Friday, June 13, 2008

Pertemuan kali petama.....

Di sinilah tempatnya untuk bertemu rakan-rakan seangkatan. Buat yang baru, selamat berkenalan. Blog ini dibuat selepas melihat seorang kakak yang sekarang ni dah bergelar novelis bukak satu blog.... dan dia telah mempelawa saya untuk komen blog dia. Jadi atas dasar seorang kawan, dan sifat saya yang "gatal jari" akhirnya terciptalah blog ini ( yg dibuat dalam keadaan agak tergesa-gesa) Jadi maklumlah saya ni orang baru dan kurang arif dalam bab2 blog, blog jadi taklah cantik mana pun blog ni. (biasanya dulu main myspace dan friendster jer)

Ni masuk cerita lainlah pulak..... setelah hampir tiga tahun bertungkus-lumus akhirnya sampai juga ke garisan penamat ( lagi sikit je nak sampai). Tiga tahun tu buat ape? Orang dulu-dulu panggil mengaji tinggi. Insyallah dalam hujung bulan enam ni setle lah.... Sekarang ini saya sibuk mencari kerja. Tak kisahlah kerja apa pun....janji dapat kerja buat sementara waktu ni ( kerja2 yang halal la....) Dan kepada sesiapa yang nak cari pekerja bolehlah hubungi saya ya....
oklah setakat ini saja.... sebarang pandangan dan komen boleh diberikan hi3