Tuesday, October 28, 2008

Lagi lagi naik!



Minyak dah turun tiga kali, tapi tambang bas asyk naik saja...
Orang yang naik bas macam saya ni memang bengang je. Baru-baru ni saya naik bas Metro naik 10 sen! Dengar memanglah 10 sen je, tapi kalau dah ramai yang naik mau tak untung tauke bas tu? Huh!



Kalau tolak bas macam ni langsung tak payah bayar


Nak buat macam mana? nak tak nak terpaksa jugalah naik bas... Takkanlah nak jalan kaki dari batu caves ke setapak. Geram betul dibuatnya.

Thursday, October 23, 2008

Bila ulat bulu naik daun...



Kalau nak difikirkan dalam dunia ni banyak perkara yang kita lakukan dan masih tak mencapai tahap kepuasan yang dikehendaki. Namun dalam keadaan yang lain kadang-kadang kita harus redha dengan apa yang kita dah lakukan. Yelah benda dah lepas nak buat apa nak ingat lagikan?


Tapi ada perkara yang kita masih tak dapat lupakan mungkin kerana lucu, sedih atau dendam. Antara peristiwa
yang saya tak dapat lupakan masa saya kerja Foto Zzoom Keramat. Masa tu tengah cuti semester kedua. Tengah pokai, jadi otak mulalah berfikir nak cari duit. Kebetulan pula kat kedai gambar tu ada kerja kosong. Sebenarnya kerja tu sepenuh masa, saya bertekad kerja sebulan je dan berhenti. Bukan nak buat masalah kat bos, tapi... dah terdesak dan kerja lama-lama pun tak boleh, nanti menganggu kelas pula (maaf ye Kak Wati...)

Masa mula-mula kerja memang kekok, mana nak kena proses filem, kira stok, bersihkan kedai, ambil gambar dan layan pelanggan. Huh! Pening kepalo den!Paling malas nak ambil gambar. Bukan apa, jenis kamera tu polaroid kalau tersalah atau senget ambil gambar habislah! Jawablah dengan senior. Tapi yang paling letih sebenarnya layan karenah pelanggan. Macam-macam ada...

Ada pelanggan yang datang marah-marah sebab gambar dia crop. Padahal bukan terpotong kepala atau tangan, cuma bahagian kaki sikit je. Ada pula yang hari-hari datang situ sebab nak 'ngorat'. Saya? maaflah nak melayan... macam mana nak layan, tak layan pun dah cakap benda-benda lucah. Tapi ada kawan saya sorang ni asyik melayan je jantan tu.

Memanglah jenis kerja pakai kain singkat ni lelaki cukup suka kacau. Ada pula mamat ni hari-hari asal saya nak buka kedai mesti dia ada. Satu hari sebelum kedai nak buka, macam biasa la saya akan duduk depan kedai. Datang mamat ni buat-buat jatuh barang, lepas tu jeling-jeling kat skirt saya, celaka betul. Dah tu, masa petang pula saya diintai dalam tandas. Geram!

Tapi paling geram bercampur lawak bila ada seorang 'pak cik ni' datang kedai. Dia ni dah separuh abad sebaya dengan ayah saya, tapi gatalnya kalah miang buluh! Orang tu ni siap nak jemput saya balik, ajak makan dan yang paling geli nak ajak bercinta. Huh! memang tak sedar diri betul.

Sekali lagi saya buat tak tahu je... kalau makin dilayan makin menjadi. Tapi tak dilayan pun asyik telefon dan mesej saya. Yang kelakarnya tu mengaku bujang, padahal masa dia telefon tu dengar bunyi suara budak-budak. Dia sangkal kata tu budak sebelah rumah. Macamlah tak tahu kan?

(Tapi kalau dah tua bangka cam tu nak ngorat juga tak tau la...)


Tapi apa pun pengalaman kerja di foto Zzoom kadang-kala buat saya tersenyum sendiri. Di situlah saya dapat kenal peragai orang yang bermacam ragam. Elok-elok jadi orang nak jadi ulat bulu!




Monday, October 20, 2008

Feminin & Famili Oktober


Antara yang menarik
Cover Story


Maria Tengku Sabri & Keluarga



Cerita-cerita raya


Aidilfitri di tengah samudera: Kepten Rusli Idrus (TLDM)
-Pengalaman Kepten Rusli beraya bersama anak kapal di atas KLD Tunas Samudera, ketika menyertai Tall Ships’ Race 2007.

