Sunday, January 4, 2009

Malam genta puisi ASWARA - PENA

Bagi remaja sebaya dengan aku, di malam tahun baru biasanya mereka akan memilih untuk berpesta pora di Datara Merdeka, KLCC, Bukit Bintang mahupun tempat-tempat berpeleseran seangkatan denganya. Terkinja-kinja dan mabuk sampai ke pagi seakan budaya muda-mudi agar tidak ketinggalan meraikan kedatangan 2009. Mereka terlalu asyik dan tenggelam dalam irama konsert nyayian-nyayian artis tempatan yang seakan hilang agama. Mat-mat rempit pula mula tersengih dengan taring masing-masing menunjukkan bakat yang kononnya alami diri membinggitkan lagi suasana ibu kota.



Mungkin bagi remaja sebaya dengan aku menyatakan aku budak jiwang atau ‘skema,’
kerana tidak menyertai mereka ‘bersosial’ ala moden, tapi aku lebih suka dan berbesar hati meraikan tahun baru di malam genta puisi ASWARA - PENA bertempat di ASWARA baru-baru ini.




(Bersama orang kuat malam genta puisi ASWARA- PENA En. Wan)


Semangnya aku saban kali menyertai malam puisi terutamanya anjuran ASWARA, namun kali ini aku rasakan malam puisi kali ini lebih ‘berbisa’ dari biasa. Nama-nama terkenal seperti Karam Singh Walia, Syed Munawir, pengerusi PENA Bahar Zain, S.M Z, Zakir, Zean Kasturi, Khalid Salleh dan ramai lagi menyerikan majlis malam tersebut. Paling mengetarkan sanubari puisi deklamasi Khalid Salleh. Aku lupa tajuknya namun yang pastinya isinya menyentuh tentang variasi kaum yang lama-kelamaan menghilangkan ketuanan Melayu.

Sebelum ini jika orang Melayu membangkitkan isu perkauman kecoh kononnya perasaan kaum lain harus dijaga, mereka juga punya hak di tanah Melayu kerana mereka rakyat Malaysia. Isu Singapura dan Pulau Batu Puteh juga dibangkitkan dan dipersoalkan di mana hilangnya hak orang Melayu dan tidak ketingalah juga PM juga terkena tempias letusan hati Khalid Salleh.

Hatiku juga bersarang rasa ‘dendam’ apabila pudarnya hak-hak orang Melayu. Dalam masa yang sama aku jemu dan terasa bodoh melihat orang Melayu sendiri menghasilkan cerita cinta antara gadis Melayu dan pemuda Cina dan sebagainya. Mengapa kita saja terhegeh-hegeh mengangkat bangsa lain di tanah tumpah darah sendiri? Sedangkan mereka tidak pernah atau mengetapikan kita dalam pelbagai aspek termasuk drama ataupun filem mereka. Bodohkah kita menjadi kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan?
Berbalik kepada malam gentar puisi ASWARA- PENA, aku ucapkan syabas kepada pendeklamator yang hebat-hebat belaka yang bersuara lebih berani.

P/s : Gambar-gambar pendeklamator tidak dapat disiarkan kerana kamera yang digunakan cap ayam. Hu3

5 comments:

romibaiduri zahar said...

Itulah hakikatnya....
mereka nampak beruk lagi hebat dari manusia...
masakan Chipanzi yang naik angkasa lebih mulia dari manusia yang sama2 membantu si Chipanzi tu naik ke bulan?
Lumrah dunia....
nak wat camne
tapi akak memang suke sgt berpeleseran di ASWARA...
macam2 boleh dapat...
bukan setakat jadi jibaok terlompat-lompat dengar lagu yang memuja kepalsuan...
ada faham!

Wan Nor Azriq said...

Salam kenalan,

Saya selalunya pergi malam bacaan puisi DBP.Belum berpeluang lagi pergi ASWARA.

Apapun salam kenalan.

czuka @ someboy said...

gambar en wan je, gambar saya tak da pun...hu2.

hani salwah yaakup said...

Salam Singgah Jiha,

Mungkin salah sorang yang skema tu juga kak hani. Sebab kita berada di tempat dan masa yang sama waktu itu. Hehehehe...

nadia said...

ada karam singh walia tu. lain kali bile jupe dia sampaikan salam. adore dgn tangannya. kih3~