Tuesday, November 25, 2008

Peluang untuk memilih....

Bila seseorang terjebak dalam suatu masalah atau keadaan yang menjepit diri, terkadang mereka menyalahkan nasib dan apa yang mereka miliki. Ada masanya saya mengakui saya turut berasa begitu. Tak adil sekiranyanya menyalahkan takdir (lagipun dah kira berdosa tu) Tapi bila fikiran kembali rasional barulah kita sedar, apa yang kita lakukan tu sebenarnya tak betul..dan mulahlah menyesal. Memang masa yang berlalu tak boleh berpatah kembali. kalau menyesal saja pun tak guna... Mungkin kita boleh berubah sikit demi sedikit dan dapat memperbaiki keadaan.

Apa yang saya katakan ni mengingatkan saya sebuah filem animasi yang baru saya tonton minggu lepas. Tajuknya 'Igor.' Pada mulanya rasa malas untuk menonton cerita ni, tapi memandangkan cerita ni yang paling cepat waktu tayangannya, saya pun beli jelah tiket.

Igor, tentang seorang manusia cacat yang dianggap jahat, hodoh dan bodoh (terukan bunyinya?)
Tapi dalam kisah ini Igor bersifat sebaliknya. Di sebuah negara yang bernama Malaria, Igor telah dibesarkan dalam persekitaran yang kucar-kacir dan tidak sihat. Awan gelap sentiasa menyelubungi negeri Malaria dan rakyatnya banyak yang mati dijangkiti Malaria.

Namun ketabahan Igor demi cita-citanya untuk menjadi seorang saintis (pereka) yang unggul memberikan semangat dan akhirnya dia berjaya menamatkan pengajiannya di sebuah kolej untuk golongan Igor sepertinya.

Sebaik tamat pengajiaan, Igor berkerja dengan Dr. Glickenstein seorang saintis gila yang sedang giat melakukan eksperimen untuk ciptaannya sempena pertandingan rekacipta robot pemusnah/ jahat tahunan. (dengar macam kelakar je kan?)


Igor yang berkerja sebagai pembantu Dr, Idor hanya berkerja sebagai penarik suis mesin. Biarpun begitu dalam masa yang sama secara sembunyi, Igor sedang mereka cipta sebuah robot jahat untuk menyertai pertandingan tahunan tersebut.(Kira si Igor ni nak lawn tauke lah)

Namun belum sempat Dr. menyertai pertandingan itu dia telah terbunuh ketika menjalankan eksperimenya (dah ajal..) Jadi Igorlah menggantikan tempatnya tanpa pengetahuan orang lain.
Dengan batuan Brain (lampu meja yang berotak) dan kucing (mayat hidup) hasil rekaanya, telah berjaya menyiapkan sebuah rasaksa perempuan yang bernama Eva (sebenarnya namanya Evil sebab direka untuk pertandingan rekacipta yang paling jahat) Tapi malangnya Igor yang baik hati ini, menyedari Eva sebenarnya tidak jahat malah minatnya adalah bernyanyi dan berlakon.

Raja negeri Malaria telah mengumumkan pertandingan akan berlangsung tidak lama lagi. Raja berharap Dr. Glickenstein akan menang. Namun rahsia kematian Dr. terbongkar. Seorang lagi saintis gila kuasa pula yang setiap tahun telah meraih tempat pertama berjaya menculik Eva dari Igor. Tanpa pengetahuan Dr Itu Eva sebenarnya bukanlah rasaksa jahat. Eva sememangnya dicipta untuk menjadi jahat dan kejahatanya itu hanya terjadi jika didorong.

Dipendekkan cerita, tibalah hari pertandingan. Namun Eva masih lagi seorang rasaksa yang comel dan manja. Atas desakkan saintis yang menculik Eva telah mengaktifkan kuasa jahat dalam tubuhnya lalu dengan kuasa hebat Eva telah berjaya memusnahkan ciptaan lain termasuk stadium tersebut!