Chef Liza bertukar angin di Aidilfitri: Chef Liza Zainol
-Chef Liza dan keluarga beraya di Cameron Highlang bersama keluarga PERKEP

Sinar Aidilfitri keluarga Bersamamu :



Kisah suka duka selepas keluarga Bersamamu mendapat bantuan:

 Biarlah kami dicaci
 Utamakan Pelajaran dari baju raya
 Terasa nikmat lebaran



Syawal Tanpa suami


 Bubur pisang ganti rendang
 Siti Hajar menunggu kepulangan

Pengalaman dua orang isteri yang beraya tanpa suami setelah suami mereka meninggal dunia & dibuang negeri. Hidup bersama-sama anak yang ramai tidak sesekali mematahkan harapan mereka meneruskan kehidupan. Dalam mengharungi dugaan itu terjadinya peristiwa yang meruntuh jiwa.


Isu Lelaki & Wanita:


Kenapa wanita stress?
Sebagai ibu berkerjaya, cara bagaimana menanganinya?



Kenapa suami suka berahsia?
Apakah yang tersirat disebaliknya?


Kesihatan:


Ostearhtritis sebelum waktu
Penyakit sendi berpunca dari rawan yang kian menipis. Kenali tanda-tandanya.



Soal Jawab Agama:


Tak sah taraf boleh kahwin bapa
Benarkah anak di luar nikah boleh berkahwin dengan bapa?

Alam Mistik:

Histeria, manusia mangsa pergaduhan jin.
Bukan masalah psikologi. Kisah disebalik pengalaman misteri pelajar SMK Tanjung Lumpur Kuantan Pahang

Remaja:


Lelaki lembut usah dicabar.
Apakah yang mendorong remaja lelaki menjadi lembut?
Kenali tingkah-laku anak dan dapatkan tip mengatasinya.

Thursday, October 9, 2008

Apa? ASMARA?

Semasa saya mula-mula menutut di ASWARA (sesi 2005/2006) yang ketika itu masih dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) saya dan rakan-rakan cukup selesa dan gembira dengan nama ASK, kerana nama ASK lah kami memohon untuk sebagai pelajar diploma. Bila ada yang bertanya, “di mana belajar?” dengan mudah saya nyatakan “ASK” dan kemudian dibalas dengan jawapan “Oooo...,” tapi “Oooo..” tu pun ada dua jenis satu O, tahu yang apa yang dimaksudkan denganASK dan ada pula yang pura-pura tahu dan kemudian bertanya kepada saya semula, “ASK tu apa?” Tapi dengan mudah juga saya jelaskan, dan mereka yang bertanya akan mengangguk faham.



Saya rasakan sudah hampir 13 tahu nama ASK begitu serasi dengan peranannya sebagai institut pendidikan seni, namun pada 1 Ogos 2006 apabila ASK telah dinaik taraf sebagai universiti, nama ASK di tukar kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan atau ASWARA (huh! Bukan main pajang lagi namanya) Saya dan rakan-rakan bukan tak suka, malah berbesar hati dan bertungkus lumus menjayakan perasmian kampus pada 9 April 2007. Hinggakan ada yang mengelarkan saya sebagai ‘gadis herba’ (termasuk tiga orang lagi sahabat yang turut terjebak sama) dek penangan bacaan puisi ala-ala kreatif dan artistik di celah rimbunan taman herba bagi menyambut kedatangan PM.



(Gadis-gadis herba)

Namun selelah ASK bertukar kepada ASWARA adalah banyak cerita-cerita dari rakan-rakan (ingat saya je yang kena) Cerita pasal orang menyindir dan mempersendakan nama ASWARA. Mula-mula sekali apabila saya dan rakan-rakan menyertai satu perhimpunan MAKUM sebuah IPTA di Bangi. Mulalah ada yang menggelarkan kami budak-budak ASMARA lah, ISWARA lah, ASMARADANA pun ada! Berbulu juga rasanya masa tu. Tapi... diam-diam sudah. Melayan pun tak guna. Ala... dia orang pun student juga, budak-budaklah katakan (padahal dah boleh jadi mak bapak budak)

Tapi ingatkan semua cerita tu akan berlalu selepas saya menamatkan pengajian, rupa-rupanya dah kerja pun masih ada lagi hal ini terjadi. Hinggalah satu hari ni (yang paling terkini) Tah macam mana hari tu hari ‘lemau’ saya kot, cakap pun banyak tersasul! Kebetulan pula masa tu sedang berurusan dengan seorang PR ni, habis saya disoal selidik. Tahlah saya pu tak tahu sama ada dia ni PR atau inspektor sebenarnya, hinggakan terjadinya perbualan ini;

PR: Kalau nak hantar surat tu, hantar terus ke e-mail saya ya?

