Tuesday, February 10, 2009

Melewati Jakarta Kecil


Sabtu lepas, usai solat isya' saya dan keluarga ke Kampung Baru untuk menikmati makan malam. Dari Gombak abah membawa kereta melalui setapak, kemudian jalan Pahang dan menuju ke Chow Kit sebelum memasuki simpang ke Kampung Baru.

Dereta kedai dihiasai lampu neon dan kelap-kelip sesekali mencuri perhati saya. Kebanyakan deretan kedai di situ sudah saya kunjungi termasuk sebuah kedai ikan bakar yang sering saya singgah untuk makan tengahari. saya kira saya 'arif' tentang kedai makan di situ kerana sejak zaman belajar hingga kini di sinilah tempat makan yang paling sedap, jimat dan murah di tengah Kuala Lumpur. Namun rupanya saya 'terlupa' ada suatu kedai yang dulu pernah saya kunjungi 11, 12 tahun atau lebih lama dari itu.

Memang tak dinafikan dulu acap kali abah membeli Mee Jawa air tangan wak di kedai itu dan kami sekeluarga memang serasi dengan masak Mee Jawa kedai tersebut. Tapi kini jarak waktu membuatkan kunjungan saya ke kedai itu terasa terasing dan jauh dari tanah lahir. Kedai makan yang itu agak tersorak dan sepi dalam kota yang binggit.

Sambil memimpin Mak Tok turun dari kereta saya meninjau sekelili yang suram dan sebenarnya sedikit gelap. Memasuki kedai makan itu segenap tubuh saya diselubungi perasaan kurang senang dan ingin pulang segera.

Mana tidaknya semua pelanggan di situ semuanya 'orang seberang' malah kaca tv pun memainkan kisah sinetron. Mahu tak mahu saya duduk juga di meja makan dan kemudian seorang pelayan wanita mengambil pesan dalam bahasa berbaur jawa.

Perasaan tidak selesa saya berkurangan setelah menyedut air dan mula menjamah makanan. Menurut Mak Tok, kedai itu telah lebih kurang 40 tahun menjalankan perniagaan. Dahulu semasa arwah Tok Ayah dan Mak Tok baru beranak tiga dan menetap di berek polis Jalan Talala, arwah Tok Ayah biasa membeli Mee Jawa di sini. Kuahnya sedap, pekat dengan ubi manis bukan macam kuah mee sekarang pekat sebab tepung jagung semata.
Mak Tok bercerita lagi, keadaan dahulu dan kini berbeza. Dahulu katanya kedai ini di kelilingi kedai sayur dan ikan tapi sekarang, kedai ini di kelilingi rumah-rumah Sumarni, Agus dan Tutik Yanti yang berdiding kayu lusuh. Rasa mee di sini pun sudah berbeza dan tidak seenak dulu. Harganya? RM 3.00 semangkuk Mee Jawa, cumanya harga mee di sini masih murah berbanding kedai makan lain di Kuala Lumpur.

Keluar dari kedai makan itu saya baru tersedar menara berkembar KLCC benar-benar hampir dari sini. Mungkin Ironisnya tak pernah dirasai penduduk di sini.

2 comments:

romibaiduri zahar said...

Nak salahkan siapa?
Permit berniaga siapa bg?
visa ke Malaysia siapa luluskan?
Sudahnya Malaysia ni wajahnya minah2 n mamat2 Indon...
Bahasa kebangsaanya Indonesia
dan tv kegemaran...
sinetron....
Imigresen dan kastam pun suka makan mee jawa tu...
pasti!

czuka @ someboy said...

emmm...indonesia mempengaruhi malaysia..
smua lagu2 indon best, sinetron pun best gak...
he2...