Igor datang menyelamatkan Eva dan menyatakan keadaan sebenar. Ketika inilah kata-kata Igor membuat saya terusik.

" Biarpun kita dicipta dengan kejahatan, namun kita ada pilihan untuk tidak menjadi sebegitu"
Macam tulah kata Igor....

Kita yang dilahirkan dari keturunan yang baik-baik juga ada pilihan untuk terus menyambung warisan itu atau sebaiknya...

Tuesday, November 18, 2008

Orang Melayu?



Dalam sehari dua ni tiba-tiba saya asyik teringat kata seorang teman rapat saya. Menurutnya orang Melayu sekarang dah tak fasih berbahasa sendiri, ada pula yang saja-saja tak mahu bercakap Melayu. Saya terdiam sebentar, berfikir kembali dan sesekali mengangguk. Kemudian katanya lagi, Orang Melayu kini hanya sebilangan saja yang bercakap dalam bahasa ibunda. Saya sekali lagi terdiam kemudian membidas tegas. Kata saya itu mungkin tanggapan yang salah. Dia hanya diam dan tersenyum sinis.

Tapi… nak kata tidak apa yang rakan saya katakan pun tak boleh. Baru-baru ni saya ada menonton sebuah program tv. Seorang pengacara tv ini menemuramah sebuah keluarga Diraja. Si pengacara pun Orang Melayu, keluarga Diraja tu pun dah tentu-tentu Orang Melayu. Tapi dari awal hingga akhir temubual tak ada sepatah pun cakap Melayu. Kenapa? Kolot ke cakap Melayu? Alahai… tak hairanlah ramai Orang Melayu sekarang tak sedar diri bercakap Inggeris(konon rasa cam duduk negeri orang putih la tu)

Saya bukan anti bahasa Inggeris, saya sendiri juga belajar Bahasa Inggeris. Tapi sedarlah ruang dan tempat nak bercakap tu. Kadang-kadang bukan setakat sedih tapi dah tahap meluat melihat Orang Melayu yang lupa bahasa sendiri.

Minggu lepas pula, saya berjumpa seorang Wanita Melayu berusia akhir 30-an. Saya lebih selesa mengelarkanya ‘akak.’ Akak ni ada seorang anak berusia 11 tahun. Kata akak ni anaknya minat menulis (bagulah sekurang-kurangnya ada juga golongan mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan) Akak ni pun tunjuklah beberapa novelet nukilan anaknya. Beberapa buku rampaian dan diari ditunjukkan kepada saya. Saya membaca dan menggalakkan anaknya terus menulis. Tapi yang kesalnya… semua tulisan budak 11 tahun ni dalam Bahasa Inggeris. Kata akak tu lagi, anaknya tak lancar menulis dalam Bahasa Melayu dan anaknya lebih senang dan mudah berbahasa Inggeris.

Akak tu juga mengakui anaknya kurang membaca bahan-bahan Bahasa Melayu. Mengetahui saya juga penulis dia menyatakan minatnya membaca novel-novel Melayu karya Ahadiat Akashah(Oh... tak hairanlah)

P/S: Mungkin saya ni dianggap kolot oleh segolongan Orang Melayu seperti ‘akak’ tadi. Biarlah apapun anggapan orang, yang penting saya sedar saya Orang Melayu dan yang paling penting saya selesa dengan bahasa yang saya gunakan. Melayu tak semestikanya berkain batik ke pusat membeli belah atau bertanjak dan berkeris ke pejabat:)

Sunday, November 16, 2008

Kisah 360 darjah



Saat bergelar mahasiswa antara saat yang tak dapat dilupakan bagi setiap insan yang pernah melaluinya. Di sinilah kita memperoleh pengalaman yang cukup berharga dari kawan-kawan, pensyarah dan aktiviti yang di sertai. Pengalaman yang mengembirakan, sedih, menakutkan dan mendebarkan bercampur baur sepanjang tempoh pengajian. Namun biasanya yang kekal dalam ingatan dan menjadi bualan adalah kisah-kisah kenakalan dan suka-duka pelajar seperti filem ‘Ali Setan’ yang saya gemari dan ‘Kuliah Cinta’ yang kurang digemari.