++: Ehm...berapa e-mailnya? (padahal nak cakap apa e-mailnya)

PR: Ha? Berapa? Ish, ish ish... berapa ke, apa?

++: Berapa e-mailnya? (sekali lagi tersasul)

PR(meninggikan suara): Ha?

++: Maaf tersasul-sasul pulak. Apa e-mailnya?

PR: bla..bla... @ bla...bla.. . com. my

Dia pun bagilah e-mail tu. Ingat pastu dah habislah cerita, tiba-tiba dia pun tanya.

PR: Adik ni trainee staff ke?

++: Taklah.

PR (sinis) : Oh ye ke? Tapi sampai tersasul-sasul cakap ni kenapa? Ni dulu belajar kat mana?

++: ASWRA.

PR: Apa? ASMARA? (tergelak kecil)

++ ( macam nak bengang): ASWARA...

PR (sinis): Oh....


Seolah-olah PR tu nak cakap, “Oh... budak ASWARA, patutlah... tak pernah dengar pun.”

Selalu bila ada yang cakap macam tu saya ambil tak endah je, anggap sebagai satu gurauan. Tapi kalau selalu sangat macam mana? Mahu tak menyirap darah. Macam mana pula rasanya kalau saya pula mempersendakan akronim universiti mereka. Ha! Bukan macam-macam bunyi yang pelik juga menyakitkan telinga akan keluar?

Bak kata pepatah, tak ada meriam,baik diam; tak ada lela, melela.

P/s: Manusia tak lari dari kesilapan, tapi bila tak tau....
diam-diam sudah....

Monday, October 6, 2008

Solat Aidifitri di Jakarta?




Seperti kebiasaan awal-awal lagi saya dan kakak dah bersiap-siap untuk pergi solat sunat Aidifitri, dan macam biasa juga abah dan Pak Ngah memilih untuk bersembahyang di Masjid Negara. Jadi saya dan kakak hanya mengikut Pak teh bersolat di Masjid Simpang Tiga yang berdekatan dengan rumah Mak Tok.
Tiba saja di perkarangan masjid jam sudah pun menunjukan pukul 8 pagi, ibu bapa nampak sibuk membawa anak masing-masing. Saya dan kakak pun masuk ke tempat solat wanita. Fuh!!!! Memang penuh! Sampaikan kami bersolat di kaki lima masjid tanpa bersejadahlah! Tapi terdetik juga dalam hati, kenapa terasa macam kat Jakarta ni? Mana taknya, kiri kanan depan belakang penuh dengan orang indon sesaje! Ish, ish, ish….
Kesian aku tengok ada kakak sorang ni (orang tempatan) nak sembahyang punya pasal sampai tercium-cium kaki kami, padahal wanita-wanita indon yang di dalam dok releks je sambil bawa anak di tengah-tengah saf. Hangin jugak dibuatnya. Tapi rayakan? Nak cakap apa?
Selesai solat saya dan kakak pun menuju tempat pakir kereta pak cik. Agak lama juga kami menunggu. Tapi Pak Teh tak muncul-muncul. Lebih kurang 10 minit barulah nampak batang hidungnya. Masuk je kereta dia terus bukak cerita:

+ : Selipar Pak Teh kena rembatlah!

++: Ha? Siapa yang rembat? Kot-kot mamat indon mana yang ambil tak? Tadi dalam masjid penuh sesaja ‘orang dia.’

+: Tak taulah pulak orang indon ke orang apa ke yang curi selipar tu. Ish… dah la selipar baru. Pak Teh suka selipar tu.

++: Mahal ke?

+: Tak adalah mahal sanga lapan ringgit je, tapi sayanglah jugak. Selipar yang Pak Teh pakai sekarang ni pun, tak tau pak cik mana yang punya. Mesti dia cari nanti. Ni pak Teh nak pulangkalah ni.

Pak Teh memandu masuk kereta ke perkarangan masjid dan memulangkan selipar tah siapa pemiliknya. Ingat! Kalau pergi sembahyang raya tu pakai selipar jepun sudah….