IT tak?
Huhuhu...
Seram!

s2m3r said...

buat perkhidmatan badut ke???

ada pakej2 tak?? macam nak buat tuk majlis hari jadi anak

Diari Kampung Tengah said...

Bukan saya yang buat...
sy tolong hebahkan je...
Ada no.tel tu call la...