Monday, January 26, 2009

Untukmu GAZA

KESEDARAN pihak media mengajak kumpulan utusan mengadakan 'Malam Puisi Demimu Palestine' pada 23 januari lepas di anjung budaya Istana Budaya. Saya dan dua orang sahabat baik saya terselit di antara puluhan mungkin ratusan hadirin malam itu.

Sungguh membanggakan kehadiran yang berkampung di Istana Budaya untuk bersama-sama memberi sumbangan dan meluahkan perasaan mewakili penderitaan saudara kita di GAZA. Majlis disemarakkan dengan kehadiri penyair tersohor yang sering tampil sebagai pendeklamator di pentas puisi. Antaranya Zubir Ali dan Kumpulan Harmoni, Rahimidin Zahari, Datuk A. Samad Said, Sohaimi Meor Hassan, Dr. Lim Swee Tin, Kumpulan Kopratas, Zaen Kasturi dan Kumpulan Bingkas Kebayan bawah pimpinan Ladin Nuawi.

Namun dalam keghairahan malam puisi amal ini sangkaanku sama sekali meleset. Rupanya ada yang datang sekadar tanggungjawab kerja dan kerana dijemput. Saya cukup terganggu dengan seorang 'rakan media' dari akbar dengan jolokan 'suara kontemporari' yang duduk disebelah dan sering kali bertanya siapa pendeklamasi yang berada di pentas. Paling menyedihkan apabila 'dia' tidak kenal Dr. Lim Swee Tin dan dengan selamba 'dia' menyatanya perasaan terpesonanya kerana tidak sangka seorang yang berbangsa Cina boleh membaca puisi. Saya hampir menepuk dahi... Sudah tentunya David Teo yang juga hadir membaca puisi pada malam itu nyata berbeza dengan Dr. Lim Swee Tin yang dimaksudkan.

Itu belum termasuk artis-artis yang berlagak 'diva', hadir sekadar menonjol 'cantik' ataupun membaca puisi sekadar melepaskan batok ditangga. Nama-nama artis tersebut tidak perlulah disebutkan kerana ia sekadar menyemakkan entri ini, kerana ada di antara mereka yang mengakui hadir ke malam puisi ini sekadar 'dijemput.' Alahai... sensitifnya artis-artis Malaysia....

Walaupun begitu saya amat terpukul dengan persembahan hebat penyair-penyair tanah air yang penuh emosi, biapun ada selebriti yang datang sekadar sibuk bercerita tentang dunia artis dan gosip -gosip panas di belakang.



Saya amat tersentuh sekali mendengar lagu Balada Gadis Kecil dendangan Trio Harmoni biarpun sudah berpuluh kali mendengarnya... Semoga sumbangan saya yang tidak seberapa pada malam itu dapat membantu insan malang di Palestine. Dengan tangan kecil ini saya memanjatkan doa agar Gaza kembali aman... Amin.



Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila Menyaksikan
pembunuhan Anak kecil dan wanita

Munir ditembak Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina


Berapa banyak lagi
gadis kecil tak berdosa
menjadi mangsa kekejaman manusia


Berapa banyak lagi
gadis kecil seperti Munir
menjadi mangsa peperangan

4 comments:

romibaiduri zahar said...

Yang paling semak sekali gadis berbaju reflesia tu....
apa2lah...

wlu David Teoh tak reti berbahasa Melayu...
sekurang2nya dia jujur...
xmcm artis kita yang dengan jujurnya jawab...
datang sebab jemputan...
miskin betul.... tak dapek den nak nolong...

rantong said...

Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong

Dalam Mandala Kenangan said...

jiha..rindulah encik Zubir..
bila agaknya nak pi umah mikhail/shy..
sibuk kan main skarang akak ni!

Nuzha said...

Sahabat, kau menyelit tanpa mengajak aku bersama... sedihnya!