Berbeza pula dengan ‘Campus Undercover’ sebuah novel hasil nukilan Ruslan Ismail Mage seorang sarjana dari Indonesia. Campus Undercover adalah pengisahan tentang mahasisiwa dari sudut 360 darjah. Biarpun latar tempatnya berbeza, namun bagi saya plot dan pengisahannya tidak lari daripada reliti sebenar yang pernah saya lihat dan alami ketika menuntut. Dari kisah gadis meraih wang hasil dagangan maruahnya, ‘tempahan tugasan,’ hinggalah jalinan intim rakan sekuliah hingga ke bilik asrama.

P/s: Mungkin belum ada lagi penulis Malaysia seberani Ruslan.

Sunday, November 9, 2008

Femini dan Famili November / Disember

Cover Story:

Shafnie bahagia dengan anak-anak

Antara menarik di dalam:

  • Profil: Wanita di dunia lelaki 5 kisah wanita menceburi kerjaya lelaki,
  • Dari setiausaha ke juruterbang- Mejar Norhana
  • Wajah sebalik berita, Visual - Sarina Salleh
  • Memandu tren, Jantina bukan halangan- Sutina & Farhana
  • Pemandu teksi, seronok pendapatan lumayan- Nor Azila & Norhani

Pengalaman tragis:

Kemanusiaan di sebalik taufan Nargis, Tsunami - anggota PBSM, Nasir Khan & Zulkarnain

Kesihatan:

Tiroid lebih bahaya jika hamil.

Kehamilan:

  • 13 Keajaiban kolostrum susu ibu
  • Awas! Varises vagina punca kematian

Suami Isteri:

  • Cemburu tanda sayang atau benci?
  • 18 Tip goda suami
  • 20 cara romantis di mata isteri


Sunday, November 2, 2008

Pemandu berhemah?



Setiap calon yang mahu ambil lesen memandu kelas (D) mestilah menjalani semua prasyarat bermula dari kelas KPP 5 jam, bengkel 6 jam hinggalah belajar memandu 8 jam (paling kurang). Ini semua untuk melahirkan pemandu berhemat +cermerlang, gemilang, terbilang. Tapi ada yang mengatakan jumlah jam belajar dan ceramah yang diberi belum cukup bagi melahirkan pemandu yang berhemah, betul ke? (yang ada sekarang ni pun dah macam nak termuntah dengar)


Nak bandingkan dengan negara jiran kita Singapura, jumlah jam belajar memandu yang perlu dilengkapi oleh seseorang calon adalah 50 jam (mak ai!) Ini adalah satu cara bagi melahirkan pemandu yang berkemahiran tinggi dalam pemanduan. Mahir ke rakyat Singpura ni memandu?


Tapi yang mendukacitakan... lepas je dapat lesen seumpanya seperti mendapat 9 lagi nyawa. Tak percaya? Kalau tak macam ada yang boleh buat stunt baik punya kat lebuh raya atau sesuka hati buat jalanraya macam bapak dia punya (Opssss!)

( Antara kereta mewah yg digunakan org Singapura semasa belajar memandu )

Macam mana mahu melahirkan pemandu berhemah kalau saya lihat sendiri instruktor memandu tak pakai tali pingang keledar masa bawa kereta? Maka hasil didikan 'cikgu' ini melahirkan pemandu yang cermerlang, gemilang dan terbilang dengan jumlah kemalangan setakat Jun 2008 - 28905 wah3 terbilang sungguh!


Tu kisah pemandu Malaysia yang tak cukup jam belajar (kononnya)yang pemandu Singapura pula? Belajar 50 jam, tapi sampai Malaysia bawa kereta cam pelesit! Kat hiway leh siap race bagai.


p/s: Kalau belajar sampai 100 jam pun kalau perangai tu tak berubah tak guna juga.